On My Mind

Assalamualaikum wbt and hye... :)
saya sebenarnya buntu tak tahu nak mula dari mana.
saya cuma terfikir tentang apa peranan seorang teman rapat aka bf aka teman tersayang.
apa yang korang fikir?? Teeehee =)
budi pekertinya bagaimana? sopan ke?
Bagi saya tempoh bercinta adalah satu perjalanan untuk proses menguji dan mengenalpasti sikap buruk pasangan kita. Ini bukan mengenai diri saya tapi saya cuma terfikir bila kawan-kawan bercerita.


 


1.  Menipu perkara yang tidak logik  *tak masuk akal
Kata orang tua-tua "pandai makan pandai simpan". Tapi kalau dah menipu benda-benda yang tak sepatutnye memang payah la kan?
Menipu tak salah untuk menyelamatkan keadaan tapi kalau untuk kepentingan diri?
agaknye ada yang akan percaya ke??
contohnya pagi tadi pasangan text kita then dah plan nak keluar. suara memang dah ceria sangat-sangat.
lastly tengahari sikit text lagi bagitahu got fever. Ada yang nak percaya ke? 
then bila dah paksa-paksa keluar la jugak lastly and you know what? bila jumpa langsung tak nampak macam fever pun. adoyaiiii! berlakon la macam mana pun, sedar la sikit awak sedang menipu orang yang dalam bidang medical. Yang hari--hari berhadapan dengan patient. tak malu ke?
" Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak "

2. Terlampau keanakkan * manja terlebih kot
Tahulah pasangan anda tu tersangat la manja. 
Tapi bukankah anda dicipta untuk menjadi seorang khalifah/ ketua. Lupa ke?
lelaki sepatutnya menunjukkan sifat yang matang, hebat dan bertanggungjawab. sebab nanti bila dah bersama you all jugak yang kena menggalas semua tanggungjawab seorang suami. so jangan la lembik!
Wahai lelaki si wanita mencari bakal suami bukan bakal adik atau bakal anak angkat. so be your self. tak perlu nak manja keanakkan sangat la. 

3. Membangga diri *hengat dia jer yang bagus
Ini salah satu penyakit psyco, so jaga-jaga kalau anda atau pasangan ada masalah ini. Better pergi check!
 setiap orang dilahirkan dengan kelebihan da kekurangan. so tak payah nak bangga sangat la dengan benda-benda yang tak patut. yang mendengar pun dah naik jemu.
contohnya pasangan nak beli kereta. setiap kali korang keluar together topik kereta ajerla jadi topik yang tak sudah-sudah. boring tau!
Bukan ke lebih baik kalau anda menjawab bila anda ditanya?

4. Terlalu fikir pasal harta 
Tak tahu la berapa banyak lagi lelaki kat luar sana ada masalah ini.
terlampau fikirkan duit, harta dan masa depan sampaikan hubungan dah tak pernah wujud rasa sayang sebenarnya boring. Kaum perempuan, yang saya tahu event takder duit sekalipun, tengah sengkek sangat-sangat ni, lagi-lagi student yang dah habis kering duit tajaan/pinjaman, musti usaha jugak untuk buat kejutan untuk orang yang dia sayang. Lagi-lagi time hari lahir. Tak pon date--date yang korang rasa sangat la bermakna. tak macam lelaki, jarang nak terjumpa dengan lelaki yang ada sifat mulia ini kan? ada yang sanggup tak keluar dating semata-mata nak jimat. Adoyai ini lagilah. senang cerita tak payah bercinta!

5. Tak pernah buat/tunjukkan kasih sayang anda
Bila dah mula berpasangan sepatutnya anda patutnye lebih care, tunjuk rasa sayang dan menghargai pasangan korang. Tunjukkan korang rasa bahagia dan happy dengan hubungan korang.
jangan sampai pasangan korang rasa tak dihargai. sampaikan bila pasangan korang sampai airport/terrminal pun tak menjemput. lebih-lebih lagi bila pasangan korang sampai pada waktu-waktu kemuncak. tak takut ke kalau-kalau pasangan anda bertemu cinta lain? kena culik ke, rape ke, rompak ke, ragut ke? di mana tanggungjawab korang? bagi saya kalau pasangan saya buat macam tu saya singkir jer.habis cerita. Kalau dia pun tak berminat nak jaga saya buat apa saya beria nak jaga dia lebih-lebih. saya tak perlukan sampah. negara kita dah banyak sampah!

 





Hargai pasangan sebelum terlambat
masa tidak prnah berhenti walau sedetik
ciptalah kenangan terindah setiap kali bersama untuk kenangan hari tua
nanti boleh cerita kat anak cucu



Lindungi kesedihan dengan senyuman
Biarpun di hati penuh kedukaan
Kerana ketabahan menghadapi dugaan 
Menunujukan kekuatan iman kita


Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

2 comments:

  1. i want apple from the engineer.hehe ;p
    meaningful sharing.thanks!

    ReplyDelete
  2. tq farz...
    yes u can take it dear! haha

    ReplyDelete