sahabat

Assalamualaikum wbt.....
tahu tak manusia sunyi tanpa teman. persahabatan akan wujud bila 2 orang sahabat mula berkawan rapat. masa kecik cinonet dulu-dulu bila cerita kat bonda masalah aku dengan kawan kat sekolah, respon bonda mesti macam ni

" kawan masa senang memang senang nak cari tapi nak cari kawan masa susah memang payah"

boleh pakai kata-kata bonda aku ni. dunia persahabatan memang macam ni. kadang-kadang bila dah best berkawan ada pulak muncul masalah tiba-tiba. contohnya tiba-tiba wujud kawan 3 segi. bukan cinta je yang ada tiga segi. dan kadang-kadang mak pak tak berkenan dengan kawan kita. macam video mat luthfi kat bawah ni :)




berkawan tak ada batas, awak nak berkawan dengan dia yang hitam legam ke, yang putih melepak ke, yang mata besar macam mata kareena kapor ke, yang mata sepet macam mat luthfi ke,yang boleh cakap dua ke tiga empat bahasa ke, yang kaya ke yang miskin ke. saya tak kisah. sebab semua orang yang dicipta dengan kelebihan masing. mungkin korang tak suka dengan kekurangan yang ada pada kawan korang tapi belum tentu  kekurangan korang tuh diorang boleh terima.

tak nak banyak membebel. Balik kepada tajuk entry aku nak cerita serba sedikit tentang mereka-mereka yang menceriakan hari-hari aku dan aku anggap sebagai kawan baik.


ini Ummi Alia. kiteorang kenal sejak kiteorang join nursing tapi betul-betul berkawan sejak masing-masing dah start kerja. kiteorang pernah jadi roomate. kalau ada keluaran kosmetik baru dia lah orang pertama pergi beli sebab minat sangat dengan kosmetik dan benda-benda berkaitan.




gambar- gambar hari nikah dan persandingan diorang. nama pun kawan baik, so mestilah aku yang pegang tanggungjawab jadi pengapit raja sehari dia kan.

kedua, mohd Yusmarizal. sorry tak ada gambar. anggap je lah macam ada.tak tahu nak selongkar kat mana gambar kawan aku yang sorang ni. lagi pun seingat aku kiteorang tak pernah bergambar sama-sama pun sejak dari kiteorang kenal. masa mula berkawan umur aku 16 tahun.dia aku dah anggap macam abang yang jadi tempat aku cerita masalah dan dia jadi kaunselor. btw thank you rizal. awak dah banyak sangat tolong saya.




pak cik berbaju coklat kat atas ni namanya Mohd Jihaty Abadi. Yup nama yang sangat unik,  seunik orangnya. kenal dia sejak mula aktif dengan 0n9 tahun 2009. so korang mesti dah boleh agak kat mana kiteorang kenal kan. alhamdulillah persahabatan kiteorang dah hampir 2 tahun. orangnya sangat mengambil berat. kalau nak tahu kiteorang ni macam kembar. anggap je la dia kembar saya. kiteorang lahir dalam negeri dan tarikh yang sama. lahir di negeri terengganu pada tarikh 15 mei 1989. setiap kali jumpa mesti masa cuma 30minit hingga 1 jam je.nak tahu kenapa?? biarlah rahsia.





Jelitawan kat atas ni namanya Nur Ain Suhaibah. kiteorang kenal masa kiteorang form 4. Su pindah sekolah dan kiteorang satu kelas. balik je dari kursus 4 hari nampak ada orang asing dalam kelas. tanya kawan-kawan lain dan diorang cakap budak baru. then tak lama lepas tu su terpilih jadi pengawas sekolah. Start dari tu kiteorang berkawan sampai sekarang, result kiteorang lebih kurang je so that why la dua2 jadi misi sekarang. Tapi su bertugas di hospital Ampuan Afzan sekarang. lain-lain tempat tapi still dalam bidang yang sama. Tapi yang kelakarnya masa nak ambik spm dulu pun kiteorang pernah berjanji nak together sampai bila-bila. su study mana pun aida nak ikut. but finally
kiteorang study dan kerja lain-lain tempat tapi still dalam bidang yang sama. lagi 1 berita baik 20hb november nanti dia nak naik pelamin. tahniah su. happy for u sayang.



gambar pun dah macam orang sakan bercinta. Tergelak bila tengok gambar ni.




Hafizal, lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa. haha!...kenal dia masa baru habis SPM dan dia nak pergi interview UPSI. yup bakal cikgu. seorang yang berseni dan ramah. awk kawan terbaik zal. tiap-tiap tahun tak pernah miss datang jenguk saya masa raya. tahun ni je mungkin tak sempat jumpa. sebab saya kene kerja dan awk dah kerja jauh. ok pergilah!....haha merajuk



ini gambar 4 tahun lepas. time kasih awok.



adik comel, cantik, kiut miut da bomb ni namanya Anum Aznur.
 solehah ni sopan lagi dah lah cantik dan gebu. tapi sorry dah berpunya. dah anggap dia macam adik sendiri lagipun aku tak ada adik perempuan.jumpa dia masa dia mula-mula masuk studay UMMC. Tengok dia ni rasa macam kenal. nak tahu siapa?? orang yang saya bayangkan dalam novel. patut lah rasa macam kenal.

kawan-kawan saya lain jangan terasa hati kalau anda tidak disebut disini. bukan bermaksud anda tak ada dalam hati saya. tapi mungkin kurang undian. haha main2 je. so untuk korang aku bagi lagu dari Aubunn- Perfect Two


Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment