Wednesday, November 9, 2011

L.I.F.E

Assalamualaikum wbt.....
selamat pagi semua. kehidupan adalah guru terbaik untuk diri sendiri.setuju?? Apa yang berlaku, telah berlaku sedang berlaku dan yang akan berlaku semua itu buat kita lebih bersedia, berjaga-jaga dan belajar benda-benda baru. Lagi senang kalau kita sebut pengalaman. 
Bila kita jatuh , kita belajar dan berusaha untuk bangun.
bila lemas pulak, kita cuba untuk timbul dan bernafas.
bila kita berlari kita belajar untuk berhenti di tengah larian untuk mencapai kejayaan di setiap laluan larian.
bila kita gembira, tersenyum, ketawa kita akan pastikan mereka juga senyum selebar senyuman kita sebab kita nak mereka rasa bahagia dan manisnya tersenyum.
bila rasa sedih, berduka dan menangis kita belajar untuk mengawal diri dan memperbetulkan kekusutan sebab kita tahu kegagalan adalah titik permulaan sesuatu yang indah.

Bila kita berjaya kita rasa puas, senang, gembira dan bangga.sebab kejayaan bukan datang bergolek. pengalaman akan buat kita semakin kuat, semakin tabah, semakin berusaha dan yakin pada diri. sebab kita yang mengubah siapa kita pada hari esok.
 Terima kasih ya ALLAH...kerana Mu hamba Mu ini masih lagi tabah dan kuat. Jatuh sungkur aku bukan lagi halangan terbesar kerana aku tahu dan aku percaya Engkau sentiasa ada untuk hamba Mu yang kerdil dan daif ini.
Hidup akan lebih indah bila kita tahu untuk hargai mereka di sekeliling kita dan bahagia dengan mereka yang di anugerahkan untuk kita di dunia.



No comments:

Post a Comment