kimora ke kimono??

Asaalamualaikum wbt....

ini bukan cerita pasal model kimora Lee simmons yang cantik lagi bergaya itu, tapi kite nak cerita tentang......kimono...apa itu kimono?? ni ceq nak cite 
 

tapi sebelum tu nak tunjuk jugak sape kimora yang cantik lagi kaya tu...ni gambaq family diorang...ok habis cerita pasal kimora. jom kite cerita tentang kimono pulak.

Kimono 着物bermaksud "sesuatu yang dipakai" merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan untuk perempuan, lelaki dan kanak-kanak.


Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai.



Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan  dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional; dan sejenis selipar kulit dan sarung kaki.





 Kimono, tidak mendapat pengaruh dari pakaian tradisional Korea. Namun, kimono mengambil inspirasi dari pakaian tradisional Cina, "Hanfu" (Hanfu = han (suku han) fu (pakaian) -> hanfu = pakaian suku han). Kimono modern seperti yang kita lihat pada zaman sekarang sudah mulai dilihat sejak zaman Heian (sekitar tahun 800). 


 




Kimono biasanya dibuat dari sutera jepang yang di-print dengan teknik "Yuzen". "Yuzen" maksudnya teknik cetak berulang - jadi, pattern dari kimono itu sebenarnya diulang2 (sejenis monogram). Banyak orang yang mengira bahwa kimono itu dilukis dan satu kimono itu mengandung satu lukisan, tapi sebenarnya salah.


Menurut beberapa sumber, Kimono pada zaman dahulu harus dilepaskan bagian per bagian untuk dicucinya dan dijahit dan disambung kembali waktu mau dipakai, tapi perkembangan zaman telah mengeliminasi kebutuhan ini. 


dari kecik-kecik lagi memeng teringin sangat nak pakai kimono tau.....kebetulan dapat peluang bergaya dengan kimono. so enjoy dengan gambar- gambar di bawah ni  ok...














......till End....




Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment