Tuesday, June 19, 2012

im going home

Assalamualaikum wbt and Hello!
Sorry i was away for quite some time.  Been really busy with work like seriously..sob..sob. Actually i missed blogging so much. Banyak benda berlaku but tonight actually i don't really have time to write panjang panjang. Still have a a few things need to be done before go to bed. so saya just boleh ceritakan seringkas-ringkasnya.





 i'm back! Safety arrived around 1730h, Jumaat lepas after 7jam perjalanan yang sangat penat sebab malam sebelum saya bertolak balik saya night duty...warrrhhh memang betul-betul mencabar nak kena menahan mata. Adoyaiiii! gambar di atas semua masa dalam perjalanan kawan saya nak belanja makan ikan celup tepung. Lupa dah nama kampung tu tapi memang terbaik. Betul-betul tepi pantai tempat tu. Gambar jari jemari tu saya ambik sebab rasa macam rugi sangat sebab terlupa nak bawak balik pemotong kuku. iyelah kan sunat potong kuku hari jumaat. konon nak pahala lebih tapi akhirnya saya yang rugi so pandang je la kuku yang panjang mintak dipotong tu.



Balik kali sebenarnya ada misi yang nak kena buat. Macam besar je misinye kan..hekhek. iyela mana taknyer my best friend  kawin 17jun2012. Disebabkan dia kawan terbaik. dah anggap macam adik beradik biarpun dah masing-masing jauh dan buzy dengan hidup masing-masing tapi disebabkan dia ni tomeyyyy sangat + manja + kawan yang setia so saya berusaha jugak nak balik biarpun pada awalnya dapat cuti tak lama. kalau awak baca ni ina silalah titiskan air mata ya!

 

Perkara wajib bila dah pergi kenduri so sama-sama lah kita ambik berkat bergambar kenangan dengan pengantin dengan harapan lepas ni turn aku la harapnyeeee! hekhek sengalll! sorry gambar dari arah sisi la geng sebab masa ni tengah sembang dengan mak pengantin. almaklum la da lama tak jumpa. winduuuu! banyak benda lagi nak interbiuw
 

Diperkenalkan pasanagan pengantin baru yang *comel+macho=sepadan. Tak sempat nak kenal dengan hubby ina sebelum ni. Hari diorang nikah baru boleh jumpe. takper la kira lagi berkat la kot. btw hakikatnya pernah tengok kat fb aje sebelum ni. Dari pandangan kasar korang memang sepadan. sama-sama comel. Bila ditanya husband ina kerja mana. then ina jawab dia pilot kat MAS. Hooo, terus teringat dulu masa sekolah kiteorang pernah sembang kosong pasal cita-cita. then ina sorang je antara kami yang nak jadi pilot. Cita-cita dia tak kesampaian tapi dia dapat husband kerja pilot. thumb up! Misi tercapai




Dua pari-pari bawah tu anak-anak buah ina. comelll sangat diorang ni. Nak picit-picit je pipi masing-masing. sebelah kiri ina tu pulak along. kiteorang dulu masa sekolah satu geng. makan kat kantin sama-sama, class sama, study sama-sama, semua pengawas, hang out pun must sama-sama jugak dan yang paling penting nak tuisyen pun nak pergi tempat sama. mana lagi kalau bukan kat tuisyen cikgu Razak kan? Sebenarnya ramai lagi geng kiteorang tapi yang dapat jumpa along je sebab masing-masing dah kerja dan ada urusan kerja so tak dapat datang. apa-apa pun selamat pengantin baru ina. semoga berkekalan jodoh korang sampai akhir hayat dan dikurnia anak yang soleh dan solehah. aminnn



Selain tu nak ucapkan selamat pengantin baru jugak untuk hasmira dan pasangan. sorry tak dapat, btw congrats both of you



Dan untuk pasangan ini jugak. Asmah dan idhar* ex-classmate. Congratulation, so happy for both of you. Sorry sangat tak dapat datang.



Disebabkan ramai yang request untuk gambar-gambar masa icu nurses night. so saya just copy and paste apa yang ada sebab saya kerja dan tak dapat join pun. so enjoy!

Tempat ; Cititel Hotel
Tema ; Keungguan


Tengok gambar pun tahu yang diorang sangat happy kan? iyela kiteorang bukan senang nak keluar berkumpul ramai-ramai macam ni. Next time kalau diundang lagi saya datang ok. insyallah.

Tahu tak 16 jun 2012 tu hari apa? untungla kalau korang semua tahu kan? untuk yang tahu tu thumb up. yup betul la tu World blood donor day 2012. jadi sehari sebelum balik sempat la saya menderma darah tanda sokongan dan dengan niat dapat bantu mereka yang kurang berupaya. masa nak derma saya baru perasan total saya derma darah dah 9 kali. warhhhh! tak disangka.



Hari tu jugak saay join persatuan untuk derma darah secara regular. maknanya selepas ni kalau saya sihat saya diharuskan untuk menderma darah untuk setiap 3 bulan. harap saya akan sihat selalu dan dapat bantu mereka yang lebih memerlukan.



 Bila balik kampung apa yang paling saya harap dapat jumpa keluarga tentu la, saudara mara kalau diorang pun dapat balik sama, kawan-kawan sebab nanti bila dah kawin mana ada masa lagi dah. 100% untuk keluarga tercinta.

Alhamdullilah kebetulan saya balik, keesokkannya hari lahir anak sedara saya yang satu tu. Airsyah Nur Darwisya yang ke-3. Dah besar anak ibu yang super tomey ni. kebetulan pulak ada berita gembira lagi. kakak saya pregnant anak ke-2. warhhh Darwisya da nak jadi kakak. Dia cakap nak baby boy jer.hurmmm


Untuk dua perkaraa gembira 2, kiteorang *family sebelah abang ipar dan family my bonda yang super besar celebrate birthday Darwisya malam 16jun. Abag ipar pilih warung katana sebab kedai tu ada tempat yang terasing dari orang luar. so kiteorang booking tempat atas yang bercermin so senang la kalau nak menjerit sekuat hati pun. lagi pun budak-budak ramai  so comfirm ada yang buat ragam nanti kan. btw sangat seronok bila dapat jumpa semua family.



Itu saja untuk kali ini. harap saya akan jadi lebih rajin update blog selepas ni.
Take care
 


No comments:

Post a Comment