Tuesday, May 14, 2013

Pesta Buku Selangor 2013..Jom pakat serbu ramai-ramai

Assalamualaikum wbt
Entry ini mungkin lebih sesuai untuk yang digelar ulat buku tapi apa salahnya kalau dikongsi untuk semua kan? mana tahu yang tak berapa minat membaca boleh jadi peminat tegar lepas ni. Macam saya sendiri pun cuma minat bahan bacaan dalam bentuk novel dan cuma sejak kebelakangan ini saja terminat pulak dengan buku-buku masakan. Sekurang-kurangnya boleh juga jadikan santapan mata kalau tak ada selera makan. :)




Kepada mereka yang terlepas pesta buku antarabangsa 2013 di PWTC yang sangattttt meriah minggu lepas, Perkara yang dah lepas jangan dikenang lagi. Jangan sedih sebab panjang umur tahun depan akan diadakan lagi. Tapi sementara nak menunggu sampai tahun depan tu agak lamaaaaaaa jugak tuu!!!! tapi jangan lah sedih, Jom lah rebut peluang kedua pada 24mei hingga 3 jun nanti. Kita pakat serbu SACC.


Di pesta buku macam ni la biasanya kita boleh dapatkan buku-buku yang biasanya susah untuk dapatkan potongan harga di kedai-kedai buku biasa. Tapi kali ni boleh dapat dengan potongan sehingga 20%. Bukan saja novel, buku masakan, buku ilmiah, pendidikan, majalah dan lain-lain lagi.


Dan di bawah ni pula penting untuk peminat-peminat novel macam saya. Senarai novel-noovel yang paling laris dijual. Kalau dah laris tu tandanya cerita tu memang best sangat dan menjadi gilaan pencinta novel. Jadi bagi saya tak salah kalau sebelum membeli kita merujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai untuk dapatkan novel yang terbaik.







Kalau tengok betul-betul 2 minggu Top 10 di atas, Novel "Asam pedas untuk dia" hasil tulisan Nureen Mirza kekal 2 minggu dalam Top 10. Saya sendiri dah beli dan dah habis baca novel ni. Novel ni antara novel yang terbaik untuk saya. Antara novel yang wajib ada dalam koleksi untuk semua peminat novel.


Di bawah ni pulak antara Novel-novel terbaru keluaran dari Alaf 21. Dah ada yang saya dah mark untuk shopping di SACC nanti.












 Bagi yang sudah mendaftar sebagai ahli karangkraf rasanya inilah masanya untuk anda berbelanja untuk sesuatu yang baik dan pada masa yang sama dapat pulak mengumpul point dan yang paling penting ada penjimatan dan potongan harga. Berbaloi-baloi kan??








Untuk update lebih lanjut boleh ke page




No comments:

Post a Comment