Thursday, February 2, 2012

Februari | Datang dengan penuh keinsafan




Assalamualaikum wbt....
Lagi tarikh cantik dalam tahun baru 02022012.
Jatuh pada khamis sehari sebelum jumaat datang membawa seribu rahmat.
Bertuah juga kita untuk tahun ini kerana februari juga bulan mengajak umat islam mengigati kembali kekasih yang pastinya amat dirindui. Saat terakhir takkala menghembuskan nafas terakhir, masih tergiang-ngiang akan ucapannya, " Umatku, umatku, umatku...." Begitu sayangnya Baginda pada kita. Namun adakah sebaliknya pun begitu?? Tanya diri anda.

Ternyata Lelaki kekasih Allah ini juga, tidak pernah melupakan umatnya. Namun kita sebagai umat?  Masih mengigati atau tidak pernah sedikitpun terletak di hati? Anda tahu jawapannya! Apa pun bagi saya februari tahun ini cukup bermakna untuk saya. Saya lebih yakin dan jelas dengan pegangan saya selama ini selepas semua yang saya lalui dan sekaligus membuatkan saya lebih berani, kuat dan insaf. Semoga ianya terus kekal dan sebati dalam diri saya.

Istimewanya juga februari tahun ini kerana ia mengigatkan kembali kita kepada lelaki bernama Muhammad Bin Abdullah. Lelaki yang diutus oleh Allah sebagai rasul, penutup segala rasul dan nabi dan lelaki ini juga jualah yang memberi cahaya kebahagiaan selagi mana sunahya diamalkan dan dijadikan rujukan dalam kehidupan seharian. Cukup sukar untuk melupakan betapa cabaran yang dilalui demi menegakkan syiar islam, kini rahmatnya ditinggalkan untuk diamalkan.

Cuba tanya pada diri, bila kali terakhir kita mengigati lelaki ini? Jika ia berlalu terlalu jauh, maka ambillah peluang kehadiran bulan ini untuk mengigati kembali lelaki yang menjadi kekasih Allah ini. Kekasih yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Marilah kita sama-sama soroti tentang kisah lelaki ini yang juga junjungan besar umat islam. Berharaplah agar kita mendapat keberkatan daripadaNya.

Saya menulis cuma untuk peringatan untuk diri sendiri dan untuk mereka yang mungkin endah dengan apa yang kita lalui.







No comments:

Post a Comment