Nur Kasih The Movie cetus fenomena


Filem produksi Filmscape Snd Bhd, arahan dari Kabir Bhatia dan ditambah dengan lakonan hebat dari 3 pelakon utama Remy Ishak, Tiz Zaqyah, dan FFizz Fairuz....well sedang mencetuskan demam di malaysia....buktinyeeeee ramai giloss yang update tentang filem ini dan boleh dikatakan semua blog bercerita tentang filem ni...so...so..so itu lah demam namenyeee......


romantik

 
ketegangan...kekecewaan  


pasrah.... 

keibuan....  


kronologi filem sarat dengan konflik dan kemelut cinta. Malah lebih kusut dan tampak padat hingga ada kalanya mengelirukan penonton apabila versi layar lebarnya ini ditambah dengan beberapa plot lain kononnya bagi menguatkan jalan cerita. 



Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta,Adam dan Nur Amina lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terlihat kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam diam mencintai Nur Amina sepenuh hati.



 Enam tahun berlalu, Aidil, Adam dan Nur berada dalam persimpangan kemuncak kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta. Aliya lakonan Ayu Raudah yang hanya digambarkan pada gaya imbasan yang menyebabkan dia membesarkan dua orang anak comelnya sendirian. 
Untuk mengisi kekosongan di hati mereka menjadi sukarelawan di pusat kanak-kanak terbiar. adam juga punyai kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai.


  

Semua harapan kini bersinar bila Nur Amina disahkan berbadan dua. Namun bencan datang tidak diundang menimpa dan memisahkan dua hati ini sekali lagi. Lantas wujud pula konflik lain yang terus menghangatkan lagi plot cerita.  


Mampukah Aidil membesarkan anak-anaknya sendirian? pengorbanan apakah yang bakal dilalui oleh Nur Amina dan Adam? 


soundtracks filem memang terbaik especially lagu tanpamu duet antarasabhi saddi dan helena, bertemu cinta dan penuh jiwa lagu nyayian mila.....terbaik ok!!!




nice shoot



AniQaH keluaran mei 2011

















Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment