Inspirasi Muslimah Bestari ANIQAH - Edisi Perkahwinan

Assalamualaikum WBT.......

Allah SWT berfirman yang bermaksud;
".....dan di antara tanda-tanda kekuasaan -Nya ialah Dia menciptakan pasangan untukmu daripada jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan berasa tenteram dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang, sungguh pada yang demikian itu benar-benar menunjukkkan tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir."
surah Ar-Rum, ayat 21
Bila difikir, ditenung, diamati dan diamati maksud ayat ni sangat mendalam dan sangat bermakna. tiba-tiba teringat bagaimana besarnya kuasa Allah SWT yang mencipta & merancang sesuatu. Subahanallah.




 Aniqah keluaran Oktober 2011 EDISI PERKAHWINAN istimewa untuk bakal pengantin.

Asal hujung tahun & musim cuti sekolah je mesti berderet je orang datang jemput ke majlis kenduri kawin. korang pernah terfikir tak macam mana bakal-bakal pengantin ni dalam gembira menanti hari bahagia penuh bersejarah kena jugak berfikir, bertukus lumus, cemas memikirkan segala kesulitan yang mungkin timbul, gementar saat memikirkan saat akad nikah dan bimbang jika undangan tidak seperti diharapkan. Bila kad jemputan dah bertukar tangan, bakal pengantin mula menghitung hari untuk bergelar raja sehari. perasaan masa tu mesti bercampur gaur, antara cemas, gembira, gementar dan bimbang...eheh
Nak diingatkan jugak ni memenuhi majlis undangan perkahwinan amat dituntut dalam islam. Jadi kalu dah terima undangan jangan sengaja mengabai dan pandang ringan kerana adalah wajib memenuhi undangan jika tiada halangan.





Aniqah keluaran oktober istimewa untuk bakal pengantin. berencanakan edisi pengantin di setiap muka surat lagi. Apa yang Semua bakal pengantin perlu tahu dari A ke Z semuanya ada dalam Aniqah. Amboi promot sakan ...*ngeeee.



maklumat fotografi yang lengkap..


contoh kad undangan yang sangat cantik...rasa nak kahwin sekarang...eheh...gatallll!!! 
Kad undangan dihulur sebagai penganti diri dan tanda kedatangan tetamu dinanti.





ini pun contoh kad undangan jugak....sangat cantik dan menarik, da bomb...*ngeeee. pencetus ilham yang menyerlahkan keunikan ciptaan yang istimewa. sarat dengat perasaan kasih, penuh dengan penhayatan cinta yang sebenar dan tinggi daya kretivviti dalam sekeping kad, tanda penyatuan antara dua hati. bagi saya kad undangan yang menarik pasti disimpan tetamu untuk kenang-kenangan dan bakal pengantin juga  menyimpan sebagai memori perkahwinan.



pilihan busana indah pengantin semestinya menjadi keutamaan bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman......cantik berseri permaisuri hati...



bakal pengantin mesti mengimpikan majlis perkahwinan penuh meriah sambil duduk di pelamin indah ibarat bersemayam di singgahsana istana. Pelamin ibarat satu pemberitahuan kepada umum bahawa si jejaka dan gadis telah diijabkabukkan dengan ikatan suami isteri.



cara melukis dan antara contoh lukisan inai yang sebati dengan masyarakat melayu. tidak sah kalau kahwin tapi tidak berinai kan?.... teringat masa roomate saya kahwin. tok kadi tanya persaan antara tangan pengantin perempuan dan lelaki dan jawapannya inai. WHAT???
sebab itu tanda pengantik perempuan sudah cukup dengan  SATU perkahwinan apabila semua jadi berhias inai. Lelaki pulak masih mempunyai TIGA tempat kosong dengan tangan dihiasi inai di tiga jari.




teknik solekan. kesilapan menyesuaipadan solekan dengan busana boleh mencacatkan majlis sehari jadi tugasan mak andam bukan senang yang disangka.
Mak andam mesti pandai menyesuaikan solekan dengan majlis.

jadi kepada bakal-bakal pengantin cepat-cepat lah beratur pergi beli Aniqah ok.




Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment