Thursday, June 28, 2012

It would be nice

Assalamualaikum WBT...
A quick one for today. Actually i don't know what to blog pun. Life as usual. Entry pun lebih kurang sama je kan? saya harap saya dapat buat blog ni nampak lebih menarik dan pelbagai dengan genre yang pelbagai.  Kalau perasan saya dah berjaya tukar templet, lagu dan header jugak. suka dengan pemandangan baru..ngee..

today i woke up at 9.40am. Actually i also don't know how i can automatically wake up at such time because yesterday i sleep quite late. Tengah tercari-cari folder untuk entry yang sepatutnya terjumpa pulak gambar-ganbar masa pergi bukit cerakah tiga minggu lepas. tak sempat nak buat entry pasal ni sebab masa tu memang busy kerja. Lagipun gambar banyak ada dalam camera kasfi.
 
Hari jumaat yang indah. kiteorang cuti that day sebab dah buat night duty 2 hari. Jadi kami meneruskan plan untuk membakar sedikit kalori pagi ini dengan cycling di bukit cerakah!!


Antara kelengkapan yang perlu bawak! itu pun kalau you all ladies macam i lah


Pagi tu kelam kabut sikit sebab ada yang terbangun lambat. Adoyai. Masing-masing dah kelaparan sebab menunggu. berjanji sepatutnya pukul 9 pagi but lastly pukul 10 baru boleh bergerak. Biasalah janji melayu kan. So disebabkan dah terlapar. on the way nak ke bukit cerakah kiteorang singgah breakfast kat shah alam. Makan kedai mamak sebab diorang ni semua tekak melayu. pagi-pagi nak pekena yang berat-berat terus. Roti canai, nasi lemak, teh tarik. memang best!


Yang sebelah kiri tu gambar after dah settle makan. hekhek nampak tak perut yang makin membesar tu. Gambar kanan tu pulak kiteorang dah sampai bukit cerakah. Then selepas  menempuh sudut yang paling menguji kesabaran. sudut beratur membeli ticket lah. Admission ticket RM 3/adult. Yeahh  terus laju-laju pergi tempat untuk sewa basikal tapi hampa sebab basikal semua dah habis orang sewa. Adoyai

 
So, untuk taknak duduk saja kat situ dan shuttle bus pun ada for those yang tanak cycling. Kiteorang naik jer sambil-sambil tunggu diorang  habis cycling

 
Sebelah kiri tu gambar tengah tunggu shuttle bus and kanan pulak lepas turun dari bus


Tangga!




 
 



 
 
Gambar-gambar dalam rumah empat musim. Kebetulan musim bunga. masuk-masuk jer masyALLAH memang wangi sangat bau.


 
 Tempat ni enviroment macam dekat china. so tak payah fly jauh-jauh, kat malaysia pun ada.


Nampak tak menara yang tinggi kat belakang tu? kiteorang daki sampai atas. Fuhhh sempuk mak





Gambar masa kat atas menara. View dari atas  memang cantik so tak rugi la berpeluh naik sampai atas.






Bawah menara ada 2 ada buai. so seronok la kiteorang. Rasa macam dalam filem bawang merah bawang putih pun ada masa ni. untuk yang nak berphotoshoot wedding ke post wedding ke pre wedding, maybe boleh list kan tempat ni. sebab sangat cantik view kat sini.



Pada yang memang nak datang untuk betul-betul nak kuruskan badan ke nak kurangkan kolestrol memang sangat sesuai datang sini. Tengok diorang sebagai contoh. thumb up


 Ini je la gambar kiteorang cycling..then balik masing-masing dah sampai nak patah pinggang sebab terus naik bukit. mano la nak larat. Masa ni teringat la dulu-dulu masa pergi sekolah naik basikal hari sampai sekolah menengah.


Basikal ni sewa nya RM 5/hour. Additional RM 1 for another hour.





Till then sahabat. Have a good day!

2 comments: