WHY i want Havaianas


Hello all!
 
Apa yang akan terbayang di mata bila saya sebut tentang keselesaan, fashionable, dan unisex??  Tahu tentang Havaianas?? yup!  tiga perkataan tu memang sangat jelas untuk menggambarkan tentang Havaianas.

Sekarang kalau penat bekerja je, saya mesti akan cari satu hari untuk keluar hilangkan stress kerja dengan  kawan-kawan. Lepas tu,  bila dah tahu nak buat aktiviti apa, apa lagi sebagai seorang wanita perkara pertama yang bermain di akal fikiran mestilah keluar window shopping kan?. Lebih-lebih lagi sekarang ni kan tengah rancak promosi mid year sale kat mana-mana je. Semua tempat ada sale. Bila dah satu mall kita pusing, nak masuk ke kedai yang ke entah ke berapa puluh tu dah rasa berat je kaki kan? 

yup! saya pun rasa perkara yang sama.Tiap kali keluar shopping terpaksa rehat kejap sebab dah tak tahan sangat nak bawak kaki yang dah penat. Rasa macam buang masa kat situ kan? sedangkan pada halnya kita sepatutnya boleh memilih sesuatu yang selesa untuk dipakai dan dalam masa yang sama kita tak rasa penat atau pun sakit dan waktu untuk shopping tak terganggu. 

Itu belum cerita pasal blister lagi. Ada kalanya kaki sampai cedera dan berblister sebab pemakaian kasut atau selipar yang tidak betul dan tidak selesa kan? Dan bila balik rumah, tidur malam terpaksa ampu kaki dengan bantal untuk kurangkan rasa sakit dan penat. Luka dekat kaki pulak tinggalkan parut. Banyaknya masalah kan? Jadi nampak tak betapa pentingnya untuk kita memilih untuk menggunakan sesuatu yang sesuai untuk diri sendiri?

Jawapanya adalah Havaianas. Apa yang bestnya Havaianas?? apa tu Havaianas??
korang boleh klik pada akaun-akaun kat bawah untuk tahu lebih lanjut tentang Havaianas dan design dari Havaianas.

 



 


Secara jujur saya memang penggemar dan pencinta kepada kasut dari jenis high heel. Sebab utama saya menjadi penggemar high heel adalah kerana saya akan berasa lebih yakin bila mengenakan high heel mungkin disebabkan kerana ketinggian saya cuma 156cm.

Tapi...tapi...tapi...Semuanya berubah bila saya tengok design Flip flops yang sangat gorgeous  dari  Havaianas. Aummmmm!!! tak sabar...tak sabar...tak sabar. Sekarang jugak saya order online. Tak percaya? tengok sendiri ni;





 


 

Nampak tak ada macam butterfly atas flip flops tu. Saya dah order ini sebab macam sesuai sangat untuk pergi party dengan The Butterfly  Project Blogger nanti. Haha! yuup saya dah buat persedian awal ni.



 



 Keselesaan

Itu perkara utama tentang Flip flop dan kasut dari Havaian. Bagi saya pakai apa pun selain cantik dan kemas, selesa tu juga penting. Tengok pada design di bawah, Koleksi dari Havaianas datang dengan satu warna tapi dikeluarkan dengan beberapa design mengikut keselesaan anda. Cuma tinggal untuk dipilih.






Unisex 

Kalau anda perasan, design yang dikeluarkan dari Havaian kebanyakannya boleh dipakai tanpa mengira jantina. Jadi sangat tidak rugi kalau terbeli lebih dari satu design sebab satu rumah boleh pakai satu design yang sama. Jadi senanglah kalau ada yang bercita-cita untuk beli koleksi dari Havaianas ni sebagai hadiah untuk orang tersayang.






 Fashionable

Kalau sebelum ini mungkin ada yang berfikir yang flip flops tidak sesuai untuk majlis rasmi seperti annual dinner, party atau keluar bershopping. Sekarang anda perlu luaskan pandangan dan tengok contoh dari design di bawah. wowwww!!!






Ini mungkin sangat sesuai untuk Annual dinner bertemakan Hawaiian. Sebab sangat sesuai dengan corak yang bermotifkan flora dan tak mungkin ada yang sanggup memakai high heel kalau majlis tu diadakan di tepi pantai kan. Jadi lebih 10000kali susuai dan menepati tema jika anda memilih koleksi dari Havaianas.




Ini pulak mungkin sesuai untuk percutian ke tempat peranginan seperti Langkawi. Kadang kala hari pertama percutian mungkin kita perlu lalui jalan yang agak susah seperti menaiki feri, memunggah barang, memandu terlalu lama dan mencari hotel yang sesuai. Jadi memadai dengan memakai cetusan idea di atas. Walaupun sangat simple tapi menepati tema percutian kan?




Kombinasi fesyen ini sangat sesuai jika digayakan di tempat peranginan juga tapi lebih sesuai jika dipakai pada sebelah malam untuk dinner dengan yang tersayang. Walaupun simple tapi masih terdapat element percutian yangditerapkan


Up to date Design

Jika anda adalah di antara mereka yang mengikuti perkembangan fesyen, anda pasti tahu apa yang paling hot dan menjadi ikutan peminat-peminat fesyen  dalam dunia fesyen sekarang. Havaianas memang sangat mengikuti perkembangan fesyen. Jadi sangat senang untuk berfesyen jika anda memilih Havaianas.




Pokadot




mustache




Tribal


Jadi ini antara sebab-sebab kenapa saya memilih Havaianas untuk bergaya. Anda bagaimana? Jadi untuk maklumat lanjut boleh lawati page Havaianas;
  









Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

1 comment: