ilmiah bulan september

Assalamualaikum wbt.........
Bulan ni saja dah 3 buat majalah beli....keluar je pandang kiri kanan belakang depan kalau ada kedai2 buku mesti berhenti & but not free reading. ambik & bayar. tapi ambik masa nak baca. InsyAllah kalau ada masa nanti saya akan cuba baca dengan sepenuh hati.....huhhh....tekad

1. InTrend
 
Irma Hasni & Noryn Aziz  as a cover girl kerana intrend keluaran september lebih fokuskan kepada gaya berhijab.
Ada lagi ke yang bertanggapan & berasakan dirinya tidak cantik jika diselubungi hijab???....tanggapan itu ternyata tersasar jauh sebab InTrend membuktikan, betapa lebih rapi kita berhijab,maka lebih terpancar aura kecantikan kewanitaan kita yang bercahaya.


 tengok dari sini pun dah tahu banyak isu2 menarik...thump up.


maria elina yang femes ni pun ada untuk tunjuk ajar ikatan tudung. dia sangat cantik.


yang paling best ada cerita tentang idola saya datin norjuma yang bermata bundar, berpipi pauh dilayang, senyuman manis, tubuh nan langsing dan peribadi molek menjadikannya 'anugerah terindah' milik sang suami.



Antara yang menarik perhatian saya.


p/s; biar apa jua stail hijab yang kita pilih untuk melangsiri imej kita, pemakaian hijab haruslah datang dari hati tulus suci. bukan kerana mahu memikat hati si dia, bukan kerana mahu membuat bakal mak mertua suka, dan bukan juga kerana berhijab itu kelihatan lebih stailo daripada membiarkan rambut yang kusut resah. berhijablah kamu tapi bukan kerana menjadi plastk & hipokrik. berhijablahjuga kerana mengerti tanggungjawab pda agama. saya optimis


2. HARMONI




sebuah majalah kekeluargaan yang banyak memberi fokus kepada isu-isu kekeluargaan dan kemasyarakatan seperti pengurusan rumahtangga dan kewangan, psikologi keluarga, pendidikan anak-anak, kesihatan, masakan, kraftangan serta banyak lagi tip-tip ringkas dan padat. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia wanita dan keluarga mereka turut diketengahkan. Sebagaimana tajuk majalah ini, HARMONI bermatlamat membina keluarga harmoni dan ibubapa yang berjaya. actually tak ada kene mengena dengan saya...tapi kenapa saya beli???
saya rasa nak beli sangat sebab ayu & zaquan ada di situ....huhu tapi bukan semata-mata sebab itu je....


cerita cinta pasangan romantis zaquan & ayu raudah yang semakin berseri2 selepas bergelar isteri. tahniah ayu & zaquan, anda pasangan secocok...haihhh

 cerita cinta nurul syuhada & raja amir
 mesej tersirat di sebalik cincin perkahwinan mizz nina & noh


3.  EH!




 cerita Baik @ Buruk, tetap publisiti.....

Sekali tengok macam Mizz Nina pun ada. Rupa-rupanya Neelofa, si awek Kelantan. Tak dinafikan tahun 2011 sememangnya tahun Neelofa melonjakkan namanya. Bukan sahaja penuh dengan kontroversi, tetapi lakonannya di dalam drama pun tak kurang hebat dalam memainkan peranan untuk menaikkan lagi namanya.
Semoga saki baki tahun 2011 ini akan dikurangkan dengan kontroversi dan ditingkatkan prestasi buat Neelofa. All the best and good luck. 
Dapatkah EH! edisi September 2011 untuk cerita-cerita menarik mengenai Neelofa.

antara yang menarik ;

sarat dengan info tren terkini, aurat syawal.


Fashionista,stylista,, eksentrik dan mangsa fesyen
stail sejati.bergaya dengan elegan

p/s; kalau nak berfesyen pun jangan sampai jadi baduk & kalau tidak berminat pun jangan biarkan diri terperesuk dalam satu zaman....perrghhhh... kedua2 menakutkan.
Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment