shopping raya bhg 2

Assalamualaikum wbt.....

hak...hak....muka semangat nak ikut akak pergi shopping.

hari ni sambung shopping lagi. lokasi seterusnya ialah time square dan sunway piramid.
 misi; mendapatkan ape yang belom tercapai.
visi; shopping sampai penat.



ini snap dalam teksi mase on the way. ibu dan kakak
 ini saya dan darwisya. sebab belum breakfast so sampai je time square terus cari kedai makan.


snap depan cermin macam orang lain buat. haha..darwisya sibuk duk tengok radio yang ada lampu tu. dia pelik kot kat rumah dia tak ada radio macam ni.


darwisya dan ibu. 
 

ni kaki budak comel + nakal = darwisya


selesai je shopping terus balik hotel dan rehat. sangat penat hari ni. then lepas isyak keluar lagi pergi uptown dan down town. memang rambang mata. macam- macam ada. akak cakap mak ayah je tak der jual kat sini. ok dah TAMAT......



Continue Reading No comments

shopping raya

Asaalamualaikum WBT...
semalam akak, abang dan anak mereka aisyah nur darwisya suhaimi datang melawat saya.....syonoknyeeeee.....haha * bertuahnya saya ada orang datang melawat bagaiii....

tapi hakikatnya bukan lah semata-mata datang untuk melawat saya tapi diorang datang untuk buat persediaan bulan ramadan dan syawal yang dah tak lama lagi akan menjelang.....biar apa pun alasannya saya tetap suka sambil senyum dengan  lebarnya sebab diorang datang untuk shopping so boleh la saya tumpang sekaki...tapi bukan setakat sekaki dua belah kaki i masuk ok!!


muka harus lah memberikan senyuman paling menawan bila akak dah ajak pergi makan.so malam tu kiteorg  makan kat chicken rice shop mid valley. bila dah lapar semua yang masuk mulut sedap dan nikmat je rasa.



ini la aisyah nur darwisya. anak buah syatu-sayatunye. mak sedaranya lagi melebih dalam gambar ni kan





menyedut dengan penuh bertenaga menggunakan kuasa bulan..oppsss~!!!



 dia bila dah bosan...*&%$#$%

habis je makan terus balik dan tidur sebab esok banyak aktiuviti nak kene buat so memerlukan tidur yang cukup supaya kuasa bulan akan datang dengan sendirinya...mengarut~


pagi-pagi bangun solat dan sarapan. kemudian terus keluar. lokasi utama sogo


 ini masa dalam lrt nak ke sogo. bagus tak kiteorang menggunakan pengangkutan awam 



darwisya lagi semangat nak shopping. dia yang jalan depab kiteorang.



buktinya....ni haaaa....mak ayahnya ketinggalan kat belakang.



candid * akak baju biru ni macam  tengah usha sesuatu kan...kan..kan...nak tau ape?? meh nak bagitau akak ni tengah tengok ape......dia tengah usha sorang pak cik....haha



ini lah pak cik yang dimaksudkan.



cuba korang tengok hasil kerja pak cik ni. dua-dua tangan dia ada problem dan masa dia menulis pun still terketar-ketar tangan dia tapi hasil kerja dia sangat mamtop...thump up pak cik. kamu sangat bertuah.


ibu yang sibuk bershopping.


anak yang suka berkawan.



tamat untuk hari ini. 
tata ^-^















Continue Reading No comments

perempuan & fatin liyana

assalamualaikum wbt.....
 semalam saya kerja malam so ada banyak masa sementara nak kene buat charting.oleh itu untuk nak hilangkan boring yang teramat tu saya buat-buat lah rajin dengan memegang megazine. selak punya selak dah nak habis muka surat selak tu. saya nampak seseorang yang saya rasa saya macam kenal.. yup comfirm FATIN LIYANA...Kepala dah laju berpusing dan teringat dua tiga hari lepas baru je terbaca kat blog fatin liyana ni dia akan keluar dalam majalah perempuan ni.
ini cover depan majalah perempuan edisi julai...Noryn Aziz yang sangattttt cantik ok!!



fatin liyana seiring akademik dan dunia blogging. 



dalam majalah ini fatin banyak bercerita tentang keluarga, pencapaian terbaik dll. tapi apa yang penting saya rasa dia sangat jujur bercerita mengenai diri sendiri.



 tengok ada 4 pages untuk fatin sahaja. dalam ni jugak fatin ada cakap idola dia adalah mak dan heliza helmi. kebetulan pulak heliza pun ada dalam majalah ni.



fatin nampak sangat cantik dengan neutral beuty biarpun simple je dia pakai. thump up fatin.




Continue Reading 1 comment

celita konvo saya * my BIG day *

assalamualaikum wbt....


mase kecik-kecik tengah kiut miut dulu kala suka sangat bile tengok citer kat dalam tv orang tengah happy sambil pakai jubah besar dan pakai topi yang ada juntaian berambu sambil senyum selebar alam sambil pegang bunga sejambak lagi besaq. teringin sangat nak ada hari  bersejarah macam tu.

selepas 3 tahun aku belejar di UM ( UMMC, UNIVERSITY MALAYA MEDICAL CENTRE), akhirnya selepas tiga bulan membina badan di rumah dan yang paling penting sempat berpuasa dan beraya di rumah aku dipnaggil untuk melaporkan diri di ummc. 

semasa dalam tempoh orientasi dapat pulak berita majlis konvokesyen kiteorang dah hampir...yeayea dapat pakai jubah besar dengan topi berambu...ngeeee!!! dalam mase yang same kepala dah ligat berpusing tengah duk plan macam mane nak rakam kenangan bermakna ni dan yang paling best sebab family nak datang. boleh shopping...ngeee lg!!!

so aku try cari photographer untuk shoot pada hari konvo nanti.siap publish kt fb lagik ko tau...ngee. ramai yang offer diri dan mase tu dapat kenal ramai photographer secara tak langsung. siap dapat job lagi tau. finally aku ambik keputusan untuk pilih en.photographer Helmy Mohammad sorang ni.kenapa pilih dia ni sebab aku rase dalam banyak- banyak yang offer diri dia ni pnye offer paling best lagik pun dia punya hasil kerja boleh tahan bagus jugak. so tQ en helmy.thump up.

so, semua gambar- gambar kat bawah adalah hasil kerja en.helmy. nanti bolah la hire dia ek kalau-kalau  lah dah ada perancangan nak kawin ka nikah ka tunang ka...kan...kan...kan

my lobely family

my parents and kat bawah ni bonda saya. comel macam saya kan




sahabat saya akim *dia ratu k pndai nyanyi macam anuar zain. sejibik

*candid...i like

bonda; cuba betul-betu sikit pakai jubah 2
saya; xnk.....berat giler....sat lagi dh nk msk sy pakai

*candid lagi....

my bro...wa cayangggg sama lu bro


staff nurse habibah. jemput la datang ICU,UMMC kalau nak jumpe dia nih. meriah kalau duk sebelah dia ni



cutenyeee yang pakai topi berambu 2



berdiri seperti tiang bendera di depan dewan tuanku canselor um.
 


yeahhhh!! lihat lah dunia...akhirnyaa gua dapat jumpa zara



i like..senyum sampai telinga

outdoor shoot



dah macam budak uia l;ak bile tengok gambar ni...ngeee



oktillthen!!




















Continue Reading No comments

renungkan

"Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta"

Continue Reading No comments

3 artis popular bernikah


Noh Hujan-Mizz Nina, Tomok akhiri zaman bujang
  

cerita dari berita harian; KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Noh atau nama sebenarnya, Mohd Noh Salleh, 27, dan juara One In A Million 3 (OIAM3), Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 27, masing-masing menamatkan zaman bujang mereka di ibu negara, malam tadi. 


Noh menikahi penyanyi popular yang juga anak kelima Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, Shazrina atau Mizz Nina sempena hari lahir Mizz Nina yang ke-31.
Majlis akad nikah berlangsung di kediaman keluarga Mizz Nina di Ampang, secara tertutup.

Manakala Tomok diijabkabulkan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32, di Dewan Serbaguna, Taman Sri Keramat, dekat sini.

Noh dinikahkan bapa Mizz Nina, Azman sambil disaksikan imam Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Mohamed Khairi Husin. Mas kahwin RM888 serta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas dengan jumlah sama oleh pengantin perempuan.

Noh menyerahkan wang hantaran berjumlah RM 11,111.11. Acara pernikahan diikuti dengan majlis persandingan tertutup di Hotel Shangri-La, esok.

Manakala majlis resepsi untuk kenalan industri hiburan dan media dijadual berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton di sini, Rabu ini. Majlis bertemakan gaya Jepun itu turut mengundang rakan artis seperti Misha Omar, Altimet dan band dari Indonesia untuk membuat persembahan.

Sementara itu, Tomok yang bertemu jodoh dengan Siti Rahayu selepas lapan tahun bercinta, dinikahkan bapa mentuanya, Abas Mohd Saidon disaksikan Pegawai Tadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jajuli.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300, sembilan dulang hantaran dibalas 11 dulang hantaran oleh pengantin perempuan. Manakala wang hantaran pula berjumlah RM12,697.11.

ce teka gambaq tangan berjari hantu...opsss berjari manis sape punye nih?? selamat pengantin baru untu tomok & ayu dan pasangan noh dan mizz nina. semoga bahagia ke syurga.

Continue Reading No comments

tudung dari D'Haja

Ada tak yang minat dengan tudung D'Haja? Kali ni keluarannya memang sangat cantik tak tahan tengok kecantikan tudungnya dan yang paling penting harganya sangat murah berbanding tudung yang lain.
Tapi Walaupun harganya murah..tapi kualiti jahitannya sangat dijaga oleh pemilik butik ni. Kalau tak, masakan model terbarunya pelakon Irma Hasmie sanggup jadi modelnya..Cantik je dia pakai tudung d'Haja ni..

Jom tengok keluaran bulan Jun 2011 dari butik d'Haja..
mingguan wanita 4-10 mei


Nampak cantik sangat diorang ni bile pakai tudung D'Haja ni kan? 



Mingguan Wanita 3-9 jun




dari majalah nona



majalah nona


Continue Reading No comments