Datang petunjuk pada malam maulidur Rasul

 


Assalamualaikum wbt...
Salam Maulid Al-Rasul 1433H..Bila sebut soal maulidur rasul saya teringat semangatnya saya dan kawan-kawan semasa di sekolah rendah. Tiap-tiap tahun sekolah akan menyambut maulidur rasul dengan meriah. Setiap tahun kami masuk ke kampung, berarak, berpakaian cantik, menutup aurat dan memuliakan Rasullulah dengan berselawat keatasnya.Walaupun pada hakikatnya ketika itu saya sejujurnya tidak memahami  maksud sebenar maulidur Rasul dan sayang saya pada rasullulah tidak setanding pada hari ini.
Tapi saya bersyukur, dari kecil lagi saya dididik untuk mencintai dan menyayangi Rasullulah.
Saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai Rasullulah tapi niat saya cuma ingin berkongsi dan diteladani serta diikuti sebagai Qudwah dan Uswah.
 "Saya sayang Rasullulah" Senang sangat untuk cakap macam tu kan? iyelah bukan guna duit pun guna air liur je pun. Tapi sejauh mana rasa sayang kita pada Rasullulah pada hakikatnya? 
Berselawatlah,
Berselawat sebagai doa dan berselawat sebagai syafaat.
Tunjukkan rasa sayang kepada Rasullulah dengan..
Beriman dengan risalah dan Nubuwwah Rasullulah saw
Merindui dan mengkaji sirah dan sunnahnya
Menyebarka sunnahnya
MenjadikanNya sebagai panduan dan tauladan.






 Usai semua urusan saya pilih untuk berehat.
Saya tertidur. Saya tidur dengan mimpi datang bersilih ganti. Kemudian saya terjaga. Bangkit dari tidur yang saya rasa saya berehat terlalu lama. Saya duduk dan berdiri.Termenung seketika. Memandang tetap pada jam yang tergantung 2247hour (Waktu malaysia). Saya bingkas bangun dan meloloskan diri  ke dalam bilik kecil. Wuduk saya segerakan. Saya masih berhutang. Solat isyak saya belum tertunai. Sampai  di depan meja study, tumpuan saya pada laptop. Terdetik di hati *masih tidak sempat saya belai hari ini. Lalu dengan kadar segera saya aktifkan  semua. Saya online. Log in ke facebook. Saya yakin sesuatu ada untuk saya di situ. Belum pun sempat saya menekan apa-apa pada papan kekunci. Ada bunyi *tanda ada mesej masuk di ruangan chat. Niat untuk memeriksa email saya batalkan.Mesej datang dari seseorang yang saya kenak dan berpangkat kakak. Saya hormatkan dia. MasyAllah dia. Baru sehari dua yang lepas saya terfikirkan dia dan terdetik untuk bertanya khabar dia. Panjang umur betul kakak. Dia bertanyakan khabar saya. Saya jawab semuanya baik. Berbalas khabar. Lama tempoh kami tidak bersua. Terdetik rasa syukur dalam diri...Kau utuskan dia untuk mengurangkan apa yang aku rasa dan apa yang sedang aku tanggung sekarang. Tapi timbul juga rasa malu dalam diri dengan yang telah berlaku. Dia tanyakan apa yang berlaku dan aku bercerita. Demi Allah saya bercerita, mengadu, dan berharap dia boleh membatu saya.
Saya terima semua nasihat dia dan saya berharap ada sinar dari sini. Dan ini mesej terakhir dari dia.

byk2kan berdoa pada Allah...
hanya 1 caranya solat hajat byk...istikoroh...minta petunjuk....
hajat mohon Allah bukakan p--i-nt-u- ha-tin-ya----.
oklaah Aida ..akak nak tidur ye.....satu lagi baca yaasin....ada tujuh mubin dalam surah yasin..setiap kaali Aida baaca Munin terus berdoa apa yang dihajati..
mubin... ada tujuh kali...doa setiap kali ye.
assalamualaikum.......................................................................................................................Badariah Alias

Saya  oofline. Terus menuju ke bilik kecil lagi untuk berwuduk sekian kali.
Jujur saya katakan hati saya masih berbekas dengan apa yang berlaku tadi...tapi hati saya tenang. Berlegar kenangan lama saya pemikiran. Niat untuk bersolat tapi hati memilih untuk mengaji mungkin kerana nasihat yang baru saya terima tadi. Mengaji dengan perasaan yang lebih tenang dan doa saya sangat banyak untuk setiap 7 munin yang ada. Selesai mengaji saya ingin solat. Tapi saya belum mampu untuk khuyuk. Saya cuba beberapa kali untuk lebih fokus.  Akhirnya saya berjaya menghabiskan 4 rakaat dalam sendu. Doa saya panjatkan. Sengaja saya kuatkan suara semasa berdoa untuk lebih fokus. Mata saya terus mengalir air jernih selaju dan sebanyak mana doa yang saya pohon. Selesai, saya termenung. Saya berharap Allah mendengar doa saya. Kerana saya tahu dia sentiasa bersama saya dan akan memberikan yang terbaik untuk ciptaanNya.

*********************




TVALHijrah ada menganjurkan karnival Cinta Masjid bersempena dengan sambutan Maulidur rasul. Jika ada kelapangan mungkin boleh  mengimarahkan lagi. Bakal berlangsung pada 11 dan 12 Rabiuawal 1433H.
"Malaikat akan sentisa berdoa untuk mereka yang keluar dari rumah untuk berada dalam majlis Ilmu"





Sentiasalah berdoa untuk kebaikan dan perubahan yang lebih baik pada diri dan untuk orang lain juga.
Trully we LOVE you!
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku." 
(Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.)



Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment