Wednesday, February 8, 2012

We are Beautiful, Allah LOVE us - Idiom Kemenangan

 


Assalamualaikum wbt...
 Alhamdullilah. Rezeki kedua dari giveaway untuk tahun 2012.Entry khas ini saya sediakan untuk Blog Apricot Pie.
Terima kasih sebab pilih entry dari saya :)
Saya anggap ini mungkin rezeki terpijak sebab saya postkan entry tu lambat sehari dari hari sepatutnya sebab internet memang tidak mengizinkan sehari sebelum itu....haha celcom memang cuba nak sabotaj saya yeee!. 
Tapi apa-apa pun special thanks untuk awak, Nabilah owner blog Apricot Pie * tiap kali saya sebut @ baca tajuk blog nabilah saya rasa sangat manis dibibir....bagussss pemilihan nama blog yang sangat berkesan. Semanis ownernya dan semanis ayat-ayatnya semasa menulis isi blog.*Islamic.
Ikhlas saya suka :)


  



Ini perkongsian terakhir dari saya untuk Giveaway Apricord Pie.

Sebab utama kenapa wanita Islam perlu berhijab adalah kerana berhijab itu adalah perintah Allah dan hukumnya adalah wajib maka sudah tentulah berdosa kalau tidak dilakukan. Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud: 

Ayat 30
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.


Seorang muslimah wajib menutup aurat. Dengan berhijab,seoran g wanita menjadi merdeka, bebas dari cengkaman nafsu liar kaum lelaki dan terhindar daripada perkara maksiat. Apabila seorang wanita menutupi tubuhnya dalam batas-batas yang ditentukan Allah bererti wanita itu sudah menghargai diri dan meninggikan martabatnya.



 




Ini adalah antara yang saya rasa menarik. Kalau ada masa mungkin boleh melawat website dan fb ini.
Saya sendiri bukan orang yang alim dan sempurna. Tapi tidak salah rasanya kalau kita berkongsi apa yang kita tahu. :)








No comments:

Post a Comment