COMPARISON & REVIEW : SAFI VS Garnier MICELLAR CLEANSING WATER

Teknik double clensing method adalah cara terbaik untuk untuk membersihkan kulit muka dan secara langsung mengelakkan breakout. Maksudnya kita gunakan dedua oil based dan water based cleanser dan Semua pun tahu yang makeup remover tu gunanya untuk remove makeup sebelum kita cuci muka macam biasa.  Basically ada dua pilihan samada berasaskan air atau minyak. Entry kali ni aida akan fokus pada water based makeup remover.

Micellar water adalah pilihan tepat untuk mereka yang berkulit kering dan sensetif.
Aida sendiri lebih prefer water-based makeup remover sebab rasa lebih bersih dan the best part of this product is no need to rinse off.

Sekarang dedua makeup remover ni memang hari-hari jadi pilihan aida.  So aida nak share apa yang best pasal dedua micellar water pilihan aida ni.




Safi Balqis Oxywhite Makeup Remover dan Garnier Micellar Clensing water.



Garnier Micellar Cleansing Water




*Kelebihan

*Diuji secara ophtalmologi dan dermatologi.
Setakat ni semua makeup remover di pasaran akan diuji secara dermatologi (kulit)  tapi kelebihan untuk garnier sebab ianya turut diuji secara ophtalmologi (mata).

*sesuai untuk kulit muka, mata dan bibir.
All in one bottle. Langsung tak pedih mata dan takde rasa kurang selesa pada bibir. 

*2 pilihan.
Malaysia cuma ada 2 pilihan iaitu 
pink yang sesuai untuk semua jenis kulit
bitu offer the same but with work better with oily/acne skin

*Packaging
Senang nak bawak travel sebab saiz dia comel jer dan packaging plastik tak mudah pecah. 

*2 saiz
125ml/RM14.50
400ml/RM29.90

*Boleh tanggalkan Waterproof makeup dengan mu

*tak best sebab
......

Product rating 
❤❤❤❤❤



 Safi Balqis Oxywhite





Kelebihan

*HALAL - selamat dan suci as a tagline 😊 so tak yah risau kalau nak terus ambil wuduk lepas gunakan dan kalau tak nak bilas pun takpe.

*Kandungan OXYWHITE = Nano BioWhite & Nano Oxygen πŸ‘πŸ‘
Nano Oxygen membantu untuk menaikkan seri dan kulit akan nampak lebih fresh.
Nano BioWhite memastikan tona kulit sekata dan cerah sempurna dengan melawan pignentasi, dan memperlahankan pembentukan melanin.
Jangan lupa shake-shake sebelum guna tau!

*sangat MURAH!! 
RM17.40/200ml* 2 botol
(1ml=Rm0.04)
Kebetulan aida beli di watsons dan tengah promosi buy 1 get another 1 for free

*Packaging 
Botol plastik slim dan penutup botol mudah guna.  Cuna perlu tekan tekan dan sedia diguna.

*Waterproof pun boleh tanggal.  
eg: mascara & eyeliner.


*Tak best sebab
Rasa 'sedikit' melekit dan pedih di bahagian mata lepas gunakan.itu saja, so bagi aida, kena bilas dengan air dan cuci muka jugak lepas dah bersihkan makeup πŸ˜…
Mungkin sebab dah terbiasa bila removed makeup,  terus nak bilas dengan air.

Product rating
❤❤❤❤


Thanks for reading 😊
If you fave any question, feel free to ask πŸ˜ŠπŸ‘‹

Continue Reading No comments

My Shopping Haul from Althea Korea *Birthday edition

Hello semua 😊
Rasanya semua dah tahu tentang Althea yang berlabel sebagai the most view online shopping platform kan. Tapi kalau ada lagi yang belum tahu, Althea dah 2 tahun menjadi antara platform shopping online barangan Korean beauty produk terbaik sejak dilancarkan.

Memang best shopping dekat Althea ni, selain banyak sangan pilihan yang ada, mereka juga menawarkan penghantaran percuma dari Korea terus ke kepada pelanggan. Selain tu juga, Althea juga selalu mengadakan jualan promosi termasuk untuk produk-produk yang baru dilancarkan berserta pelbagai promosi yang menarik.

Sebelum ni Aida ada update dua entry pasa Althea ni ha:

http://www.aidazura.com/2016/08/k-beauty-haul-from-althea-korea.html

http://www.aidazura.com/2016/07/blog-post.html

Julai adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu untuk semua peminat Korea Beauty kerana pada bulan ini Althea akan adakan pelbagai promosi berganda dan hadiah yang menarik untuk pelanggan yang bertuah bersempena sambutan ulang tahun pelancaran Althea. Tahun ini Althea sudah 2 tahun berada di dalam pasaran dan sehingga ke hari ini Althea masih menjadi platform yang paling digemari oleh semua peminat Korea Beauty dari Malaysia, Philiphina, Thailand dan Singapore.

Bersempena sambutan ulang tahun Althea pada kali ini, Althea mengeluarkan beauty box limited edition yang berbentuk kek untuk pelanggan mereka yang terawal dan juga disertakan sekali birthday kit supaya pelanggan mereka dapat mendeco kek mereka sendiri dengan harapan semua mereka turut sama dapat merasai sendiri kemeriahan ulang tahun mereka Pada tahun ini.


Aida kongsikan Shopping Haul bersempena Althea turns 2















Jangan lupa singgah di Althea untuk tawaran harga menarik Korea Beauty Produk!

Continue Reading No comments

Jom shopping barangan Watsons di Shoppee

Hello semua, Assalamualaikum 😊

Kalau shopping online, biasanya korang suka shopping dekat mana? Kalau aida, biasanya aida akan pilih shopping di Shoppee.

Kenapa pilih shoppee? 
Untuk pengetahuan korang yang mungkin tak tahu tentang kewujudan Shoppee. Shoppee ni salah satu portal online shopping yang ada merangkumi semua keperluan dan boleh kata semua ada dan korang boleh order hujung jari jer.

Yang paling best lagi sebab setiap hari Shoppee akan adakan promosi dalam bentuk promote code, penghantaran percuma, potongan harga sehingga Rm20, dan kalau korang bertuah korang juga akan dijemput ke event yang diorang adakan. Bila ada sebarang masalah, pertanyaan atau sebarang kemuskilan, korang boleh direct contact diorang through LIVE CHAT.

Beauty Buffet telah diadakan bersempena pelancaran kolabrasi antara Watsons Malaysia dan Shoopee. So hari ni aida nak share pengalaman shopping dan join event bersama diorang. 😊 Actually ni first time aida join event bersama Shoppee tapi kalau dengan Watsons dah banyak kali. 


Kredit gambar dari IG shoopee 😁

Watsons menawarkan lebih dari 2000 produk di portal shoopee untuk pelanggan dapat berbelanja secara online dan menikmati diskaun harga yang ditawarkan. Jangan tak tahu tau, pada setiap hari rabu akan ada kejuta tawaran menarik untuk semua pelanggan mereka.


Credit gambar dari IG @ciklily


Beauty Buffet kali ini diberikan masa selama seminit, boleh grab apa saja dari barang tapi dengan syarat jumlah harga barang tak melebihi RM200 dan barangan yang diambil boleh dimuatkan dalam beauty box yang diberikan, maksudnya box tu boleh ditutup rapat.


Korang mesti nak tengok apa yang aida berjaya ambil dalam masa 1 minit tu kan? So ni lah dia hasilnya yang berjaya diambil tanpa berfikir panjang. Main ambik jer πŸ˜‚




Loreal Paris matt 12H code N3
Revlon Balm Stain Baume Colorant code 040
Revlon Balm Stain Baume Colorant code 060
Mascara 3D
Compact powder The Base Zero Code 01

Tak sempat nak penuhkan satu kotak pun dalam masa satu minit tu πŸ˜… mungkin sebab dah terbiasa bila beli barang nak tengok code warna dulu, tengok harga dan try tester πŸ˜‚ tapi kira ok lah sebab semua ni harganya RM199.60 lagi 40sen genap RM200

Banyak lagi ruang boleh isi tu kan. Kalaulah diorang buat dan masa satu minit tapi takde had harga...alangkahhhhh bahagianya kalau betul. Kannnnn😁


Kalau nak cuci mata dan shopping boleh klik sini 😊
Watsons

Shoppee




Continue Reading No comments

Makeover blog by The Butterfly Project

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt & hai semua


Perasan tak blog aida dah nampak lain. Nampak lagi segar dan bernafas baru kan? Mood aida happy sesangat ni. Tak tahu nak cakap macam mana tapi rasa semangat sesangat nak blogging balik lepas ni. Insyallah semoga semua dipermudahkan



Ini blog aida sebelum dan selepas. 😊

Dulu semua aida buat sendiri je semua berbekalkan basic skill. So hasilnya so so ajerla. Bila tengok blog blogger lain rasa teringin jugak la nak buat blog macam diorang tapi tula satu memang tak ada masa nak godek-godek main code yang dah macam cacing kerawet. Then lama-lama rasa macam hire sape-sape yang terer lah kononnya tapi tak sempat nak hire jadinya.

Jadi entry ni sebenarnya nak ucapkan terima kasih sesangat untuk our mamasan, tammy and The Butterfly Project sebab pilih blog Aida ni untuk di makeover. 

Rasa macam menang contest pulak. πŸ˜‚





Continue Reading No comments

Selamat hari lahir ke 2 tahun Aqeela Yasmeen





Alhamdullilah, anak ibu dah masuk 2 tahun harini. Lahir pada 10/7/2015 @ 0030hr
Selamat hari lahir sayang.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu dan ayah penghuni terawal rahim ibu. Rindu awak masa ibu mengandungkan awak, masa awak baby. Lani dah besar anak ibu. 😊 syukur ibu masih dapat melihat kakak membesar depan mata ibu sendiri

Melihat kakak membesar dari sehari ke sehari. Dari kaki sekecil separuh tapak tangan dan sekarang kaki tu dah boleh berlari dan boleh buat aksi macam-macam. Sampai kekadang kaki tu jugak naik ke kepala ibu dan adik bila awak tidur. *tidur buas yangmat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Awak banyak mengajar ibu tentang SABAR, TANGGUNGJAWAB & KASIH SAYANG. Awak yang pertama yang mengajar ibu erti sebenar KELUARGA, ANAK, IBU DAN AYAH. Sebut tanggungjawab memang senang tapi untuk melaksanakan tanggungjawab tu yang payah πŸ˜…

Maafkan ibu sebab kadang-kadang ibu TERjadi monster πŸ˜‚ maafkan ibu kalau ibu lupa nak peluk cium awak, lupa nak puji awak bila awak buat benda-benda yang baik. Maafkan ibu jugak sebab kadang ibu terlebih perhatian pada adik 😒

Maafkan ibu sebab termarah awak sebab awak sebab dah banyak sangat akal sekarang. Tantrum hari- hari macam samarinda campur filem hindustan sebab suka sangat guling-guling ataih lantai πŸ˜‚ akit ale ibu ayah sampai serik nak masuk mall. *malu dia buat peel tak kira tempat ( eskalator tu dia boleh main macam main gelongsor) πŸ˜‚

Maafkan ibu kalau ibu bukan ibu terbaik macam ibu- ibu yang lain. Tapi ibu janji ibu akan cuba berikan yang terbaik untuk kakak dah adik-adik. Insyallah.

Membesarlah dengan sihat anak ibu. *Biarpun lani sebenarnya berat dah 14kg (dah sihat sensagat) πŸ˜‚  semoga awak dijauhkan dari segala penyakit sebab ibu tak sanggup tengok awak sakit.

Maafkan ibu sebab tak selalu ada dengan awak sejak awak umur 4 bulan lagi ibu terpaksa tinggalkan untuk bekerja. Beruntungnya ibu-ibu yang boleh duduk 24jam dengan anak. Tiba-tiba ibu rugi sebab banyak masa yang sepatutnya masa 24jam ibu bersama dengan awak untuk didik awak tapi ibu tak mampu. Sebab selain menjadi ibu awak, ibu ada tugasan lain yang menjadi tanggungjawab ibu sebagai punca rezeki kita.

Maafkan khilaf ibu, ibu akan cuba didik awak sebaik yang mungkin. Awak amanah untuk ibu ayah dan mungkin awak saham akhirat ibu di sana nanti. Ibu sayang awak kerana Allah SWT.

Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Jadi anak yang solehah ye anak ibu, jadi anak yang menyejukkan hati kami nanti bila ibu ayah dah tua dan terangkan kubur kami nanti bila kami dah tiada 😒 semoga kakak dan adik-adik mampu menjadi saham akhirat ibu ayah nanti di sana. Aminnn 😊



Continue Reading No comments

New update

Alhamdullillah raya tahun ni special dan bermakna sangat sebab dah upgrade jadi mother of two daughter dan dapat beraya berempat.  Yup alhamdullilah 13/4/17 lepas aida dah selamat lahirkan lagi seorang puteri yang kami namakan Adreena Camelia. Si kakak,  Aqeela Yasmeen pulak alhamdullilah sekarang dah masuk 1 tahun 11 bulan. Makin pandai dan makin panjang akal. Nanti adik dah besar sikit dah boleh jadi geng  Jangan gaduh-gaduh ye anak-abak ibu. #Hug




Hari ni Adreena Camelia dah masuk 2 bulan 8 hari jadi maknanya dah lama dah ibu nak kena masuk kerja balik. 😒 nervous pulak bila dah lama tinggal kerja πŸ˜…

Alhamdullilah dalam tak sedar pejam celik tinggal lagi 2 hari je nak sambut raya. Baju raya, kuih raya, duit raya semua dah prepare ke tu? Kebetulan tahun ni aida due raya dan lagi kebetulan sebab still dalam maternity leave. Jadi sempat lah nak prepare apa yang patut untuk raya 2 tahun sekali ni.  Tahun depan jadi #teamrayaKL sebab due kerja. Huhhhh bertabahlah duhai anak suamiku 😁

Shopping raya tahun ni raya agak mencabar dan kalut pun ada jugak sebab dah beranak dua dan dua-dua still kecil. Si adik baru lepas pantang so tak berani nak bawak keluar sangat sebab sekarang pun ada macam-macam penyakit dekat luar tu...aihhhh takutnya bila baca macam-macam penyakit yang boleh berjangkit. Tapi bila dah terdesak kiteorang hangkut jugaklah sebab aida memang jaga sendiri anak-anak. Si kakak pulak bila dah keluar masa tulah jugak sel-sel otak dia nak berhubung. Macam-macam aksi dia buat.pening kepala kiteorang sampai nak buka puasa dekat luar pun kiteorang pikir duapulohnamkali. Pada kawan-kawan yang ajak berbuka sesama tu insyallah kalau dipanjangkan umur tahun depan anak-anak dah besar sikit kita gather-gather balik ok! πŸ˜…



Bila dah beranak pinak ni memang diri sendiri dah tak fikir sangat, yang paling penting nak anak-anak happy. Tema baju raya pun ikut warna baju anak. Anak-anak happy insyAllah ibu ayah pun happy πŸ˜€






Korang bila balik kampung? Aida ni dah on the way balik terengganu. Kiteorang dua-dua laki bini orang terengganu jadi tak de nak gaduh-gaduh , nak drama air mata nak balik okut due *thank God πŸ˜‚ sesambil jadi co-pilot teringat blog dah lama tak update. Rinduuuuu πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

InsyAllah lepas ni nak paksa diri rajin-rajinkan diri update. InsyAllah πŸ˜€
Jadi sebelum busy dekat kampung nanti, Aida nak ucapkan selamat menyambut syawal. Semoga kedatangan aidilfitri tahun ini dapat mengeratkan lagi hubungan silratulrahim kita semua. Tak nak simpan marah, sentap, merajuk ok? Yang plan nak balik kampung tu. Selamat sampai ke kampung and enjoy raya bersama orang tersayang. Bukan senang nak berkumpul semua kan, so kena lah hargai. Jangan jadi antisosial pulak bila sampai Kampung nanti.

Selamat hari raya, maaf zahir batin 😊



Continue Reading No comments

Bawak Aqeela Yasmeen pergi Pantai

New year is coming tapi rasa macam dalam tahun ni, belum pergi mana-mana lagi dengan Aqeela Yasmeen. Lagi dua tiga bulan dah nak beranak lepastu berpantang pulak. Kesian pulak dengan Aqeela πŸ‘€

Kebetulan dapt cuti sesame dengan husband so, kiteorang plan nak balik kampung sebab ada banyak benda nak settlekan. Alang-alang dah balik tu, so dengan kuasa bernama ibu, Aida plan la diam-diam nak bawak Aqeela pergi pantai.Sebelum ni memang pernah dua tiga kali jugak bawak dia tapi tu just pergi, tengok pantai then balik. Kesian dia πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

So the first pantai yang Aqeela berjaya menakluk adalah Pantai Teluk Ketapang,KT
Kiteorang pergi waktu pagi dalam pukul 9 lebih macam tu sebab kalau petang sangat nanti takut hujan then kalau tak hujan pulak comfirm ramai orang. Nasib baik tak panas sangat masa ni, so kiteorang boleh lepak-lepak lama sikit πŸ’‘πŸ‘ͺ



 Ini masa memula sampai, Kemain muka menyombong 😎😎😎 Semua barang dia nak angkut sendiri dengan tak nak pimpin tangan lagi, kemain laju jalan. πŸ™…πŸ™…πŸ™…



Maafkan ibu mengandung yang dah tak larat jalan banyak.😀😀😀




Fat and Fabulous as always πŸ’•
From 48KG turn to 60KG. #apeadehal!!!



Our first sand castle πŸ˜πŸ˜œπŸ˜›



Semua nak buat sendiri. Tu dia tengah susun itik-itik kesayangan 😡😡😡




Selfie dengan baby dalam perut πŸ‘ΆπŸ‘° Yang belakang tu sibuk duk kira berapa ekor itik πŸ’‘



Nanti bagitahu ayah, Kita pergi bercuti jauh-jauh sikit πŸ‘―πŸ‘°



Mission accomplished! Jom balik ✋✌ 

Continue Reading No comments