Promosi Merdeka Bawal Aidijuma



Entry ini mungkin memberi berita baik untung wanita di luar sana yang menjadi penggemar tudung bawal, terutamanya tudung keluaran dari Aidijuma, cetusan idea dari Datin Norjuma Habib mohd yang cantik, menarik lagi da bomb! dan..dan..dan salah seorang yang tergolang dalam golongan tu, Yup! tentulah Aida sendiri. 

Secara jujurnya, Aida memang meminati Aidijuma dari mula bekerja sejak tiga tahun lepas. Iyelah masa student tak mampu nak pakai mahal-mahal. Tapi bila dah bergaji sendiri, dah tentu kita nak memakai sesuatu yang kena dengan cara, kesesuaian, citarasa kita kan. Jadi Aida memilih Aidijuma. Sebab??

1. Sangat selesa. 
Tapi bergantung juga pada harga. kalau harga kurang dari RM10 seperti bawal plain, mungkin nasib tak baik akan dapat kain yang keras sedikit. Untuk harga lebih dari RM20 memang sangat selesa. * tak panas, senang nak pakai.

2. Koleksi lain dari yang lain.
Kalau pembaca perasan bawal dari Aidijuma memang lain dari yang lain. Contoh bawal Aidijuma Kerawang Stripe dan Aidijuma circle stripe. Dua-dua koleksi ini bagi aida memang lain dari yang lain sebab corak yang digabungkan membuatkan si pemakai nampak berani berfesyen. Kalau nak difikirkan Aida sendiri takut nak mix and match konsep flower dengan stripe atau circle. Takut orang cakap mangsa fesyen pulak nanti!


3. Boleh digayakan dengan cara pelbagai.
ini yang paling best. Kalau pembaca follow FB Aidijuma mesti korang pun tahu yang Datin Norjuma sangat rajin update tentang style terkini cara penggayaan bawal.


4. Senang untuk dipadankan dengan baju
ini memang sumpah senang. Tak tipu! contohnya Aida beli bawal 205 plain. Total satu tudung bawal tu ada 5 warna. Jadi untungnya kat sini. Nanti kita boleh pusing-pusingkan tudung tu ikut warna baju yang kita nak pakai. Sangat senang! silap-silap dalam seminggu kita ulang pakai tudung yang sama saja.







Jadi sempena merdeka ni, jom la kita ambil peluang shopping dengan Aidijuma dengan 50% diskaun dan lai-lain promosi lagi. Sangat berbaloi sebab dapat barang berkualiti dengan harga murah. Jadi sempena promosi merdeka kali ni, Aida memilih bawal-bawak kat bawah untuk tambahkan koleksi dan untuk digayakan ke rumah terbuka aidilfitri. Jadi selamat hari raya dan selamat hari merdeka.




Aidijuma butterfly tone



Aidijuma kerawang stripe



Bawal Tone



Bawal 20 Snake




Aidijuma garden





 Website : Aidijuma Online








Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

4 comments:

  1. Salam aida. .
    Awak klu da boring2 pkai aj garden olive tu letgo ke saya ekh. ..hi hi hi. .
    Neway sy pon peminat aj tp beli time sale gak. .cm skrg duk menghunting old season. .^_^

    ReplyDelete
  2. salam..kalau ada aj nk letgo bgtau sy ye..:)

    https://www.facebook.com/dlei.ozja

    ReplyDelete
  3. Please let go kat saya garden olive ye..yeye..ye..

    ReplyDelete
  4. salam...kalo nak letgo grden olive ..bgtau ye
    nak wat hantran kwen :)
    017 7147619 (jai)

    terima kaesh

    ReplyDelete