Sunday, October 13, 2013

acne problem & treatment solution part 2

Assalamualaikum WBT and Hello Beauties!


Entry sambungan dari entry http://aidazura89.blogspot.com/2013/10/acne-problem-and-treatment-solution.html


My second step?


Bila dah tahu punca dan status kulit jadi lebih senang nak pilih produk yang sesuai. Aida guna jugak produk yang dicadangkan dalam entry sebelum ni. Keadaan kulit makin bagus tapi masalahnya kulit masih tumbuh jerawat =( urmmm macam mana tu?


Jadi aida rasa mungkin aida kena jugak cari produk yang memang khusus untuk masalah acne. Minggu lepas aida balik kampung dan aida ambik peluang ni pergi servey produk-produk dekat farmasi sekitar kuala terengganu.


Aida pergi Lim medical supplies sdn. bhd dekat jalan Banggol Kuala Terenggnu. Lepas cerita masalah bla..bla...bla dia cadangkan saya ambik ubat untuk cuci darah *suppliment macam vitamin c tapi khusus untuk cuci darah. Kalau tak silap namanya barliherb *boleh beli ikut berapa lama tempoh kita nak makan. 

















Nama ubat: Barliherb * tak pasti
Cara makan: 2 tablet 2 kali sehari selepas makan 
Bentuk: tablet hijau berbau
Kesan: akan buang air besar setiap hari
Nasihat: minum air 1.5L-2L/day untuk proses nyahtoksik
Harga: RM14 untuk 1 minggu




Tambahan untuk itu, aida beli jugak cleanser dan acne pimple medication.








Clean & Clear active clean acne clearing clenser 100mg *sebab dulu masa sekolah kalau ada jerawat aida cuma pakai pencuci muka ni tapi cuma cuci pada bahagian jerawat sebab pencuci ni boleh buat kulit muka kering sesangatttt. Basuh muka dengan air biasa cuci muka dengan pencuci yang biasa, lepas bilas cuci lagi dengan pencuci ni tapi cuma guna jari dan buat urutan lembut secara membulat pada bahagian jerawat, then boleh bilas macam biasa. 








Ini pulak OXY5 Acne Pimple Medication.Aida cuma guna ubat ni bila nak tidur atau bila memang duduk rumah saje. Selepas cuci muka, sapu toner dan aida akan sapu moisturizer, last sekali aida akan calit sikit ubat ni pada kawasan yang ada ance sahaja. Lepas sapu memang akan rasa *pedih sangat tapi bila ubat dah mula mengering memang dah tak rasa apa-apa.



3 item kat atas memang aida beli ikut gerak hati, berdasar pengalaman lepas dan jugak lepas consult dengan my sister. hehe *dia cakap dia pro kalau bab pimple ni. Now, nak cerita pulak apa yang aida cerita dalam entry pertama http://aidazura89.blogspot.com/2013/10/acne-problem-and-treatment-solution.html produk yang dicadang selepas aida buat skin analisis.


1. Himalaya Herbals Purifiying Neem Face Wash 150ml *normal to oil skin





Face wash ni memang best! yang penting 100% herbal actives, soap free dan dermatologically tested. Sesuai untuk kulit aida boleh dikategori dengan kulit sensetif dan combinasi. 




2. Bio-Essence Deep Cleansing Milk with Royal Jelly + ATP




Aida memang tak pernah makeup removal selama 24 tahun. makeup dah macam pengantin pun tak pernah guna makeup removal *booo untuk diri sendiri sedangkan sepatutnya kalau cuma guna moisturizer sekalipun sebelum cuci muka, perlu guna makeup removal. Cleansing milk ni memang terbaik sebab dengan gentle formula makes, memang sesuai untuk diguna pada mata, seluruh muka dan neck area.

Cara guna, apply to your fingertips and gently massage in circular motion, then gunakan kapas bersih untuk rinse off dan cuci muka macam biasa guna face wash. Cleansing ni dah jadi best friend! pergi mana-mana pun bawak sebab muka akan lepas fresh lepas guna. Lebih-lebih lagi bila nak solat kat luar, kadang-kadang cuci muka guna face wash biasa makeup susah nak hilang kan?



3. Nivea Pure Effect Active Purifying Mask & Nivea Aqua Effect Refreshing Moisture Mask






Aida bukan lah jenis yang sukap pakai mask, dalam sebulan nak pakai 1 jenis mask pun susah. Tak berapa suka benda-benda yang boleh menghalang aktiviti. *boleh boo lagi sekali tapi sekarang dah tahu betapa pentingnya memakai mask. Yang penting Macam makan mee segera kan? lepas pakai terus rasa kulit lebih fresh. kiranya ni jalan pintas untuk nampak cantik. Jadi dengan masalah yang ada dicadangkan aida guna Dua-dua mask ni. Sebab dah beli jadi rajinkan jugak tempek kat muka!

Nivea pure effect active purifying mask ni lebih kepada untuk meneutral dan membersih pure dan matt skin. Sebelum apply apa-apa mask lebih baik kalau kita rajinkan diri berscrub dulu supaya pore masa tu dah bersih dan senang untuk meresap ke dalam dengan baik.

Bila matt skin dah tak ada, then baru kita apply Nivea aqua effect for refreshing balik kulit muka. Ini untuk kulit dapat hidrasi yang bagus dan dapat menyerap oksigen dengan lebih baik. 

To be honest, kulit muka sekarang dah makin ok, Allamdullilah. Cuma tinggal kesan-parut yang buat orang sekeliling geram jer nak bertanya kenapa muka ko?? haha insyallah lepas ni parut boleh hilang beransur-ansur. Yang penting kena sabar dan berusaha. Next entry nanti aida ceritakan pulak treatment untuk parut dan nanti kalau result skin analisis tu saya dah jumpa balik saya updatekan sekali *berserabut punya pasal dah lupa letak mana. Till End




No comments:

Post a Comment