Thursday, May 10, 2012

Be a Man

Assalamualaikum wbt..
selamat hari khamis semua. Pagi ni terasa rajin pulak nak mengaktifkan diri  dengan fb. Sebab harini kerja masuk pukul dua nanti so boleh lah bersua ria macam kanak-kanak ribena jap...tak gitu mak jemah? Terpandang pulak kat satu status nih. Bila baca jer...Ermm nak comment ke tak nak. kalau ikutkan hati jahat nak je saya comment kaw-kae kat situ....hekhek jahat! perasaan saya pulak nak cakap happy sangat bila baca pun takde la sangat kot tapi sebenarnya rasa sedih jugak jugak la. sebab walau apa pun dia still kawan saya. Saya tak pernah buang dia pun. lagi-lagi family dia yang sangat-sangat la baik. Sampaikan kakak dia pun boleh contact saya bertanya kenapa saya dan adik dia dah tak macam dulu...adoyaiiii! meleleh air mata mak jemah tau.

Dia buat status yang ala-ala macam dia sakit sangat dalam bercinta. erkkkk???? yup dia lelaki dan buat status begitu? korang fikir ape? dan apa yang orang lain akan fikir pasal bf dia nanti? macam mengaibkan gf sendiri jer kan? apa-apa pun saya takde la nak tunjuk yang saya baik ke apa tapi at least saya tak ader la nak buat status macam tu. Sakit sampai nak mati pun mengadu je la pada Allah. kita kan ada iman, ada Tuhan dan Tuhan kita Maha mendengar. Lagi pun Ustaz Azhar ada cakap " sebaiknya jangan banyak luah perasan sendiri kat fb, Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati. Mengadu pada Allah lebih baik dari luah kat fb....so?

What you give you get back. Apa-apa pun yang kita buat sepatutnya kita kena fikir jugak kebaikan dan keburukan sesuatu. Hari ini kau sakit, cuba kau fikir dulu-dulu pernah tak kau sakitkan, patahkan, hancurkan hati orang lain. so sekarang anggaplah sebagai balasan Allah. Manjadda wajadda.Mungkin ini salah satu cara Allah nak kau berfikir tentang dia. So sekarang kau dah dapat rasa kan apa yang orang yang kau patahkan hati dia sampai berkecai. So sebaiknya mohon ampun pada Allah atas semua dosa-dosa kau dan mohon maaf pada orang yang pernah kau lukakan hati dia.

Allah swt Maha kuasa. Saya tahu rasa sakit yang kau tanggung. saya faham rasa sedih yang sampai lubuk hati. saya tahu rasa payah untuk menangggung semua keperitan yang kau rasa sekarang. Tapi apa yang jelas dan fakta sekaranng dan sepatutnya buat kau berfikir sekarang perhubungan yang terbina atas kesakitan dan kekecewaan orang lain tak akan bawak ke mana pun. Perhubungan tanpa restu keluarga is nothing. Mungkin kau rasa bahagia sekarang tapi untuk jangka masa panjang?? yang mengejar cuma rasa bersalah dan tiada keredaan. Kunfayakun.




Walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita, maka terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, Ia mendatang jua. itu namanya jodoh


Andai awak terbaca, anggaplah sebagai nasihat.
 Bukan berniat nak menjatuhkan awak atau mengaibkan awak. 
Awak orang yang saya sayang saya tak pernah meletakkan senyuman untuk setiap kesakitan awak.
Semoga awak belajar sesuatu dan lebih tenang manghadapi ujian yang Maha Esa.



No comments:

Post a Comment