Monday, January 2, 2012

kesalah mandatori secara tidak senjaga..perlu teguran atau tidak??


 my blog with BloglovinFollow 

Assalamualaikum wbt
 
Apa habaq semua en. yang hensom dan cik adik yang menawan. suka lettew.
hari ni cuti. rase macam awesom giler kot dapat cuti di tengah minggu dan bukan di hujung-hujungan minggu seperti orang biasa yang boleh bersuka-sukaan dengan orang tersayang...oh dunia sungguh tidak adil sudahlah sepatutnya dapat cuti di weeekend hari diporak perandakan oleh "orang itu"....oh dunia sungguh tidak adil* lagi sekali. *apa aku bebel nih.*&%$!)&. never talk shit that smells like shit in other people.

Tiap hari bekerja dan kerja dan kerja lagi. kadang-kadang rasa penat sangat dan kadang-kadang kerja yang tak tahu bila nak berhenti ni bagus jugak sebab tak payah ko nak kene fikir benda lain yang lagi menyakitkan hati, otak perasaan dan naluri korang.kadang-kadang jugak sampai dah ada perasaan, dah tak ada ikhlas pergi kerja hari-hari.

Dulu-dulu mase mula-mula kerja memang pantang betul kalau aku baru jer nak masuk kerja orang dah saund, sembur dan bambu aku kaw-kaw...hadoiyai spoil mood nak kerja laa...plez! jangan buat macam ni. tegur memang untuk kebaikan tapi kalau boleh janganlah ko nak tegur macam nak cari gaduh. 1 hari mood spoil tuh melekat kat badan weh! sungguh awesom sungguh!


Lagi 1 hal pulak yang jenis tak puas hati dengan kerja kita tapi bukan nak bagitahu atau tegur untuk kebaikan tapi diumpatkan di kebelakang dan dijadikan bahan cerita melampau macam buat salah yang nak kena hukum hudud. tak pun rejam sampai mati. Tapi alhamdulilah bagi mereka yang dikurnia dengan sahabat yang baik hati lagi nak membantu kawan-kawan yang diumpat. orang yang diumpat lama-lama nanti akan tahu jugak siapa yang mengumpat. Tahniah umpatan anda bertukar mulut and finally 1 wad tahu. Bayangkan anda di tempat orang yang diumpat.....jengjengjeng...cuak tak??

Itu baru saje cerita pasal kawan tapi dengan dr pulak??
OMG ok..so apalah sangat kalau setakat kene tegur dan diumpat kalau nak dibandingkan dengan dikutuk dengan dr. suka buat order stat then tahu2 nak marah-marah jer. Live lagi ok!  so dengan mimik muka yang ada aku kesah* dalam mask dan suara yang sangat sopan aku pun marah jugak la. itu tak kira lagi kalau lecturer diorang masuk campur sekali..pokpekpokpek  report kat sister. the last thing i know i was..when did they stop shouting. Disebabkan benda-benda beginilah membuatkan tahap ignorance aku makin meningkat menjadi-jadi. Baik jangan ambik hati tapi dengar dan ambik yang perlu sahaja.

Yang terbaru. Lepas kerja * nasib baik dah lepas kerja. Aku kena mengadap sorang senior yang tiba2 jer tarik aku. Dia just nak bagitahu apa yang dirasakan aku patut tahu dan ambik pedoman dari situ. Yup..of course i like ur stail but yang aku kurang suka bila keesokan harinya aku dapat tahu yang dia bercerita jugak dengan staff lain pasal salah aku. malu ok! tapi nak buat macam mane dah namanya junior telan jer lah biarpun hakikatnya rase macam nak pakai topeng jer bila nak pergi kerja. aku rasa  semua orang setuju bila aku cakap senior tu sangat bagus dari segi kerja dan knowladge. Bila dia yang tegur aku, aku boleh terima dan saya tak rasa dia tak patut tegur. Lagipun memang salah aku pun, sebab tak cukup ilmu. of course la orang marah sebab lembab sangat.

Sebagai seorang junior yang masih banyak salah dan perlu banyak lagi belajar dan bimbingan dari senior saya tak kisah kalau ditegur atas kesalahan saya biarpun saya dah jadi senior kelak sebab saya tahu siapa saya, saya tahu saya manusia biasa yang tak sepi dari buat kesilapan. Tapi kalau teguran dibuat dengan cara yang lembut kan lagi bagus kan?? at least kalau teguran tu sangat susah diterima kalau dicakapkan dengan lembut dan beradap mungkin dengan sangat mudah diterima.

Apapun kalau tak kena marah, kene tegur, kene bambu aku tak akan belajar dan mungkin buat lagi kesalahan sama tiap hari. Dalam mencari ilmu ni, kena buang ego jauh-jauh. i was't comlaining. I just want to share with you guys tne ups and downs in my life! well i chose i bein in this field, so yeah i just got to move with the flow and beat it! Not a problem.
 

*untuk sesiapa yg ingin ke syurga...*
JURURAWAT VS DAIE (1)

Assalamualaikum wbt. :) Saya ingin berkongsi sesuatu.Emel ini saya peroleh dari sebuah blog seorang ukhti.Bagi sesiapa sahaja terutama akhowat atau para da'ie yang berniat atau telah menceburi bidang kejururawatan ini secara tidak 'sengaja' @ 'terpaksa' .inshaAllah,itu yang terbaik dari Allah.Teruskan bacaan.Moga bermanfaat.inshaAllah.

Assalamualaikum ustazah, saya bekerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah, apabila saya beritahu pekerjaan saya, ramai yang tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya, adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa saya, saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau di luar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh. Mohon pencerahannya

Jawapan Ustazah Fatimah Syarha:

Waalaikumussalam wbt.
Salam sayang buat jururawat ummah yang dihormati.

Pekerjaan jururawat sungguh mulia.
Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan.
Berkerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala.
Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih lagi di wad-wad OnG?

Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan.

Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat.

Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

Berkaitan pakaian, suami ana (Dr. Farhan Hadi) pernah mengatakan, dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya, melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa berani mengambil tindakan apa-apa kepada mereka.

Semoga lebih ramai jururawat hari ini berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang dapat menemui peluang berpakaian yang lebih baik.

Ukhtiku sayangfillah, rasa mulialah dengan tugas muliamu! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah, jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cinta kepada Islam.:)

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh rujuk link: Karier wanita dalam fiqih Al Qardhawi

Monologku: Termanggu seketika, tidak tahu hendak berkata apa, terasa ALLAH menghantarkan ustazah untuk melenyapkan kekusutan fikiran. ya ALLAH, sekiranya pekerjaan ini yang terbaik untuk akhirat, agama, tarbiyah dan perjuangan kami, ENGKAU kekalkanlah kami dalam pekerjaan ini, tetapi sekiranya pekerjaan ini menjauhkan kami dari rahmatMU, ENGKAU keluarkanlah kami daripadaNYA. Hanya rahmat dan redhaMU yang kami dambakan, bukan prasangka manusia yang juga hamba di sisiMU. Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI keikhlasan hati kami dalam menegakkan agamaMU. ya ALLAH, jadikanlah diri kami sebagai instrumen dakwah kepada agamaMU jika ENGKAU memilih kami untuk istiqomah di dalam pekerjaan ini. Kuatkanlah hati kami dan teguhkanlah jiwa kami terhadap perjuangan ini. Jadikanlah kami jururawat muslimah yang ditarbiyah di jalanMU =) Allahuma AMeen


No comments:

Post a Comment