Thursday, April 12, 2012

Warkah rindu

Tahu tak awak yang awk masih lagi dalam ingatan saya?
setiap masa..
dalam waktu rehat saya, waktu makan saya, waktu kerja saya, waktu belajar saya
kenangan bersama awak tak pernah padam walau sesaat pun
Tahu tak awk yang hari ini entah kali ke berapa ratus kali saya melihat awak tersenyum manis untuk saya dalam gambar lama itu
Tahu tak awak yang saya tak pernah jemu walau sakali dalam harian saya membaca semua kiriman mesej awak yang dulu
saya tahu....saya tahu awak bahagia di sana 
tapi kenapa?
kenapa saya sedih sangat? sejak awak pergi jauh dari saya
saya sendiri sampai dah terlupa malam ini dah untuk kali ke berapa setiap kali kepala saya mencecah bantal, setiap kali itu ingatan saya pada awak kembali 
senang saja mata saya kabur, pipi saya basah dan saya tidur dalam dalam tangisan kerinduan pada awak
tak cukup dengan itu
awak datang dalam mimpi saya mungkin kerana saya terlalu memikirkan awak
Demi Allah kadang-kadang saya rasa saya dah betul-betul tak mampu dan saya tak cukup kuat dengan ujianMu Ya Allah.
Dari mula sampai ke hari ini 12 april 2012. Saya pohon pada dia. saya mohon dan berdoa bersungguh-sungguh sampaikan kadang-kadang tanpa saya sedar air jernih membasah wajah saya.
Doa saya tetap sama dari sehari ke sehari, setiap lima kali sehari
tidak cukup dengan itu saya tambahkan lagi dengan solat hajat dan bacaan yassin sama seperti nasihat saya terima dari kenalan kita.
Tapi kenapa Ya Allah sehingga ke hari ini niat, gerak hati dan perasaan saya masih sama dan tidak pernah berundur walau seinci pun dari kedudukan ianya bercambah
Tahu tak awak kalau solat solat itu wajib, sama jugak bagi saya
saya wajib untuk sebut nama awak setiap kali bila saya panjatkan doa saya pada Allah swt
kerana cuma Dia yang tahu bagaimana semua bermula dan akan berakhir pada ketika yang bagaimana
Tiap kali saya jauh dari bumi yang pernah kita sama-sama pijak dulu, Tiap kali itu jugak hati saya merintih untuk pulang ke tapak yang asal.
cuma kerana awak. Tapi bila saya berdiri di bumi nyata, entah kenapa saya tidak pernah mampu berdiri dengan sendiri, saya mungkin jatuh lagi jika tiada mereka yang faham perasaan saya.
Mungkin saya masih marah, tapi tahu tak awak jauh di sudut hati kecil saya saya masih mengharapkan awak, saya tahu awak bukan milik saya, walau siapa pun awk sekarang, kasih saya untuk awak tetap sama dan saya akan tetap sayangkan awak sampai bila-bila sebab itu saya redha bila awak pergi jauh dari saya supaya awak dapat mencari bahagia awak. awak insan yang saya sayang jadi saya mahukan bahagia untuk awak.
Mungkin dulu saya tidak sebaik awk, saya tidak sempurna di mata awak dan cara saya semua tidak betul di mata awak..saya minta maaf sebab itu diri saya dan sya redha awak pergi tinggalkan saya sendiri di sini sebab saya hambaNya dan ini kehendak dia dan saya tahu awak amat bahagia.
Saya akan tetap doakan biarpun saya tahu hakikat yang pasti
Terima kasih untuk sokongan dari keluarga, kawan-kawan, keluarga awak dan awak jugak.
Kalau awak mampu melihat saya sekarng saya akan berikan senyuman termanis untuk awak dan saya depakan kedua tangan saya untuk berikan pelukan untuk awak
Tapi awak bagaimana dengan saya?
tiap kali saya berdoa, tiap kali itu jugak Allah kuatkan hati saya bahawa awak adalah pemilik hati saya. Jadi bagaimana saya harus berpaling dari awak?
Tapi awak jangan risau, tidak pernah walau sedikit pun saya salahkan awak. saya cuma mungkin terkilan.
Saya yakin semua yang terjadi pasti ada kehendakNya dan Dia sedang merancang sesuatu untuk kita.
Tahu tak awak betapa susahnya saya untuk habiskan entry ini sebab terlalu banyak yang berlegar di depan mata dan fikiran saya. ini mungkin yang terakhir dan betul-betul tulus dari hati saya.
Kabur mata saya memandang screen. Air jernih ini jatuh lagi dan makin deras mengalir jatuh ke pipi saya.
Saya tahu saya boleh menulis sepanjang mana yang saya mahu tapi saya juga yakin peratusan untuk awak baca adalah 0%. sebab awak dah tiada. awak dah tinggalkan saya.
Saya tahu saya tidak sepatutnyabegini, saya sepatutnya lebih kuat. tapi siapa saya? siapa saya nak melawan takdir? saya cuba, tapi saya memang tak mampu. 
Hanya pada Dia saya berdoa dan semoga semua ini akan berakhir dengan sesuatu yang berbaloi dengan keperitan yang saya rasai sepanjang ini.
AMIN




Ya Allah,
Jika hari ini hari terakhirku,
 jika ini suratku yang terakhir untuknya
sampaikan salamku untuk dia, insan yang paling ku tunggu
Dan jika sudah sampai ajalku 
aku mohon agar kau tempatkan kami di kalangan hambamu yang beriman kepadaMu
Pertemukan jodoh dan cinta kami di syurga Mu yang indah









1 comment:

  1. setiap ape yang berlaku, pasti ade hikmahnye.. mngkin awk akan jumpe yang terbaik dalam hidup awk :)

    ReplyDelete