Wednesday, September 14, 2011

puasa 6 dalam Syawal

Assalamualaikum wbt dan salam lebaran
Bila berakhir bulan ramadan kita semua sambut aidilfitri. Tapi dalam bulan syawal still ada yang berpusa.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun ya..kalau saya sendiri pun entahlah siap dgn “uzur syarie” lagi..dh tentu tk dapat punya!. :((

Ada orang kata bila kita puasa 6 di bulan Syawal kita kena niat dua kali, betul ke? 

1. Kita kena dahulukan perkerjaan atau perbuatan yang disuruh Allah itu yang wajib dahulu, jadi..kita terutama orang perempuan yang berniat hendak mencari pahala lebih dengan melakukan puasa sunat 6 di bulan Syawal itu mestilah terlebih dahulu mengganti atau mengqadakan puasa wajib bulan ramadhan yang telah ditinggalkannya. Tidak kiralah disebabkan oleh haid,nifas, wiladah atau pun sakit. Setelah itu bolehlah terus berpuasa sunat Syawal yang 6 hari itu tadi.

2. Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi, Allah itu Maha Penyanyang Lagi Maha Adil.  Sangat beruntung kita yang menjadi ummat islam ini.

3. Jika begitulah keadaannya kita orang perempuan bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula.Ganti awal2 kan senang, nyawa kita ni umpama telur dihujung tanduk, dh lah kita pinjam sukahati Allah lah nak ambil balik bikla2 Dia suka kan ..
Tetapi kebanyak orang melayu dan orang islam sekarang ini, banyak yang silap konsep mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Contohnya masjid atau surau sekarang sudah sunyi semula, kekurangan jemaah berbanding semasa solat sunat tarawih tempohari penuh, sampai solat di kaki lima masjid atau surau. Sama juga fenomena waktu solat fardhu subuh pada 1 Syawal yang lalu masjid sunyi je hanya jemaah yang ‘tegar’ sahaja yang ada tapi bila masa Solat Sunat Aidilfitri melimpah2 orang.. ada yang sampai solat di atas rumput,  punya ramainye orang.. Perkara ini jugalah yang telah dibincangkan dalam AL-kuliyah TV3 dgn tajuk Aidilfitri bertaqwa.


janganlah kita silap dalam melakukan kerja, amalan atau perintah Allah. Dulukan yang Fardhu (wajib) daripada yang sunat. selamat berpuasa..:)) barakah Allah

No comments:

Post a Comment