Thursday, January 26, 2012

Lantunan Mahabbah Rasullilah




Assalamualaikum wbt....
untuk semua ummat nabi Muhammad s.a.w. Lebih kurang lagi seminggu sambutan maulidur rasul dan hati saya terpanggil untuk berkongsi cerita menarik tentang nabi dan Rasul kita yang satu.

"Sesiapa yang berbohong tentang hadis nabi orang itu menempah tempat ke dalam neraka"

Mimpi, saya berjumpa dengan nabi. Brdepan. Saya mengadu kepada nabi saya sakit belakang. Susah  nak rukuk, susah nak sujud. Nabi datang pada saya. Nabi datang memeluk saya. Memegang belakang saya. Mengurutnya ke bawah. Macam nabi ''sebut" kepada saya. "Macam" itu yang saya berasa.
" Allah sembuh penyakit belakang kamu". 
Saya menangis ketika itu sampai terbawak dalam mimpi saya.
Saya cakap memang saya menangis.
************
Sehingga sakit belakang saya telah sembuh, sampai hari ini dan tak pernah kena sakit belakang.
Tapi ketika itu dekat sangat dengan dia, berdepan sangat, saya tidak nampak sangat muka dia. Cuma tahu dia pegang saya, peluk saya, pegang belakang saya, saya sembuh. Itu yang saya tahu tapi tak nampak muka. Bilalah Allah nak jumpakan saya dengan dia berhadapan, boleh nampak. saya mohon sungguh-sungguh dan saya sayang....Allah tunai 

Saya mimpi,
Nabi berada dalam sebuah khemah. Khemah itu empat segi, khemah panjang di belakang. Nabi berada dalam khemah yang di hujung. Tapi yang dalam tak ramai orang sebab nabi nak keluar. Di luar ramai, menunggu Nabi nak keluar daripada khemah itu. Saya berada di depan pintu itu. 
Saya ulang lagi sekali, dalam  khemah itu ada Nabi, saya tahu, semua orang tahu dalam khemah itu ada nabi.Nabi akan keluar daripada khemah. Di belakang ada orang ramai, ramai sangat. Sahabat-sahabat ramai semua ada. Tapi saya seorang berada di tengah-tengah pintu itu, menunggu nabi akan keluar, kerana saya akan memakai kasut nabi, saya yang jaga kasut itu dan saya yang akan pakai kasut nabi. Saya berada di tengah-tengah pintu menunggu nabi keluar, dibelakang para sahabat dan Nabi keluar....
suasana bila nabi nak keluar daripada khemah yang jauh tak nampak, semakin dekat dia nak keluar. Perasaan, suara bisikan, suara renungan, berselawat para sahabat, memuji, saya tergamam. Tiba-tiba nabi telah keluar di hadapan saya. benar-benar di hadapan saya.jarak dalam 6-7 kaki begitu. saya melihatnya atas ke bawah......Ya Rasullulah. 

Dengan tidak ada orang yang mengganggu saya. Tidak orang yang menarik atau menyekat nabi. Nabi datang kepada saya. Di bawah khemah itu ada satu kayu palang menyekat tiang itu dan nabi kena langkah, tinggi dalam sekaki begitu. Bila nabi nak melangkah. selepas saya melihat nabi dan nabi melihat saya. saya duduk bersila sebab saya tahu nabi akan melangkah kayu palang itu. Dan kaki nabi akan berada di atasa ribaan saya. Saya pegang kaki itu..... lembutnya kaki. 

Tapi saya sedih ketika itu, kerana kasut yang nak saya pakai itu sangat lusuh, amat buruk, nampak jahitan dengan tangan yang nabi menjahit sendiri kasut itu. Saya pegang kaki pegang kasut, saya masukkan kaki dalam kasut dan saya berkata pada ketika itu. Saya tak nak tambah sikit pun. Saya kata
" Kasut, kamu lebih baik daripada saya, kerana kamu menjaga kaki nabi. Saya boleh buat apa pada Rasullulah? "
Nabi pegang saya, nabi angkat saya. nabi sebut kepada saya perkataan yang mintak maaflah saya tak boleh sebut.
Tapi sempurna tugas saya memakai kasut Rasullulah. Kakinya saya pegang, atas selipar saya tempat  kakinya diletak. Selepas selesai Saya pergi jalan nabi keluar kerana orang ramai menunggu. Tidak terperi betapa indahnya pengalaman seorang insan sesempurna manusia. Pakaian tidak cantik, tidak lawa, tapi amat menarik, mukanya amat- amat menarik, wanginya. Macam terasa sampai selepasa saya bangkit tidur pun saya terasa.






Demi Allah cerita dari video ini benar-benar memberi saya seribu pengertian dan akan membawa seribu kebaikan. InsyALLAH.
Bulu roma saya meremang mendengar sendiri pengalaman yang dialami oleh Dr. Harun Din. 
Mata saya berkaca dan akhirnya menitis cecair jernih dari mata yang tidak pernah melihat Rasullulah.... Saya menulis luahannya hati Dr. sambil mendengar berulang-ulang video di atas. 
Sebanyak mana perkataan yang keluar dari mulut Dr. sebanyak itu jugak cecair jernih keluar dari kelopak mata saya....
Niat saya cuma 1, untuk berkongsi sesuatu ilmu yang baik dengan semua pembaca blog saya.






No comments:

Post a Comment