Tuesday, May 22, 2012

Look of the day

Assalamualaikum wbt..

Selamat datang bulan penuh keberkatan dan keampunan. Esok ah masuk bulan baru islam. Alhamdullilah sempat merasa bulan rejab tahun ni tahun depan belum tentu lagi kan. jadi jom perbanyakkan amalan sebelum masuk bulan ramadan. Untuk wanita yang belum ganti puasa boleh la ambik keberkatan bulan rejab ni untuk kuatkan amalan ganti puasa. Ingatan untuk diri sendiri jugak. ada yang nak berpuasa esok. Jom tambah saham akhirat.

Dari Abi Hurairah berkata ; Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wassalama bersabda ; “ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.
Dan ada awal hari bulan Rajab malaikat jibril turun kepada Nabi dengan risalah untuk isra’ bersama Nabi. Nabi bersabda “Ingat bulan Rajab adalah bulannya Allah, barang siapa puasa sehari dibulan Rajab dengan iman dan keikhlasan, maka akan mendapatkan keridhoan-Nya.”(Al-Hadits)

Barang siapa membaca
رَبِّ اغْفِرْ لي وَارْحَمَنِْي ُوتُبْ عَلَيَّ ٧٠ ×
Setiap ba’da isya’ malam bulan Rajab, maka tidak akan tersentuh kulitnya oleh api neraka (Al-Hadits)

Barang siapa membaca
أحْمَدُ رَسُولُ الله محمّدُ رَسُولُ الله ٣٥×

Dibaca diantara dua khutbah hari Jum’at Akhir bulan Rojab, maka
dimudahkan rizqinya dan dicukupi segala kebutuhanya (Qaul Ulama’)



Maaf kualiti gambar yaang kureng sebab saya curi kat fb je pun.


 Announcement.....announcement....diulang lagi announcement untuk yang suka jalan-jalan macam saya. ada berita baik untuk kita semua...ngeh..ngeh. Pagi tadi sebelum pergi kerja saja lah google air asia ni. Kot-kot la kan ada promotion yang best yang boleh buat saya terbang tinggi. so you know what? kata hati saya memang sentiasa berkata-kata dengan benar. Tiada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka. Air asia buat promotion 21 may nanti. Fly to over 77 destinationsas low as RM29. yup tak tipu nih. saya pun tengah excited ni, terseynyum je dari tadi. jangan tak percaya dengan rm29 pun dah boleh fly. Banyak untung woow. so cepat-cepat cekedout bak kata lisa surihani dalam iklan Digi tu an. so cepat-cepat book tau. Tetiba rase macam teringin shopping kat bandung lagi LOL.



See....wooo bulatkan mata anda. Booking period: 21 May 2012 Travel Period: 4th September – 15th November 2012. So what are you waiting for? Hurry up and book now. Untuk siapa bercita-cita nak pergi honeymoon maybe boleh la book sekarang. Tak kan tak jealous tengok diorang ni pergi honeymoon. Jadi saya hidangkan untuk korang semua dengan gambar-gambar Lisa & Yusri, Scha & Awal dan Rina salleh GM3. Comel je kan diorang kan?

 

Nak macam ni jugak..boleh tak? mintak sambil hentak-hentak kaki ni..plezzz  > ' ' <


Ok!!! tutup cerita diatas dan kita buka cerita baru. hehe  >" " <
Nak dijadikan cerita cuti dua hari minggu ni saya sempat keluar dengan kawan-kawan kat tempat kerja. Seronok jugak la layan kepala dioranng ni. Makan-makan, minum-minum *yang halal je , then sempat la pulak main macam kanak-kanak riang. Dah lama sangat tak keluar bagai sebuah keluarga bahagia macam ni. iyela nak buat macam mana keluarga jauh kat terengganu. adoyai nasiblah. kalau ikutkan hati nak aje saya hangkut semua family ikut mana saya tinggal. untungnya mereka yang tinggal dengan family.




Dalam bulan ini alhamdullilah saya rasa lebih dihargai, bukan semata-mata disebabkan bulan kelahiran saya. tapi saya harap saya akan terus dihargai. Apa yang saya perasan keluarga, kawan-kawan, sahabat banyak bertanya khabar saya bulan ni even birthday saya dah lepas. terima kasih sangat-sangat. Doa dan semangat korang lah yang buat saya terus kuat. Dan dalam bulan ini jugak saya ada terima 2 email dan private massage yang bertanya keadaan dan hari-hari saya di sini. 

Alhamdullilah. saya masih kuat biarpun kadang-kadang hakikatnya saya macam orang yang hipokrit, senyum dalam tangisan tak ubah macam orang yang makan aiskrim dalam hujan pun ada. boleh bayangkan? tapi secara kesimpulannya saya semakin kuat sebab saya yakin ramai yang bersama saya dan saya ada Allah untuk mengadu dan dia bakal mendengar setiap rasa sedih yang saya katakan. Alhamdulilah

just a recap of what I've been through during last week :)

 
1. my MILO 3 in 1 yang amat memudahkan hari-hari saya.   2. Nine west present from my sayangness
3. invitation for meeting *tapi  tak pergi sebab dah ada janji dengan ex-roommate kesayangan.  4. Losyen cocco Glow from vaseline yang berbau memikat hati bagai makan lolipop  5. Fesyen when hang out with girlfriend.   6. Nice view from my room.  7. someone hot there   8. Fall in love with my new perfume Little white dress  9. Manisnya cinta peneman dikala sunyi sambil masukkan yogurt dalam mulut.  10. Flower  11. Tabungan dan McD dikala atm menunjukkan angka rm**.** tak pandai-pandai berjimat.  
11. itu muka nila buat entry di blog.
 




LIVE YOUR LIFE
Find your light
Don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more
Live if you really want to

All my life I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been stargazing
The sky is right above me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus)

All my life my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself cause you don’t have to

(Chorus) x2


Thursday, May 17, 2012

Tip pemilihann tudung mengikut bentuk muka

Assalamualaikum wbt...

i have got a lot of girls asking me on how i wear my hijab and  maybe these might help you to give some inspiration.


1. Shawl
Secara jujurnya saya sangat jarang sekali pakai shawl tanpa inner macam gambar di bawah ni. sebabnya adalah kerana saya rasa muka saya terlampau bulat macam bola untuk pakai shawl dengan dengan gaya begitu. Biarpun apa orang nak cakap rasa lebih selesa mengayakan shawl bersama inner. Tapi pemakaian shawl simple macam ni hakikatnya lagi senang sebabnya senang nak pakai dan jimat pin. wanita dengan bentuk wajah yang tirus, panjang dan bujur rasanya lebih sesuai dengan pemakaian shawl jenis macam ni. Muka-muka macam farah lee maybe sangat sesuai.



 2. Bawal
Sebut aje bawal saya terus teringat muka palis gorgeous bila pakai bawal. Mesti lah Datin Norjuma, ratu bawal. Yang paling penting bila pakai bawal je terus feeling jadi wanita paling gorgeous macam Datin Norjuma. over tau. Jenis tudung yang tak makan dek zaman. Pemakaian tudung bawal boleh menampakkan ciri keayuan kan? cepat angguk tanda setuju sakarang. Dari sekolah rendah sampai sekarang bawal jadi koleksi paling banyak dalam wardrobe. Tapi awas ye wanita sekalian jangan sampai tertipu dengan bawal-bawal yang yang dijual murah di pasar malam atau di jalan TAR. Tahu lah murah tapi buat ape kalau pakai muka dah bertukar jadi mak cik jual keropok lekor kat pasar kan. Bawal ada banyak level. Bawal 1 paling lembut dan paling mahal. so belilah ikut kemampuan. Berbelanjalah ikut duit yang ada dalam poket * pesanan dari penaja. Dari pemerhatian saya orang-orang terengganu suka sangat pada bawal ni. Sanggup berhabis. Biar papa asal bergaya



 3. Shawl iron.
Shawl untuk mereka yang paling malas atas dunia. Sangat murah serendah harga RM10. Shawl ni tak payah iron kalau iron pun memang tak akan lendik sebab material kain shawl memang jenis yang berkedut. Shawl macam ni bagi saya lebih sesuai untuk bentuk muka macam saya. dan yang paling penting kena pakai melekat di muka supaya muka  tidak nampak serabut macam mak cik kantin. Sangat senang nak pakai. Just lilit dan cover apa yang patut. Masa student dulu suka sangat tudung yang jenis macam ni sebab bila nak pergi makan kat kolej 6 *keloj medik, saya just buka wardrobe ambik tudung yang berlipat, pakai anak tudung then lilit jer ikut sesuka hati. Bila nak bayar jer abe kelanta tegur " cantik tudung". reply:mekasih. Rm13.80 ermmm tak per bayar rm13 je. Jimat 80sen. hehe.



4. Shawl bersama inner
Pemakaian hijab macam ni perlu pandai mix and mach warna antara inner, shawl dan baju.  Kalau yang buta warna habislah jadilah anda si pokok krismas.Pilihan saya butik MAMA. kenapa? sebab butik mama ada banyak pilihan untuk korang yang suka shawl yang beropol-ropol ala-ala artis dan datin ni. Pemakain tudung begini mungkin lebih sesuai untuk dinner atau kenduri kahwin. Ada jugak yang tak suka kalau inner melekat di dahi kan. Ada yang rasa muka jadi macam bola bila pakai inner melekat di dahi. Confident is beautiful. so kalau anda yakin semua akan nampak cantik. silap-silap ada mak cik send email nanti mintak buat tutorial.



5. Tudung awning
Pilihan saya Fareeda dan Ariani. Kenapa Fareeda sebab owning yang diorang hasilkan sangat berkualiti so tak ada lah timbul isu owning jadik lembik atau patah. Kenapa Ariani pulak sebab kualiti material kain. Sangat lembut dan yang paling penting tak berbulu dan senang dicuci. Bagi saya pemakaian tudung owning lebih sesuai untuk majlis formal. Contohnya untuk nmeeting dan mungkin bila bertemu bakal mertua...hekhek gatal. Bila pakai tudung berowning comfirm dah tak risau kalau-kalau tudung tak jadi ke apa sebab owning kan keras je kat atas kepala so mane boleh bergerak. Maintain cantik je la. Kalau nak nampak lebih menonjol bila mengayakan tudung awning make sure korang pilih tudung yang bercorak atau yang boleh dililit atau ditwiss atau yang siap dengan aksesori.



 6. Tudung bersama Inner @ syria
Tudung yang sangat sesuai untuk mereka yang aktif, busy dan memang tak sempat nak bersiap atau kepunyaan kepada suami yang kurang sabar atau mereka-mereka yang jenis lambat bersiap. Just perlu pakai inner then sarungkan syria, kemaskan dan ready. Sangat simple. selalu tengok mereka-mereka yang busy macam doctor pakai tudung macam ni sebab mereka pun malas kot...hekhek tersasul pulak.
Atlet atau mereka yang suka bersukan lebih sesuai menggayakan tudung jenis ini. Untuk mereka yang pipi bagai pauh dilayang, bermuka besar atau berdagu besar dinasihatkan menjauhi tudung ini. Kenapa? sebab nanti muka anda nampak macam orang yang tak ada leher. Mak cik kantin lagi cantik tau.


Pakai apa-apa pun tapi kalau dah niat untuk menutup aurat dan takut pada Allah inshALLAH Allah akan sentiasa merahmati dan menjaga kita.



Wednesday, May 16, 2012

Excited your senses with LG Cinema 3D smart TV

Let's check out the new launch of this awesome brand new product of 
 " LG cinema 3D Smart TV"


  

Welcome to the Next Generation 3D TV from LG. The Cinema 3D Smart TV series provides the ultimate in-home entertainment to share with your family and friends by bringing the cinema 3D experience home. The LW6 series also offers Smart TV and TruMotion 200Hz - so you can watch the best of the internet on the big screen and access all your favourite entertainment from multiple devices from the comfort of your living room sofa.




Why do you want to excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV

Simply point, click, drag to control everything, including your TV programs, favorite applications, premium content, and media sharing. The LG Smart TV User Interface was specially designed to deliver the most simple control of your home entertainment. And it's this ease of use that ultimately gives you the freedom to truly enjoy a wide variety of content and application. 

This new technology features a 1mm, bezel. Do you know how slim that is?  it would look so sleek up on my wall with a full sound system. So instead of going to the cinema all the time,  I can bring the cinema to me any time. Sides, I don't have to worry about movies getting off theater, I can watch whatever I want, whenever I want. Well, for being so slim, it is definitely lighter than compared to others. 




Lightweight glasses, cool 3D effects and ultimate immersive viewing experience? LG’s Cinema 3D TV can bring it right into your home and on top of that, it’s loaded with the virtually limitless entertainment capabilities of LG 3D Smart TV. Trust me, staying in has never looked better.
LG has certainly talked the good talk with its new LG Cinema 3D Smart TV. But now it’s time to walk the walk, as we find ourselves staring with anticipation at the brand’s flagship where all the 3D bits are built into the TV rather than the glasses.

Imagine what it would be like having to excite your senses this way. There's really no need to pay for expensive trips to have an adrenaline rush, all you have to do is click a button and everything is as good as an adventure. 


Nuffnagers, all you need to do is to blog and share with us: Why do you want to excite your senses with LG Cinema 3D Smart TV? Send in your creative submission by 12:00pm, 16th May 2012 (Wednesday)! Hurry now, there’s not too long to go now, so start to get excited for this party! :D
 Know more about this, check out, LG Cinema 3D Smart TV



Details of the party are as below:
Date: 23rd May 2012 (Wednesday)
Time: 6:30 pm on wards.
Venue:  GSC Signature, Gardens @ Lounge area
Dress code: Casual


15 Mei 2012...turning 23

15th May 2012. It was my birthday! Thank you all for the lovely birthday wishes sent through phone calls, SMS, Facebook messages, and the list goes on. I am 23. So welcome 23 age  goodbye 22 age.that number freaks me out.. I'm only a year away from being in the quarter life age group. *Haha gelak jahat
i won't wish any gifts. i won't wish any surprise. I'm wishing God give all the best for me, for people i love, and people who loves me ...





Wajah 23 age  >" "<

Untuk keluarga tersayang, terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya dalam waktu susah dan senang saya.  Kerana korang saya masih kuat disini walau dilanda badai yang kuat dan saya harap saya akan terus kuat untuk sepanjang perjalanan saya nanti.

Untuk kawan-kawan. kawan sekolah, kawan satu kolej dan kawan satu hospital saya ucapkan terima kasih sorry tak dapat nak sebut nama korang sorang-sorang. kalau tulis jugak sampai esok tak boleh nak post entry ni...hekhek. apa-apa pun korang emang terbaik untuk saya. Maaf kalau ada kekurangan dari saya. saya cuma manusia biasa yang tak lepas dari kekurangan. peace

untuk frenz di fb, blog, tweet dan lain-lain lagi di alam maya. terima kasih tak terhingga saya ucakpkan kerana sangat prihatin dan teruskan menyokong saya. tak lupa kepada silent reader blog jugak. jasamu dikenang.

kepada cikgu, doctor, lecturer dan pengajar yang lain. Terima kasih untuk semua yang telah dikongsi dan selamat hari guru. Cikgu sekolah renfdah tu musti dapat banyak hadiah hari ni kan?? suka la tu

Ucapan dah macam orang menang AJL je kan

 Ya Allah.. di sini aku sebagai hambamu yang hina dan kerdil ingin memanjatkan kesyukuran ke atas diri-Mu atas segala kerahmatan dan nikmat yang KAU berikan kepadaku. Aku tahu aku bukan hambaMu yang terbaik, tapi aku akan berusaha untuk menjadi sebutir mutiara di akhirat kelak..Ya Allah, tidak kira seteruk mana sekalipun dosa yang aku lakukan, kau tetap berada di samping aku! Kau selalu membantu aku ketika aku lemah longlai dgn segala masalah dunia. Aku slalu lalai dgn segala urusan dunia ini..Terima kasih atas nikmat umur yang kau berikan pada ku. Selama 23 tahun kehidupan aku di dunia pinjaman mu



 Craving for my favorite Banana Coklat Cake


Special letter and wish from my sayangness



thank youuu sooooo much to everyone who wished beautiful wishes for me via call, text, email, facebook, twitter and instagram today! Because of you guys, turning 23 ain't a bad thing afterall! :D keep to Love me
.



Monday, May 14, 2012

ArpiLove Giveaway



Q1. wen wedding anniversary : 17 April 2010
Q2. Your Birthday : 19 April
Q3. I'm already you follower 

nice wedding video posted by Reene



Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Jururawat 2012

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari jururawat semua misi-misi yang hensom lagi jelita. Teheee >" <  sorry lambat wish sebab tadi balik lambat. Must ramai yang tak tahu 12 mei ni selain tarikh cantik dan hari lahir bonda saya,  hari ini jugak adalah hari sambutan jururwat seluruh dunia. So adik-adik yang bercita-cita nak ambik nursing after study nanti tolang take note. 

So alang-alang dah tahu hari ni seluruh jururawat di dunia dirai. Nama je dirai tapi hakikatnye jururawat tak cuti pun tau. Nak bagitahu jugak kenapa lahirnya hari jururawat ni. Saya pun baru je google. teheee dah lama tahu cuma ingat-ingat lupa.so kenalah google balik nanti kan tersalah info pulak.


Anda kenal dengan wanita ini? untunglaa ~ kalau kenal

Chef Florence aka The Lady with the lamp. Dia ni jururawat yang berkhidmat dengan askar pada tahun 1854. Boleh lekat nama lamp tu pulak sebab waktu malam je dia ni suka buat ward round untuk tengok askar-askar yang cedera bertemankan lampu. Dia ni jugak antara yang banyak memberi sumbangan dalam bidang perawatan antaranya memperkenalkan jururawat wanita dalam perang ketika perang crimean di Turkey, menubuhkan sekolah jururawat di St Thomas Hospital di London, menghasilkan ramai jururawat yang membantu dalam proses kejururawatan, seorang penulis dan telah menulis sebuah buku, berpengetahuan dan dia juga seorang pakar statistik. Florence Nightingale telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 di bilik tidurnya di 10 South street, Dauk Lan, London pada usia 90 tahun. Sempena Mengingati Jasa Florence, 12 Mei di jadikan sebagai Hari Jururawat sedunia.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh melawat sini


Hari ini 12mei juga disambut sebagai hari meraikan jururawat. so bawah antara gambar yang sempat saya snap semasa sambutan Kebangsaan. Enjoy ~



Srikandi negara teruskan berjuang. Anda salah seorang yang berkhidmat untuk masyarakat, agama dan negara. anda penlaksana tugas fardu kifayah orang islam, anda pengganti keluarga pesakit, anda pejuang kesihatan dan anda pemangkin negara. Tahniah untuk Alkyim, pengerusi yang berjaya buat saya rasa bangga sebagai kawan anda.hehe so proud of you. Congrats



Thursday, May 10, 2012

Be a Man

Assalamualaikum wbt..
selamat hari khamis semua. Pagi ni terasa rajin pulak nak mengaktifkan diri  dengan fb. Sebab harini kerja masuk pukul dua nanti so boleh lah bersua ria macam kanak-kanak ribena jap...tak gitu mak jemah? Terpandang pulak kat satu status nih. Bila baca jer...Ermm nak comment ke tak nak. kalau ikutkan hati jahat nak je saya comment kaw-kae kat situ....hekhek jahat! perasaan saya pulak nak cakap happy sangat bila baca pun takde la sangat kot tapi sebenarnya rasa sedih jugak jugak la. sebab walau apa pun dia still kawan saya. Saya tak pernah buang dia pun. lagi-lagi family dia yang sangat-sangat la baik. Sampaikan kakak dia pun boleh contact saya bertanya kenapa saya dan adik dia dah tak macam dulu...adoyaiiii! meleleh air mata mak jemah tau.

Dia buat status yang ala-ala macam dia sakit sangat dalam bercinta. erkkkk???? yup dia lelaki dan buat status begitu? korang fikir ape? dan apa yang orang lain akan fikir pasal bf dia nanti? macam mengaibkan gf sendiri jer kan? apa-apa pun saya takde la nak tunjuk yang saya baik ke apa tapi at least saya tak ader la nak buat status macam tu. Sakit sampai nak mati pun mengadu je la pada Allah. kita kan ada iman, ada Tuhan dan Tuhan kita Maha mendengar. Lagi pun Ustaz Azhar ada cakap " sebaiknya jangan banyak luah perasan sendiri kat fb, Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati. Mengadu pada Allah lebih baik dari luah kat fb....so?

What you give you get back. Apa-apa pun yang kita buat sepatutnya kita kena fikir jugak kebaikan dan keburukan sesuatu. Hari ini kau sakit, cuba kau fikir dulu-dulu pernah tak kau sakitkan, patahkan, hancurkan hati orang lain. so sekarang anggaplah sebagai balasan Allah. Manjadda wajadda.Mungkin ini salah satu cara Allah nak kau berfikir tentang dia. So sekarang kau dah dapat rasa kan apa yang orang yang kau patahkan hati dia sampai berkecai. So sebaiknya mohon ampun pada Allah atas semua dosa-dosa kau dan mohon maaf pada orang yang pernah kau lukakan hati dia.

Allah swt Maha kuasa. Saya tahu rasa sakit yang kau tanggung. saya faham rasa sedih yang sampai lubuk hati. saya tahu rasa payah untuk menangggung semua keperitan yang kau rasa sekarang. Tapi apa yang jelas dan fakta sekaranng dan sepatutnya buat kau berfikir sekarang perhubungan yang terbina atas kesakitan dan kekecewaan orang lain tak akan bawak ke mana pun. Perhubungan tanpa restu keluarga is nothing. Mungkin kau rasa bahagia sekarang tapi untuk jangka masa panjang?? yang mengejar cuma rasa bersalah dan tiada keredaan. Kunfayakun.




Walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita, maka terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, Ia mendatang jua. itu namanya jodoh


Andai awak terbaca, anggaplah sebagai nasihat.
 Bukan berniat nak menjatuhkan awak atau mengaibkan awak. 
Awak orang yang saya sayang saya tak pernah meletakkan senyuman untuk setiap kesakitan awak.
Semoga awak belajar sesuatu dan lebih tenang manghadapi ujian yang Maha Esa.



Monday, May 7, 2012

No.1 for me

Assalamualaikum wbt..

Alhamdullilah. Syukur masih diberi waktu dan kesempatan untuk bernafas dan menhirup udara dari bumi Allah swt. Saya masih di sini. masih lagi anak yang setia merindu, menyayangi Bonda dan Bonda juga idola saya. Saya harap kalau saya berpeluang menjadi seorang ibu saya nak jadi ibu seperti Bonda. Bonda ibu terbaik!

Ibu adalah segalanya. setuju? Bila sebut pasal ibu laju-laju ingatan saya berputar teringat kat iklan masa  kecik cinonet dulu. iklan tv duthladay yang ada sorang budak perempuan super comel nyanyi lagu ibu untuk mak dia. Adoyai. mase tu terus berazam kalau dah sekolah nanti nak buat macam ni jugak la... tapi tak terbuat pun sebab saya kan pemalu...sigh  > " <

Siapa saya pada hari ini adalah cermin kepada usaha besar Bonda sepanjang hidup saya. Kerana dia saya terletak pada paksi yang baik pada hari ini, kerana Bonda saya terus kuat melayar perjalanan hidup yang kadang-kadang payah untuk hamba yang lemah seperti saya. Masa akan pantas berlalu, saya risau andai saya tiada masa untuk bonda, atau mungkin saya pergi dulu sebelum bonda, saya risau kalau saya tidak membalas jasa bonda sepanjang usia saya. Maafkan saya Bonda

Untuk bonda saya....
Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya, adik dan along. Sedegil-degil kami, kami masih berharap kami dapat menjadi anak yang terbaik danmenjadi  kebanggaan Bonda.
Terima kasih kerana mendidik saya dengan penuh sabar, Biarpun kadang-kadang saya melawan cakap bonda tapi hakikatnya jauh di sudut hati saya, saya berharap kalau masa boleh berundur saya tak akan pernah lukakan hati bonda.
Terima kasih kerana terus mencurah kasih yang tak pernah kurang untuk kami adik beradik. Bonda insan kesayangan saya selepas Allah dan Rasul.
Terima kasih bonda kerana sentisa ada untuk saya di saat perit, pedih, suka, duka dalam perjalanan hidup saya. Bonda pembakar semangat saya.
Terima kasih bonda kerana terus mendoakan kebaikan dan kejayaan untuk saya. siapa saya pada masa ini dan pada masa akan datang semua adalah hasil usaha bonda.
Sesungguhnya saya bangga menjadi anakmu, bersyukur kerana saya adalah hasil keturunanmu, segala pujian untuk saya adalah keranamu Bonda.




Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Kurniakan dia balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Peliharakanlah dia sepertimana dia memeliharaku
Ya ALLAH Ya Tuhanku..Ampunilah dosa ibu yang melahirkan dan menyusukanku. 
Kasihanilah mereka Ya ALLAH sepertimana dia mengasihaniku sejak kecil
lindungi mereka dalam lindungan terbaikMu.
Tempatkanlah ibu susuku di tempat yang mulia disisi-Mu Ya ALLAH
Sesungguhnya ibuku adalah wanita yang terbaik yang pernah kau berikan untukku.
Rahmati mereka Ya ALLAH
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya
dan berikan keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga
Kau jadikan kami
anak yang kenal erti budi,
anak yang akan terus berbakti pada ibunya
Sesungguhnya, Engkau yang memiliki Kurnia Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...amin
 




I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
Number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
Number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me