Thursday, May 17, 2012

Tip pemilihann tudung mengikut bentuk muka

Assalamualaikum wbt...

i have got a lot of girls asking me on how i wear my hijab and  maybe these might help you to give some inspiration.


1. Shawl
Secara jujurnya saya sangat jarang sekali pakai shawl tanpa inner macam gambar di bawah ni. sebabnya adalah kerana saya rasa muka saya terlampau bulat macam bola untuk pakai shawl dengan dengan gaya begitu. Biarpun apa orang nak cakap rasa lebih selesa mengayakan shawl bersama inner. Tapi pemakaian shawl simple macam ni hakikatnya lagi senang sebabnya senang nak pakai dan jimat pin. wanita dengan bentuk wajah yang tirus, panjang dan bujur rasanya lebih sesuai dengan pemakaian shawl jenis macam ni. Muka-muka macam farah lee maybe sangat sesuai.



 2. Bawal
Sebut aje bawal saya terus teringat muka palis gorgeous bila pakai bawal. Mesti lah Datin Norjuma, ratu bawal. Yang paling penting bila pakai bawal je terus feeling jadi wanita paling gorgeous macam Datin Norjuma. over tau. Jenis tudung yang tak makan dek zaman. Pemakaian tudung bawal boleh menampakkan ciri keayuan kan? cepat angguk tanda setuju sakarang. Dari sekolah rendah sampai sekarang bawal jadi koleksi paling banyak dalam wardrobe. Tapi awas ye wanita sekalian jangan sampai tertipu dengan bawal-bawal yang yang dijual murah di pasar malam atau di jalan TAR. Tahu lah murah tapi buat ape kalau pakai muka dah bertukar jadi mak cik jual keropok lekor kat pasar kan. Bawal ada banyak level. Bawal 1 paling lembut dan paling mahal. so belilah ikut kemampuan. Berbelanjalah ikut duit yang ada dalam poket * pesanan dari penaja. Dari pemerhatian saya orang-orang terengganu suka sangat pada bawal ni. Sanggup berhabis. Biar papa asal bergaya



 3. Shawl iron.
Shawl untuk mereka yang paling malas atas dunia. Sangat murah serendah harga RM10. Shawl ni tak payah iron kalau iron pun memang tak akan lendik sebab material kain shawl memang jenis yang berkedut. Shawl macam ni bagi saya lebih sesuai untuk bentuk muka macam saya. dan yang paling penting kena pakai melekat di muka supaya muka  tidak nampak serabut macam mak cik kantin. Sangat senang nak pakai. Just lilit dan cover apa yang patut. Masa student dulu suka sangat tudung yang jenis macam ni sebab bila nak pergi makan kat kolej 6 *keloj medik, saya just buka wardrobe ambik tudung yang berlipat, pakai anak tudung then lilit jer ikut sesuka hati. Bila nak bayar jer abe kelanta tegur " cantik tudung". reply:mekasih. Rm13.80 ermmm tak per bayar rm13 je. Jimat 80sen. hehe.



4. Shawl bersama inner
Pemakaian hijab macam ni perlu pandai mix and mach warna antara inner, shawl dan baju.  Kalau yang buta warna habislah jadilah anda si pokok krismas.Pilihan saya butik MAMA. kenapa? sebab butik mama ada banyak pilihan untuk korang yang suka shawl yang beropol-ropol ala-ala artis dan datin ni. Pemakain tudung begini mungkin lebih sesuai untuk dinner atau kenduri kahwin. Ada jugak yang tak suka kalau inner melekat di dahi kan. Ada yang rasa muka jadi macam bola bila pakai inner melekat di dahi. Confident is beautiful. so kalau anda yakin semua akan nampak cantik. silap-silap ada mak cik send email nanti mintak buat tutorial.



5. Tudung awning
Pilihan saya Fareeda dan Ariani. Kenapa Fareeda sebab owning yang diorang hasilkan sangat berkualiti so tak ada lah timbul isu owning jadik lembik atau patah. Kenapa Ariani pulak sebab kualiti material kain. Sangat lembut dan yang paling penting tak berbulu dan senang dicuci. Bagi saya pemakaian tudung owning lebih sesuai untuk majlis formal. Contohnya untuk nmeeting dan mungkin bila bertemu bakal mertua...hekhek gatal. Bila pakai tudung berowning comfirm dah tak risau kalau-kalau tudung tak jadi ke apa sebab owning kan keras je kat atas kepala so mane boleh bergerak. Maintain cantik je la. Kalau nak nampak lebih menonjol bila mengayakan tudung awning make sure korang pilih tudung yang bercorak atau yang boleh dililit atau ditwiss atau yang siap dengan aksesori.



 6. Tudung bersama Inner @ syria
Tudung yang sangat sesuai untuk mereka yang aktif, busy dan memang tak sempat nak bersiap atau kepunyaan kepada suami yang kurang sabar atau mereka-mereka yang jenis lambat bersiap. Just perlu pakai inner then sarungkan syria, kemaskan dan ready. Sangat simple. selalu tengok mereka-mereka yang busy macam doctor pakai tudung macam ni sebab mereka pun malas kot...hekhek tersasul pulak.
Atlet atau mereka yang suka bersukan lebih sesuai menggayakan tudung jenis ini. Untuk mereka yang pipi bagai pauh dilayang, bermuka besar atau berdagu besar dinasihatkan menjauhi tudung ini. Kenapa? sebab nanti muka anda nampak macam orang yang tak ada leher. Mak cik kantin lagi cantik tau.


Pakai apa-apa pun tapi kalau dah niat untuk menutup aurat dan takut pada Allah inshALLAH Allah akan sentiasa merahmati dan menjaga kita.



2 comments:

  1. kecik hati makcik kantin dan makcik jual keropok lekor.

    ReplyDelete
  2. Aah x baik kan wat perumpamaan cam tu

    ReplyDelete