monolog

Assalamualaikum wbt..
Hello dear readers.
sometimes i've always think life is unfair.
and that makes me feel dissapointed, without any reasons.
such childish.



monolog dalam diri...
"apa la perempuan ni, period pun sakit, nak beranak pun sakit. kenapa lelaki tak rasa sakit macam nak beranak ek? Haa! mesti sebab diorang tak tahan. power betul jadi perempuan ni! lihatlah dunia, perempuan ini jangan dianggap lemah. mereka mungkin kelihatan lemah di luar, tapi dalamnya jangan dianggap lemah. Allah Maha Agung lagi Maha Adil. Wanita senang menerima dosa dan pahala
Wanita perlu taat pada seorang suami, tetapi suaminya perlu taat pada ibunya tiga kali ganda daripada bapanya. Bukankah ibunya itu seorang perempuan? Wanita perlu bersusah payah mengandung 9 bulan 10 hari dan melahirkan anak tetapi setiap saat makhluk Allah di muka bumi ini akan mendoakannya dan seorang wanita itu dianggap sebagai  mati syahid jika meninggal ketika sedang bertarung nyawa untuk zuriatnya.

Allah menciptakan lelaki dan wanita dengan fizikal yang  berbeza. ini kerana Allah telah meletakkan tanggungjawab masing-masing dalam kerja yang berbeza. Lelaki sebagai ketua keluargadan wajib mempertahankan keluarganya, jadi mereka dijadikan dengan fizikal yang kuat dan gagah.Tetapi wanita diciptakan dan diperlengkapkan dengan kasih sayang,berjiwa halus dan teliti untuk tanggungjawab mereka sebagai pendidik zuriat.

Wanita lebih mudah mendapat pahala berbanding lelaki. Doa wanita dimakbulkan kerana sifat penyayang yang lebih banyak tertanam dalam hatinya berbanding lelaki. ketika ditanya pada Rasullulah SAW " ibu lebih penyayang berbanding bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". wanita sakit bersalin akan dicatat pahala untuk mereka yang berjihad di jalan Allah. Wanita yang tidak tidur semalaman demi menjaga anaknya akan diberi ganjaran pahala seolah memerdekakan 70 orang hamba yang ikhlas membela islam.

Wanita sangat hebat kan? saya tidak menyesal dilahirkan sebagai wanita. Saya beremosional sebab hati saya penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Hati yang sering disakiti itulah sangat berharga dan insyAllah diberikan balasan syurga. pada mata  kasar manusia, dan mungkin pada dunia jugak, wanita itu lemah dan tidak layak didahulukan. tapi sedar atau tidak seorang wira yang sedang berperang itu memiliki kekuatan disebabkan adanya seorang wanita yang dicintainya berdiri di belakangnya dan penuh setia di sisinya. bayangkan jika seorang wira pergi berperang selepas bercerai dengan orang tersayang, maka gugurlah dia dengan mudahnya di medan perang.

Mata makin lama, makin tertutup. Akhirnya saya lena dalam kekaguman yang diberikan Allah untuk kami yang bergelar wanita. Sungguh wanita itu Maha Adil. Jadi jangan mengeluh wanita, pahala dan ganjaran menantimu di mana-mana.






Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

1 comment: