Thursday, September 15, 2011

Itu Saya

salam and hello lovelly readers
 saya cuma nak berkongsi apa yang orang mungkin tak tahu @ buat2 tak tahu tentang diri saya.

1) saya manusia yang sangat cepat terasa dengan kata2 yang tkda insurant...buktinya tiap kali kene tegur dengan  kasar & kurang ajar saya akan diam sampai saya rasa saya perlu bercakap..:p

2) saya adalah kakak dan adik tunggal perempuan.saya cuma ada kakak dan adik lelaki yang sangat nakal....lagi nakal dari kakak2  dia.... :P

3) saya kecil. tak tinggi. tak rendah....cuma 157cm & 50kg...buat masa sekarang... jangan percaya pada gambar.:P

4) saya seorang yang banyak cakap sebenarnya. bila saya dah kenal & selesa dengan orang itu.Tapi sangat susah untuk berkongsi masalah. orang yang boleh mendengar masalah saya adalah orang yang sangat bertuah....huhu..*percayalah

5) saya kadang-kadang boleh jadi budak nakal. saya suka sakat orang! adik saya selalu kena buli..:P

6) saya seorang yang penyayang! heeeee.sayang pada bangsa & negara...*ngeee

7) orang selalu salah anggap saya. normally, first impression orang akan cakap saya sombong gila! adoii..kesian saya. ;(

8) saya rabun tapi belom lagi buta warna. suka pakai lens. tapi kadang2 terpaksa jugak guna spec sebab mata selalu ada eyebag yang buat muka saya nampak lesu & lagi tua dari usia sebenar...* tak nak ngaku muka mmg tua*...:P

9)saya suka makan. kalau di tempat kerja semua orang tahu saya mampu habiskan 2 bungus nasi dalam 1 masa.. :P .. dan saya pencinta lauk-lauk kampung. petai,ulam-ulaman,jantung pisang,sambal tempoyak,budu,sambal belacan merupakan kegemaran saya.
10. saya pembaca seti majalah dara, nur intrend & EH!....Semua kerana saya pencinta fesyen.

11) saya hargai hiasan yang kecik molek. Bagi saya itu semua terlalu indah, unik dan istimewa!...*Jadilah macam saya

12) saya suka shopping. ok salah. gila shopping! tapi skrg, makin membesar dah mampu kawal.tapi kadang2 tidak jugak :P

13) saya pencinta fashion. setiap hari ada je idea pasal fashion. haihhh.
14) saya seorang yang setia. Kepada keluarga, teman-teman dan juga teman istimewa. Kesetiaan bukan hal main-main bagi saya.* egat 2

15) orang tengok saya mcm budak-budak tapi fikiran saya sgt matang. saya tak tipu.

16) bila berdepan dgn satu situasi yang serius, saya jadi sangat serius. sila jgn main-main dengan saya.

17) saya sangat menjaga hati orang lain. saya tak sanggup tengok org lain menangis sebab saya. tapi kadang-kadang saya terpaksa lepaskan juga sebab saya tak mampu tanggung 'sakit' nya. maafkan saya. ;(

18) keluarga saya adalah nyawa saya.

19) saya benci orang tak tahu hormat orang lain. especially hormat orang yang lebih tua. saya boleh terus bertukar mood & hilang respect dekat orang-orang macam tu.

20) saya berjiwa seni & suka teramat pada sastera. sebab tu ramai pelik kenapa saya pilih  bidang medikal. haihh.

21) saya pencinta purple dari kecil. meningkat remaja pink. dan sekarang, meningkat dewasa merah menjadi hijau.

22) saya pencinta kanak-kanak. mereka antara kurniaan Allah yang sangat indah.

23) saya mula berhijab ketika berusia 10 tahun. terlalu awal sebab masuk darjah 4 dah wajib pakai tudung.

24 ) cita-cita saya masa kecil (tadika) nak jadi cikgu sebab jadi cikgu boleh pakai cantik2 & bila hari guru boleh dapat hadiah banyak2. bila masuk sekolah menengah saya dilantik untuk jadi penolong ketua pengawas & selalu jadi mc untuk majlis sekolah. Dari situ saya temui diri saya sebenar. betul. saya mahu & minat menjadi pengacara tv yang hebat! haha. masa ni saya start mengikuti perkembangan idola pengacara tv saya, Farrah Adeeba. heeee. kemudian, atas nasihat keluarga saya pilih bidang medikal. tapi saya akan tetap kejar impian saya ni nanti. bila dah habis belajar. Insya Allah. berangan takpe kan? ;P

25) akhir sekali, saya memang suka  ambik gambar & bergambar. tapi kurang minat nak bergambar dengan lelaki....bukan nak berlagak diva pun...haihhh.

aha. tu je yang mampu I share kawan-kawan. happy reading!




No comments:

Post a Comment