Kunfayakun

Assalamualaikum wbt.....
Dah solat??  
24434 = rakaat dalam solat
Tajuk entry tu macam pernah didengar kan? KunfayakuN. Sedap disebut dan penuh maksud mendalam.
 Saya cuma nak berkongsi entry dari Farah Lee *wife Allay Iskandar.
Kita solat setiap hari kan?  tapi persoalannya adalah kita faham maksud setiap ayat yang kita tuturkan dalam solat 5 kali dalam seharian.
Dan kalau tidak mampu memahami jadi macam mana nak menghayati solatt kan.
Kata orang tak kenal maka tak cinta.
Dari mata turun ke hati.

Selesai berwuduk, telekung dikebar dan dipadankan pada badan, sejadah dibentang lurus ke kiblat.
Maka bermula satu episod antara Kita dan Allah SWT.

Maksua Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Maha suci sepanjang pagi dan petang
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi
Segala puji bagi Allah Tuhan semester alam
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan
Tunjuklah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
Baukan jalan mereka yang Eangkau murkai dan bukan jalan yang mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dan dengan segala puju-pujian

Bacaan ketika bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya

Bacaan ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian

Bacaan ketika Sujud
Maha suci Tuhanku yang maha Tinggi dan segala puji-pujian

Bacaan ketika duduk antara dua sujud
Ya Allah , ampunilah aku, 
rahmatilah aku, kayakan aku, 
angkatlah darjatku, 
rezekikan aku, 
berikan aku hidayah, 
sihatkanlah aku dan 
maafkan aku

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala ucapan penghormatan, Segala kurnia,
Segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik ALLAH
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, 
Wahai Nabi,
Begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya
Semua perlindungan dan pemeliharaan
Semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba ALLAH ynag soleh
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH 
dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH
Ya ALLAH, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad

Tambahan Tahiyat Akhir
Ya ALLAH
Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

Doa qunut
Ya ALLAH,
Berikan aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki,
Sejahterkanlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan,
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin,
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku,
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan,
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa,
Menetapkan sesuatu selain daripada Engkau,
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu,
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi,
Telah memberi berkat Engkau,
Ya ALLAH, Ya Tuhan kami dan maha Tinggi Engkau,
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau,
Dan ALLAH rahmatilah Muhammad,
Nabi yang Ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya





p/s : Semoga amalan kita diterima ALLAH swt
Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.








Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment