Perginya Lagenda Genius APPLE

Assalamualaikum WBT.......

ipod, ipad, iTunes, iphone  mungkin ada diantara kita memiliki salah satu atau lebih dari produk  i yang terhasil dari hasil pemikiran dan kebijaksanaan pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple Inc.,Steve Jobs.

Lagenda gajet ini lahir pada 24 Februari 1955, di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan kemudianya diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Mountain View ketika berusia beberapa hari.
Pada usia 21 tahun beliau mencipta Apple komputer bersama Steve Wozniak di garaj keluarganya pada 1976. Apple mengeluarkan komputer pertamanya pada 1980-an. Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlaku perebutan kuasa dan kemudianya membina syarikat NeXT computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.




Sejak itu, Apple semakin pudar. Namun   kembali pulih pada 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (rm1.2juta) dan Apple semakin kukuh apabila Jobs mengubah strategi Macintons, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadidan memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti ipod, iPhone, dan iPad.




Jobs dianggap dan diangkat sebagai ikon teknologi era baru. Beliau menerima gaji AS&1 juta setahun selaku ketua pegawai Ekslusiff Apple, tetapi mempunyai harta bernilai 5.426 unit juta saham dalam Apple, 138 unit saham di Disney. Fobs menjangkakan harta Jobs mencecah AS$8.3 bilion pada 2010, sekaligus menjadi warga AS ke-42 terkaya



Nama Jobs tersenarai dalam 338 paten AS sama ada menjadi pencipta tunggal atau pencipta bersama produk berkaitan komputer, aplikasi, peranti mudah alih.
Ketika menghadiri mesyuarat tahunan pemegang saham Apple 1984, Jobs memperkenalkan Macistosh. kemudian, pada 1998, syarikat Apple mengeluarkan siri pertama komputer peribadi iMac dan mula menggunakan awalan 'i'. 

iPod diperkenalkan pada tahun 2001 yang menjadi pemacu  penyimpan data sebagai pemain media, iTunes pada 2003 supada penggunaan iPad mudah untuk memuat turun lagu. Tanggal 29 jun 2007 Apple melangkah ke alam selular dengan memperkenalkan iPhone iaitu sebuah telefon bimbit yang multimediaseperti pemainan,GPS, navigasi selain ciri-ciri standart telefon dengan skrin sesentuh. Fenomena tablet dimuatkan Apple yang mengeluarkan iPad pada april 2010 sebelum keluar dengan versi kedua pada mac 2011



 5 Oktober 2011 menjadi tarikh kelahiran untuk satu lagi gajet terbaru , apabila iPhone 4S dilancarkan.Namun tarikh ini juga bakal diingati oleh seantero dunia kerana merupakan hari terakhir lelaki berusia 56 tahun menghenbuskan nafas terakhir akibat kanser pancreas.

"Dunia telah kehilangan insan yang sarat dengan visi dan kretiviti"---Presiden AS, Barack Obama 
"Apple kehilanganseorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan"------pembuat gajet dari California
"Steve meninggalkan syarikat yang hanya dia boleh membinanya.semangatnya akan terus akan terus wujud sebagai asas kepada Apple"-----pengendali Apple, Tim Cook





' Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengigatkan saya kepada memori memetik buah epal pada musim panas,'.....kata-kata dari Jobs yang menggunakan awalan 'i' pada setiap produk Apple yang membawa maksud internet atau individual.



 Apple memberi penghormatan terakhir kepada lagenda silikon itu dengan memaaparkan gambar hitam putihnya yang berjambang, bercermin mata bulat, dan dengan baju berkolar di Home Pagenya bersama tulisan 'Steve Jobs-1955-2011'. Apabila pengunjung  mengklik pada gambar tersebut, mereka akan dibawa kepada mesej yang ditulis Cook sebagai peringatan kepada Jobs. Peminat Apple dijemput berkongsi memori, ingatan dan salam takziah mereka dengan menghantar pesanan  kepada rememberingsteve@apple.com





Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

1 comment:

  1. Con Karuna tantric masѕage nos preparamοs parity рrofundizaг este camino de autoconоcіmientο incorporates a few aсcеssоrieѕ to accommodate the erotісally massаge.
    Lіft the lеg, drаwing оff the thigh as cloѕe tо not know, tantrіc massаgе is known аs mοrphological Integrаtion.
    І cаn define offeгеd аs a sеrvice by some
    massagе pагlorѕknown as the 'Happy end'.
    The ear ornаments оf the ѕouгce Human faсe set euch
    ein Βіld und lest еs selbst!

    Heгe is my web pаgе ... tantra
    My web page - london tantra

    ReplyDelete