Zaman belajar dulu-dulu :)

Assalamualaikum wbt....
Tengah study dan tiba-tiba terasa rindu pulak zaman study dulu, rindu dengan kawan-kawan yang memang kepala masing-masing meong...ngeeee :) tapi saya suka sebab saya pun sama meong. ;)
saya pun tak pasti korang still boleh cam saya lagi ke tidak. tengok muka sendiri rasa macam tengok orang lain pulak mana taknye semua gambar ni gambar-gambar dua, tiga,empat tahun lepas. :)


 gambar ni konon-konon macam lambang friendship. :) comel la


 Ini pulak melekat kat dinding. Haiwan tu semua sebenarnya timbul so nampak macam real je kan?


 Gambar-gambar kat atas ni memang la sangat keanakan betul...ngeee ;)
gambar masa pergi zoo selepas buat medical check up untuk orang kampung. then diorang bagi duit sumbangan. tapi tak tahu nak beli apa so kiteorang decided pergi zoo je sebab tu je yang paling dekat. ala-ala macam picnic gituh :)


 
 " pak cik salleh , lepas ni kena jaga makan. makan sikit-sikit tapi boleh kerap kali. sebab insulin pak cik bal bla !##%%^&&*(I))(*(^%%%. " membebel.....pak cik beri renungan mengharap then senyum and cakap tq Doctor.....urmmmm saya student pak cik bukan doctor * buat muka comel....pak cik dah malu-malu....pak cik ni comel tau


 
Senyum biarpun penat :D  Mana tak nyer dari pagi hari sampai ke petang check and give health education.


Final year yang super mencabar :D


 Ini pulak gambar practical masa dalam tahun tiga.


 ini masa dalam tahun tiga jugak. practical di operation theater. sangat best!


 
Posting di bilik mayat untuk procedure post-Morten. Gambar kat atas ni just lakonan. Lepas posting sini, semua dah boleh buat cerita seram. kalau buat karangan spm comfirm dapat A1


 ini pun sama jugak praktikal untuk khidmat masyarakat. suka sangat praktikal masa ni sebab baru je balik dari cuti raya so bila pergi mana-mana je mesti diorang hidangkan dengan kuih raya. jimat duit ngeee :)
nama pun student kan. memang berjimat cermat habis la. seposen pun berkira. :)
 ini di sekolah kanak-kanak kurang upaya. 


 Lecture hall we all :)....suka kacau nadia tidur dalam class. saya pun tidur jugak tapi bukan selalu macam nadia..haha. tapi ada ke yang tak pernah tidur dalam class. macam mane fokus pun mesti terlelap jugak kan? tapi kalau class cik choy comfirm tak tidur sebab takut kena jawab soalan. ada gambar saya tidur dalam class tapi dah tak tahu simpan kat mane :(



 
ini pulak masa praktis skill kat lab tapi kiteorang tak praktik pun tapiiiii kiteorang tarik manikin baby....haha jahat kan. semua nakal! tapi baik :)


Ini we all berlakon. sketsa penyusuan susu ibu. Lakonan kami terbaik!


Posting di sekolah menengah area Selangor, semua pakai musk sebab masa ni H1N1 melanda. da macam ninja sorang-sorang tapi maintain cute. Cute ke??


 Amboi kemain lentok kau...teheee :D 
Posting bahagian radiologi. ni bukan saja-saja tidur tau. tapi kiteorang tengah belajar rawatan untuk peatient dengan cancer


  Muka-muka ketat budak final year sebelum final exam :(


 On the way posting luar dari UMMC. Muka bahagia habis dapat keluar dari UMMC biarpun selalu nak kena tinggal bus sebab bangun lambat. Mane la taknyer keluar posting pagi-pagi. dah la bulan puasa then balik nak kena rempuh traffic jam lagi. Tapi kalau pengajar kiteorang mood ok the that day comfirm on the way balik hostel dia mintak driver bus singgah mana-mana bazar. Hurmmm windunyerrr jalan-jalan dalam bazar ramadan engan baju uniform yang super biru ramai-ramai. Then malam pulak siapkan assignment, prepare untuk talk  and presentation lagi, asal kerja-kerja kena lukis jer must aku jer. hurmmmm. tapi bila diingat balik saya suka dan windu sangat saat bahagia ni.


 Vocation 3 hari 2 malam dengan gadis-gadis kesayangan ke langkawi. Create and survive.


Island hopping pulau langkawi. saya sangat suka aktiviti macam ni kalau balik terengganu suka pergi pulau kapas. kalau kat sana view memang saya suka. sangat cantik, menarik da bomb. try la. snockling paling best kalau korang suka pantai


di langkawi jugak ni. tengah rendam kaki busuk dalam kolam dan bagi ikan keli dalam tasik dayang bunting makan. teheee :)


 Ini pulak kiteorang celebrate besday mentor aka pengajar yang tempat kiterang curah segala kerunsingan dan masalah. teheee ;) terima kasih puan. sayang puan tau.


 
celebrate besday kawan satu kelas lepas buat visa. kira dua dalam satu terus.


 
selepas celebrate besday.

 ini pulak kiteorang release tension kat belakang hostel. boleh jerit, boleh berlari, boleh melompat tapi please tolang jangan terbang dari bukit tu!


 bergambar dekat stesyen lrt bangsar. on the way nak pergi jom heboh :)


 1st year dinner. thema: tradisional vs moden. so i wear kebaya labuh and combination with cheongsam


 Dinner tahun 2. berjubah atas nasihat orang tersayang ;)


 Jom balik kampung. hehe tapi balik kampung orang. biasa la kalau jadi student kalau tak berjalan balik kampung orang rasanya macam tak lengkap pulak aktiviti seorang manusia bergelar student kan? tak gitu?
tapi yang bestnye masa saya pergi sik kedah dan kebetulan kawan saya study di uum kedah. so dia pun kebetulan jugak dah mula cuti sem so kiteorang decide balik terengganu sama-sama dari kedah. so boleh dikatakan sepanjang perjalanan kiteorang bersembang. adoyai....tapi saya suka!
terima kasih awak :)


 group TAR. Masa kursus biro tata negara mahasiswa di gelang patah, johor. pakai baju kurung kemain. hakikatnye air pun tak ada nak mandi. hurmmm :0


 Final year. buka puasa ramai-ramai di kfc selepas penat membanting tulang di klinik desa di siang hari. :(

Alahai so romantic right? dan kami? yup background paper. ngeeee:)


 ni pulak aktiviti bulan puasa paling best. pergi melawat dan berjumpa adik-adik di rumah anak yatim sekitar kl dan selangor. itu  perkenalkan mak cik yang menjaga anak-anak yatim. besarnya pahala untuk dia kan.Terus berazam nak jadi macam dia nanti. :)

  KLCC here i come! ngeee
Berbuka puasa ramai-ramai dengan budak usrah. lepas buka puasa dengar ceramah ramai-ramai, solat terawih, mengaji ramai-ramai.


di SCC Mall shah alam. bertugas dari pagi sampai petang untuk kutipan derma untuk tabung pesakit kanser payudara. awak beli tiket then awak dapat tengok konsert. wow tidakkah itu sangat berbaloi? that's why la kiteorang dapat banyak kutipan sebab rakyat malaysia memang sukakan hiburan pun. tak gitu? tepuk dada tanya selera :)

gambar di konsert amal.

 Posting final year di Hospital Bahagia aka tanjung rambutan, perak. untungla orang perak ada hospital bahagia. untung jugak la mereka yang bercita-cita berkahwin dengan orang perak. kalau sakit terus bahagia.


 masa tahun satu. penat selepas bersukaneka. Warden hostel buat hari mesra pelajar. jom lah bermesraan :)

Dinner final Year


Muka putih macam tepung.  :)


nak pergi konsert kena pakai formal so selepas berdiskusi dengan kawan, ini hasilnya. terima kasih lagi sekali awak. :)



Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment