Tuesday, January 24, 2012

Cinta High Class

 Assalamualaikum wbt....
sekadar ingin berkongsi satu artikal yang telah saya baca dan saya rasakan menarik untuk dikongsi dengan pembaca di sini yang mungkin berminat nak tahu Semoga kita mendapat sesuatu kebaikan dari pembacaan ni. Artikal asal boleh tengok di sebarkan bahagia oleh Fatimah Syarha. tak rugi pun kalau baca :)


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa.Cinta ekslusif berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia mampu mencintai secara high class juga!

Err...apa itu cinta high class??

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu
Cintmua padaku kerana Allah yang satu
Cintamu bermujahadah melawan nafsu 


" Ya Allah, aku memohon cinta Mu dan cinta yang mencintai Mu
dan amalan yang menyampaikan aku kapada cinta Mu.
Ya Allah, jadikanlah cinta Mu lebih aku mencintai diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk ketika panas terik " HR al-Tarmizi


Saya berfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu lumrah. Malah tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh makhluk lain. Begitulah cara Allah menjamin berterusan kehidupan di dunia. Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa. Itu juga lumrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segalanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.


Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangan. Ini jauh luar biasa dan ini Cinta high class


Jika belum bernikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan. 
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki 


Lelaki dan wanita 
Bagaikan botol dan penutupnya
Bagaikan elektron dan proton
Bagaikan baju dan seluar.
Bagaikan sepasang selipar
saling memerlukan


Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami dan isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki.


Kenapa ianya high class?
itu tanda patuhi Allah
Itu tanda tanda jauhi fitnah
Itu tanda sebuah mujahadah


" Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada. Di dunia dan di syurga. Akan ku simpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita"
Monolog Qani'ah dalam novel Cinta High Class


sekadar berkongsi..
tak rugi sikit pun anda baca. :)

 





No comments:

Post a Comment