Tuesday, January 31, 2012

Kunfayakun

Assalamualaikum wbt.....
Dah solat??  
24434 = rakaat dalam solat
Tajuk entry tu macam pernah didengar kan? KunfayakuN. Sedap disebut dan penuh maksud mendalam.
 Saya cuma nak berkongsi entry dari Farah Lee *wife Allay Iskandar.
Kita solat setiap hari kan?  tapi persoalannya adalah kita faham maksud setiap ayat yang kita tuturkan dalam solat 5 kali dalam seharian.
Dan kalau tidak mampu memahami jadi macam mana nak menghayati solatt kan.
Kata orang tak kenal maka tak cinta.
Dari mata turun ke hati.

Selesai berwuduk, telekung dikebar dan dipadankan pada badan, sejadah dibentang lurus ke kiblat.
Maka bermula satu episod antara Kita dan Allah SWT.

Maksua Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Maha suci sepanjang pagi dan petang
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi
Segala puji bagi Allah Tuhan semester alam
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan
Tunjuklah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
Baukan jalan mereka yang Eangkau murkai dan bukan jalan yang mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dan dengan segala puju-pujian

Bacaan ketika bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya

Bacaan ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian

Bacaan ketika Sujud
Maha suci Tuhanku yang maha Tinggi dan segala puji-pujian

Bacaan ketika duduk antara dua sujud
Ya Allah , ampunilah aku, 
rahmatilah aku, kayakan aku, 
angkatlah darjatku, 
rezekikan aku, 
berikan aku hidayah, 
sihatkanlah aku dan 
maafkan aku

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala ucapan penghormatan, Segala kurnia,
Segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik ALLAH
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, 
Wahai Nabi,
Begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya
Semua perlindungan dan pemeliharaan
Semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba ALLAH ynag soleh
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH 
dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH
Ya ALLAH, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad

Tambahan Tahiyat Akhir
Ya ALLAH
Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

Doa qunut
Ya ALLAH,
Berikan aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki,
Sejahterkanlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan,
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin,
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku,
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan,
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa,
Menetapkan sesuatu selain daripada Engkau,
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu,
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi,
Telah memberi berkat Engkau,
Ya ALLAH, Ya Tuhan kami dan maha Tinggi Engkau,
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau,
Dan ALLAH rahmatilah Muhammad,
Nabi yang Ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya





p/s : Semoga amalan kita diterima ALLAH swt
Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.








GIVEAWAY MARILAH MENUTUP AURAT

Assalamualaikum wbt...
saya nak kongsi satu giveaway dari Apricord pie 

syarat-syarat:
1. anda mestilah seorang perempuan. * Yup saya wanita
2 .anda perlu buat satu entri di blog yang bertajuk "GIVEAWAY: MARILAH MENUTUP AURAT"..-bagi mereka yang tidak bertudung juga dialu-alukan.:) * sahut cabaran laaa so done
3. isi dalam entri tersebut perlulah.......
-dalam entri tu..anda boleh tulis apa sahaja..ringkas atau panjang tidak kisah..mengikut kreativiti anda..
-letak gambar anda bertudung..dan tidak kisah fesyen macam mana sekalipun..tapi..WAJIB menutup leher dan bahagian dada..







4.sambung ayat ini " saya bertudung kerana" tidak melebihi dari 15 patah perkataan
"saya bertudung kerana Islam mengajar saya untuk sentiasa menjaga kehormatan dan aib diri dalam kehidupan seharian  "


5.tag kan entri tersebut ke link blog ini..
6.selepas siap entri tersebut..boleh letak link entri tersebut kat komen entri ini..

mudah kan..:)..di sambil anda dapat hadiah..dapat juga menyebarkan kebaikan..

pemenang akan dipilih mengikut kreativiti dan isi..


masih ingat lagi entri yang sebelum ni...nak bagi hadiah victoria secret free http://apricotp.blogspot.com/2011/12/112012welcome-2012.html..so..hadiahnya adalah salah satu barangan dari victoria secret dan lain2...rahsiaaaa.


Dan ini dari saya.
Kebetulan entry kali ini berkaitan dengan hijab dan aurat jadi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi pendapat berdasarkan pemahaman dan pembacaan saya sendiri.
Perkataan aurat menjadi sebutan biasa di kalangan kita dengan pengertian anggota-anggota yang diharamkan dilihat orang bukan ajnabi. Asal perkataan "aurat" daripada bahasa arab bermaksud "keaiban" atu sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut atau malu.

Iman Waliyullah memberi takrif aurat dalam kitab Hujjatullah al-Balighah
" Ketahuilah bahawa menutup aurat, iaitu anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu. Ia termasuklah di dalam pokok/asas tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia dan ia antara perkara yang membezakan manusia dan haiwan. Dengan sebab itu disyariatkan wajib menutup aurat.

Dan maksud dari surah an-Nur ayat  30 yang selalu kita baca. " suruhlah orang mukmin hendaklah mereka rendahkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka, itu lebih baik untuk mereka. Sesungguhnya Allah amat mengrtahui apa yang mereka lakukan.Suruhlah para malaikat rendahkan pandangan mereka  dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya.

Cara syaitan membuka aurat Wanita

I. Menghilangkan Definisi Hijab 
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

 
Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah 



Monday, January 30, 2012

Gadis semasa


Assalamualaikum wbt....
"Tak jawab dosa kalau jawab sayang"...pinjam ayaT Maria Elina jap...ngeee nah bagi balik.
Saya masih nak bercerita perasaan saya.
Mungkin tidak patut tapi cuma ini yang saya mampu.
Dear reader, kamu boleh baca kalau mahu dan boleh tutup mata jika tak sanggup.
 



Begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu 
kerna usia
Sekarang bukanya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu
Bukalah mata yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah...buanglah
Buang curiga yang selama ini kau simpan 
Yang mungkin memudaratkanmu
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu
Kau mahukan gadis semasa 
Yang memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu
 


Anda faham maksud lagu itu...??
itu mungkin apa yang saya pernah rasa. Percaya atau tidak itu terpulang.
eND






Tersedar dan bangun dari mimpi panjang

Assalamualaikum wbt......
Saya bukan diri saya lagi tapi saya jadi lebih mengenali diri sendiri. 
Mungkin ini adalah salah satu anugerah yang tidak ternilai untuk hadiah tahun baru saya dari Allah swt.


Dulu....Dari tahun ke tahun
bertahun 
saya berharap dan terus berharap.
Meminta dan terus meminta.
Memohon dan terus  memohon.
Berdoa padaNya yang satu.
Tapi mungkin saya tidak memahami kehendak hati sendiri pada waktu itu.
Saya tetap pada niat yang satu
Sanggup untuk terluka pada waktu mendatang
saya menunggu
masih menunggu
terus untuk menunggu
Saya masih berharap seperti dulu.
Sekalipun hati ini sakit dan memberontak 
saya gagahkan lagi 
kerana saya terlalu yakin....
Akhirnya saya beralah
saya pasrah dalam linangan air mata
Saya penat dan teramat penat
Saya amat kecewa dan amat kecewa
Namun dalam doa saya tetap bermohon 
Masih bermohon padaNya yang satu..
Hari ini biarpun sakit 
Biarpun hakikatnya saya bangkit dari jatuh dalam kegelapan
saya luka yang tidak kelihatan
dan sebenarnya amat sakit
Tapi masih mampu untuk saya berdiri 
Memberi senyuman termanis untuk dia yang masih menunggu saya
Kerana dia saya kuat
kerana dia saya redha
Saya pilih untuk ia berlalu
berlalu deras dalam ingatan saya
Biarpun pada karmanya
saya masih tidak mampu..
dan kerana Dia saya yakin Allah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk saya.
untuk kehidupan saya yang lebih bahagia.
 Itu janji Dia











Thursday, January 26, 2012

Lantunan Mahabbah Rasullilah




Assalamualaikum wbt....
untuk semua ummat nabi Muhammad s.a.w. Lebih kurang lagi seminggu sambutan maulidur rasul dan hati saya terpanggil untuk berkongsi cerita menarik tentang nabi dan Rasul kita yang satu.

"Sesiapa yang berbohong tentang hadis nabi orang itu menempah tempat ke dalam neraka"

Mimpi, saya berjumpa dengan nabi. Brdepan. Saya mengadu kepada nabi saya sakit belakang. Susah  nak rukuk, susah nak sujud. Nabi datang pada saya. Nabi datang memeluk saya. Memegang belakang saya. Mengurutnya ke bawah. Macam nabi ''sebut" kepada saya. "Macam" itu yang saya berasa.
" Allah sembuh penyakit belakang kamu". 
Saya menangis ketika itu sampai terbawak dalam mimpi saya.
Saya cakap memang saya menangis.
************
Sehingga sakit belakang saya telah sembuh, sampai hari ini dan tak pernah kena sakit belakang.
Tapi ketika itu dekat sangat dengan dia, berdepan sangat, saya tidak nampak sangat muka dia. Cuma tahu dia pegang saya, peluk saya, pegang belakang saya, saya sembuh. Itu yang saya tahu tapi tak nampak muka. Bilalah Allah nak jumpakan saya dengan dia berhadapan, boleh nampak. saya mohon sungguh-sungguh dan saya sayang....Allah tunai 

Saya mimpi,
Nabi berada dalam sebuah khemah. Khemah itu empat segi, khemah panjang di belakang. Nabi berada dalam khemah yang di hujung. Tapi yang dalam tak ramai orang sebab nabi nak keluar. Di luar ramai, menunggu Nabi nak keluar daripada khemah itu. Saya berada di depan pintu itu. 
Saya ulang lagi sekali, dalam  khemah itu ada Nabi, saya tahu, semua orang tahu dalam khemah itu ada nabi.Nabi akan keluar daripada khemah. Di belakang ada orang ramai, ramai sangat. Sahabat-sahabat ramai semua ada. Tapi saya seorang berada di tengah-tengah pintu itu, menunggu nabi akan keluar, kerana saya akan memakai kasut nabi, saya yang jaga kasut itu dan saya yang akan pakai kasut nabi. Saya berada di tengah-tengah pintu menunggu nabi keluar, dibelakang para sahabat dan Nabi keluar....
suasana bila nabi nak keluar daripada khemah yang jauh tak nampak, semakin dekat dia nak keluar. Perasaan, suara bisikan, suara renungan, berselawat para sahabat, memuji, saya tergamam. Tiba-tiba nabi telah keluar di hadapan saya. benar-benar di hadapan saya.jarak dalam 6-7 kaki begitu. saya melihatnya atas ke bawah......Ya Rasullulah. 

Dengan tidak ada orang yang mengganggu saya. Tidak orang yang menarik atau menyekat nabi. Nabi datang kepada saya. Di bawah khemah itu ada satu kayu palang menyekat tiang itu dan nabi kena langkah, tinggi dalam sekaki begitu. Bila nabi nak melangkah. selepas saya melihat nabi dan nabi melihat saya. saya duduk bersila sebab saya tahu nabi akan melangkah kayu palang itu. Dan kaki nabi akan berada di atasa ribaan saya. Saya pegang kaki itu..... lembutnya kaki. 

Tapi saya sedih ketika itu, kerana kasut yang nak saya pakai itu sangat lusuh, amat buruk, nampak jahitan dengan tangan yang nabi menjahit sendiri kasut itu. Saya pegang kaki pegang kasut, saya masukkan kaki dalam kasut dan saya berkata pada ketika itu. Saya tak nak tambah sikit pun. Saya kata
" Kasut, kamu lebih baik daripada saya, kerana kamu menjaga kaki nabi. Saya boleh buat apa pada Rasullulah? "
Nabi pegang saya, nabi angkat saya. nabi sebut kepada saya perkataan yang mintak maaflah saya tak boleh sebut.
Tapi sempurna tugas saya memakai kasut Rasullulah. Kakinya saya pegang, atas selipar saya tempat  kakinya diletak. Selepas selesai Saya pergi jalan nabi keluar kerana orang ramai menunggu. Tidak terperi betapa indahnya pengalaman seorang insan sesempurna manusia. Pakaian tidak cantik, tidak lawa, tapi amat menarik, mukanya amat- amat menarik, wanginya. Macam terasa sampai selepasa saya bangkit tidur pun saya terasa.






Demi Allah cerita dari video ini benar-benar memberi saya seribu pengertian dan akan membawa seribu kebaikan. InsyALLAH.
Bulu roma saya meremang mendengar sendiri pengalaman yang dialami oleh Dr. Harun Din. 
Mata saya berkaca dan akhirnya menitis cecair jernih dari mata yang tidak pernah melihat Rasullulah.... Saya menulis luahannya hati Dr. sambil mendengar berulang-ulang video di atas. 
Sebanyak mana perkataan yang keluar dari mulut Dr. sebanyak itu jugak cecair jernih keluar dari kelopak mata saya....
Niat saya cuma 1, untuk berkongsi sesuatu ilmu yang baik dengan semua pembaca blog saya.






Tuesday, January 24, 2012

Happy Year Of Dragon

Assalamualaikum wbt and hye
Happy 2nd day off chinice new year! Collected  heaps of ang pows so far?  hope you're all having a greet CNY holiday so far.
 Check out some enchanting photo of CNY Celebration

 

Photo at a shopping mall for the upcoming CNY, with office tower IFC in the background in Hong Kong



 Chinese folk artists perform a stilt dance at a temple fair to celebrate the Lunar New Year of Dragon




 A Chinese puppet or Wayang Po Te Hi performance



A large decoration shaped as a dragon is displayed. Wow! beautiful dragon

Gong Xi Fa Cai! May the dragon's bless you with abundance, good fortune and great prosperity for this year!



Cinta High Class

 Assalamualaikum wbt....
sekadar ingin berkongsi satu artikal yang telah saya baca dan saya rasakan menarik untuk dikongsi dengan pembaca di sini yang mungkin berminat nak tahu Semoga kita mendapat sesuatu kebaikan dari pembacaan ni. Artikal asal boleh tengok di sebarkan bahagia oleh Fatimah Syarha. tak rugi pun kalau baca :)


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa.Cinta ekslusif berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia mampu mencintai secara high class juga!

Err...apa itu cinta high class??

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu
Cintmua padaku kerana Allah yang satu
Cintamu bermujahadah melawan nafsu 


" Ya Allah, aku memohon cinta Mu dan cinta yang mencintai Mu
dan amalan yang menyampaikan aku kapada cinta Mu.
Ya Allah, jadikanlah cinta Mu lebih aku mencintai diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk ketika panas terik " HR al-Tarmizi


Saya berfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu lumrah. Malah tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh makhluk lain. Begitulah cara Allah menjamin berterusan kehidupan di dunia. Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa. Itu juga lumrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segalanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.


Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangan. Ini jauh luar biasa dan ini Cinta high class


Jika belum bernikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan. 
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki 


Lelaki dan wanita 
Bagaikan botol dan penutupnya
Bagaikan elektron dan proton
Bagaikan baju dan seluar.
Bagaikan sepasang selipar
saling memerlukan


Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami dan isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki.


Kenapa ianya high class?
itu tanda patuhi Allah
Itu tanda tanda jauhi fitnah
Itu tanda sebuah mujahadah


" Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada. Di dunia dan di syurga. Akan ku simpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita"
Monolog Qani'ah dalam novel Cinta High Class


sekadar berkongsi..
tak rugi sikit pun anda baca. :)

 





Sunday, January 22, 2012

Jadikan makan sebagai terapi minda yang penat

Assalamualaikum wbt..
heloo Lovelies...
Now that i realized that the only time i can update my blog when i am in a stage in a waiting.
back to the topic. saya sangat lapar sekarang dan minda saya cuma mampu membayangkan makanan yang paling best saya pernah makan.
Makanan yang bertemakan CNY.....yup nak CNY lagi 2 hari...tapi saya dah mengidam ni.
Tadi tertengok groupon promotion untuk CNY masa check email. Rasa macam nak pergi bawak kupon dan makan sampai kenyang jer. Hakhak * buruk perangai ko.
OMG! saya memang betul-betul lapar sekarang.
So jom enjoy dulu dengan gambar dari groupon. Check it out girl!







 Tapi buat masa sekarang terpaksalah ubat keidaman tu dengan makanan macam ni saja..ko ingat ko kat mana kemain lagi nak bawak groupon dan makan sekarang. redha je la dengan apa yang ada. sungguh sedih. saat-saat macam ni la rasa nak balik teramat sangat. mama plez!! sob sob



Alhamdullilah dengan apa yang ada. sekurang-kurangnya dah isi perut dengan isi yang halal dan sihat.
Btw  makan untuk kenyang bukan makan untuk hidup atau hidup untuk makan. 
tQ.



Happy Belated Birthday

Happy belated birthday! 
May Allah bless you with good health, wealth, peace and happiness and all the good things in life and
after.. .. InsyaAllah .. Amin...







Saturday, January 21, 2012

Hujan

Assalamualaikum WBT.
Hye semua reader...its raining..Air hujan turun ke bumi bawa seribu rahmat. jom berdoa :)
suka dengan bau hujan..rasa macam baru dapat cupcake dari kekasih hati.
suka lari-lari dalam hujan, macam dapat makan nasi lepas berbulan -bulan makan roti 
tapi kalau menangis dalam hujan agak-agak ada yang akan perasan tak??
hati dan perasaan saya sama macam makan cupcake dalam hujan.
cupcake dah tiada rasa. 
rasa tawar setawar air hujan.






Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangnya kan ku capai bintang dari langit untuk mu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milik mu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku sorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janjimu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu






Friday, January 20, 2012

Tahniah Farah Lee & pasangan *Allay Iskandar





Assalamualaikum wbt....
Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli pada jam 10.00 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.00 tunai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. 
Tahniah farah....anda sangat cantik!




Retro | Anaest Night