Pergi selamanya



Assalamualaikum wbt...
good morning people =)
i'm back from my hometown in terengganu.
Seminggu saya di sana. Ibu saudara *kakak my mum sakit sejak 3 mac 2012 dengan acute MI stage IV.
Dan akhirnye dia pergi tinggalkan saya dan keluarga yang lain pada 4 April 2012 selepas keadaan yang semakin baik selama seminggu dan dipindahkan dari ICU wad ke wad biasa.
Saya balik dengan harapan menjaga arwah tapi saya lalai jugak.
saya melawat arwah pada 3 mac 2012 di hospital Sultanah Nur Zahirah.
Dengan keadaan begitu. susah untuk saya ceritakan dan gambarkan pada keluarga yang lain.
Arwah dengan bantuan ventilator 100%, ubatan inotrop dan tanpa sebarang sedation.
sangat susah bagi saya unjuk perjelaskan pada keluarga. Arwah bertarung nyawa selapas dimasukkan tiub pernafasan petang semalam.






Maaf kepada student nurse yang saya tegur. Saya terpaksa tegur supaya awak belajar dan tidak ulangi kesalahan sama lagi. Saya cuma nak rawatan terbaik untuk arwah bukan sekadar ada. Kepada student nurse itu awak patut anggap pesakit sebagai keluarga dan dari situ akan timbul rasa untuk memberi perawatan kepada pesakit dengan ikhlas dan bertimbang rasa.
Kepada semua staff nurse ICU dan wad 8, doctor dan kakitangan yang lain saya ucapkan terima kasih untuk segala usaha.

8.30 malam, 4 april 2012. Arwah pergi.
Jenazah sampai ke teratak bonda pada 10.30 malam.
suasana diiringi sendu sanak saudara yang datang.
Semalaman kami temani jenazah bergilir-gilir dengan diiringi bacaan surah yassin.
Awal pagi, 5 April 2012. Segala persiapan bermula dan jenazah mula ditatap keluarga, jiran,sahabat buat kali terakhir dan juga terus diiringi dengan bacaan yassin.
Kemudian dimandikan dan seterusnya dikafankan sebelum disembahyang dan dikebumi.
Saya dan kakak dengan rela hati memandikan dan menkafankan jenazah.
Saya rasa terpanggil untuk menguruskan jenazah arwah dan saya rasa itu adalah tanggungjawab saya sebagai anak buah arwah memandangkan arwah cuma mempunyai seorang anak lelaki.
Mungkin ini peluang terakhir saya. Belum tentu lagi saya sendiri yang akan memandikan jenazah ibu saya nanti. Itu yang ada dalam diri saya pada hari itu. Mungkin kerana sebelum ini saya pernah mendengar info yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Azhar
 tq ustaz!







Alhamdullilah everthing dah settle.
Biarpun dalam diri masih terasa sedih dan kehilangan saya tetap bersemangat.
yup! yang hidup kene teruskan hidup. Hargai mereka yang berbuat baik dan sentiasa disisi anda sebelum semuanya hilang.




Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

4 comments:

  1. Innalillah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihah.. moga2 arwah tergolong dikalangan orang beriman.. salam takziah

      Delete
    2. tq zal.
      amin...arwah nice person :)

      Delete