Sekilas Bajet 2012.


Assalamualaikum WBT.......:)
Semangat nak update entry ni, ambik ko melekat-lekat coklat kat mouse ni hahhhh...bedah2..baru lepas makan coklat...ehehehhh. Kenapa semangat sangat?? sebab banyak nak kongsi ni. Semalam kat mana-mana pun semua orang sibuk bercerita tentang isu belanjawan 2012. Ada bonus ke? ada kenaikan gaji ke?? banyak betul soalan kan. meriah sungguh semeriah baju melaju merah PM kite je kan??
Tadi ada baca surat khabar, jadi nak jugak berkongsi apa yang tahu dan faham.


** Jumlah peruntukan bagi tahun 2012 adalah RM232.8 Bilion berbanding 2011 Rm212 Bilion

** Kemudian dibahagikan kepada 2 iaitu perbelanjaan pengurusan (RM181.6 Biloon) dan perbelanjaan    
      pembangunan (RM 51.2 Bilion).

** Pengurusan merangkumi Emolumen RM52 bilion, pemberian dan kenaikan bayarantetap rm96.5 
    bilion,perkhitmatan dan bekalan RM30.5 Bilion, pembelian aset RM1.1 bilion dan perbelanjaan lain RM1.5 bilion.

** Perbelanjaan Pembangunan merangkumi sektor ekonomi RM29.8 bilion, sektor sosial RM13.6 
      bilion (termasuk pendidikan, latihan,kesihatan, kebajikan, perumahan dan pembangunan  
     masyarakat), sektor keselamatan RM4.4 Bilion, pentadbiran Am RM1.4 bilion dan Simpanan 
     Luar Jangka RM2 bilion.


1. Sebanyak 3.4 juta isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima bantuan wang tunai 
    RM500.
2. Seramai 5.3 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 di seluruh negara menerima 
    bantuan RM100.
3. Yuran tahunan RM23,50 bagi murid sekolah rendah dan RM33.50 bagi pelajar sekolah 
    menengah dihapuskan.
4. Seramai 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi dserta 
    pelajar tingkatan 6 diberi baucer buku RM200 setiap seorang.
5. Pencaruman KWSP dibenarkan membuat pendaftaran awal haji berjumlah RM1,300 melalui 
    akaun 2 pencarum.
6. Caruman seramai 5.33 juta pencarum KWSP berpendapatan RM5000 ke bawah dinaikkan dari 
    12 kepada 13 peratus setahun.
7. Melanjut usia persaraan kakitangan kerajaan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Memperkenalkan perkhidmatan awam yang menawarkan skim gaji lebih baik dengan kenaikan 
    maksimum sehingga 37.7 peratus.
9. Sebanyak 62,000orang bekas anggota, duda dan balu bekas anggota keselamatan negara di 
    zaman darurat menerima sumbangan one-off RM3,000.
10.Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimun RM500 kepada kakitangan kerajaan 
    dan bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
11.Peruntukan RM1.2 bilion untuk program kebajikan rakyat 1Malaysia atau KARISMA.




PELABURAN
Melaksanakan Rolling Plan kedua Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM98.4 bilion bagi tahun 2012 dan RM49.2 bilion bagi tahun 2013. Ia akan menumpukan kepada projek kepada pembangunan ekonomi tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

PENDIDIKAN
Mewujudkan tabung khaspembinaan, penambahbaikan, penyelenggaraan sekolah berjumlah RM1 Bilion.

INFLASI
meneruskan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 Bilion selain subsidibil elektrik RM20.

MENCERNA KRETIVITI
Mengkomersilkan300 harta intelek baharu dalam bentuk produk-produk dan teknologi baru dengan jangkaan Pendapatan Dalam Negara Kasar (GNI) berjumlah RM30 bilion.

MENGHARGAI DAN MEMARTABATKAN PERANAN WANITA
Menyediaperkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV dan amanah ikhtiar malaysia akan menyedia RM2.1bilion kepada usahawan dalam bentuk bembiayaan pinjaman mikro.
MENGHARGAI JASA WARGA EMAS
Caj pendaftaran pesakit luarpercuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta perfgigian milik Malaysia.

KERETA HIBRID
 Pengecualian sepenuhnyaduti import dan duti eksais bagi mengimportkereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013

GELANGGANG FUTSAL DITAMBAH
Membina 150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat satu gelanggang satu mukim.

PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
Membina hospital, 81 klinik kesihatan dan 50 klinik1 malaysia.

PERUSAHAAN KECILSEDERHANA
Mewujudkan dana pembiayaan PKS berjumlah RM2bilion yang dikendalikan oleh bankislam terpilih dengan kerajaan akan menanggung 2 peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan.

POLIS
Rm200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

antara gambar dari kosmo





tQ.....
Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment