Friday, September 9, 2011

Rara Zikry & Dugaan Allah

Rara Zikry atau Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri. Mungkin ramai dah tau kisah wanita cantik dan sempurna ciptaan Allah ni.


Dia menghidap penyakit Hypoxic Ischemic Encephalopath iaitu kecederaan otak akibat kerana kekurangan oksigen. Siapa dapat sangka kuasa Allah bila menghendakkan sesuatu terjadi? Bila tiba saat itu, kita tak dapat berbuat apa. Tentu ada rahmatnya. Percaya dan yakinlah.


Rara dilahirkan pada 4 oktober 1988. Baru berusia 23 tahun, tapi dugaan yang Allah berikan sangat besar untuk dia. Kita diduga tanda Allah sayangkan kita. Syukurlah, tentu Allah sayangkan dia. Ya Allah Engkau berilah mereka ketabahan dan sembuhkanlah penyakit yang Rara hadapi.


Pelajar dari Lim Kok Wing dan mengambil jurusan Interior Design. Sebagai masyarakat disekeliling, mungkin tak banyak yang kita boleh lakukan. Tapi kita masih boleh berdoa, agar Rara kembali pulih, diringankan kesakitan yang dihadapi, semoga Allah menguatkan semangat keluarga Rara menghadapi ujian ini, dan tentunya mendoakan agar menjadi muslimin yang lebih baik lepas ni. Apa yang terjadi ni sebenarnya merupakan ingatan untuk kita semua. Ya Allah sesungguhnya engkau lebih mengetahui.

Dah setahun lebih Rara jatuh sakit sejak 19 Mac 2010. Banyak yang dah keluarga dia lakukan. Besar dugaan buat mereka. Dan sebagai sesama muslim apa kata kita hulurkan sedikit sumbangan buat Rara dan keluarga bagi membantu perbelanjaan perubatan Rara yang bukan sedikit jumlahnya. Kalau ada kemampuan lebih mungkin boleh sumbangkan lebih.


Sumbangan boleh dibuat ke akaun ibu Rara:

Maybank
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL
*Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos.

Page facebook yang dikendalikan oleh sepupu Rara, Contribution for Rara Zikry's medical expenses


RaraZakry......Kalau hari ni kita tiba-tiba sakit, sempat ke kita nak bertaubat. Ya Allah takutnya.






No comments:

Post a Comment