I lOVE U, ibu


Assalamualaikum WBT
Rasa tak adil kalau dalam setahun tak ada ucapan sempena hari istimewa untuk ibu tersayang. Hari ni, online je, tengok FB ke IG semua update status tentang hari ibu dan hari jururawat. Jangan tak tahu hari ini adalah hari sambutan antarabangsa jururawat. Jadi semua ibu, mama, mummy, bonda, ummi mak dan lain-lain lagi semua akan dirai sebagai tanda membalas jadi yang bertahun mereka bersusah payah bertindak sebagai seorang ibu. Bertuahnya ibu saya tahun ni sebab hari lahir dan hari sambutan hari ibu jatuh pada tahun yang sama. Tapi disebabkan tahun ini harti ibu, hari lahir dan hari jururawat jatuh pada hari yang sama, tak dapatlah saya balik kampung dan duduk bawah ketiak bonda. Apa-apa pun Selamat Hari lahir Bonda :)





Kepada Bonda yang disayangi,
Selamat hari lahir dan selamat hari ibu.
Alhamdulillah pada umur yang hampir 24 tahun dalam beberapa hari saja lagi saya masih lagi mempunyai ibu, 
Saya tahu bukan senang untuk membesarkan saya yang terlebih emosi, terlebih manja dan terlalu memerlukan ibu dalam setiap apa keadaan,
sampai dah besar pun kalau kadang-kadang balik kampung masih mencari ketiak ibu.
Tapi itulah saya, saya anak ibu yang sentiasa sayang dan perlukan ibu seperti ibu untuk selamanya kalau boleh
 

Ibu yang melahir, mendidik, membesar dan menjaga saya penuh sabar.
maaf sebab selalu buat hati ibu terluka dengan kata-kata saya, dengan perbuatan saya, dengan renungan mata saya.
saya tahu saya tidak sepatutnya begitu
tapi itulah perkara yang kadang-kadang buat saya rindu tentang ibu
bila bergaduh atau merajuk
dia akan cuba pujuk saya sampai akhirnya saya tundukkan ego dan emosi saya
dan bila jauh dari dia 
sejujurnya saya rindu pada leteran dia, sungguh saya tak tipu

 
terima kasih untuk semua pengorbanan ibu selama membesarkan saya 
sehingga kini,
saya mampu berada pada tahap saya sudah sedia ada sekarang
meletakkan saya pada paksi yang saya jejak sekarang 
iras dan rupa saya yang diturunkan pada saya
cerdik pandai saya yang ibu didik sejak kecil
sopan dan pekerti yang kamu beratkan pada saya
 
terima kasih juga kerana sentiasakan dan tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik untuk anak-anakmu...
jasa ibu memang tiada batas dan mungkin memang tak termampu saya balas sampai bila-bila...
apa yang saya mampu buat cuma bersyukur dan berterima kasih kerana ibu adalah Bonda saya










Dear Mom and my sister, thanks for always being there for me, love me, care for me. No one can ever replace you in my heart. i may not like you all the time but i love you always.









Doakan Ibu bapa Murah Rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat Ad-Dailami)

Setiap hari sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...





Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment