Quick Update!

Assalamualaikum semua!

Lama betul rasanya aida sepikan diri. Dari sehari ke sehari niat nak update blog. Rindu sesangat nak join pergi event, jumpa kawan blogger, nak update blog sampai kalut sebab nak kejar dateline.   Kalau nak diikutkan memang banyak benda nak update, tapi macam biasalah banyak masa terguna untuk benda-benda lain. Sampai terabai, bersarang semut dah blog kita. Banyak benda aida nak share dengan korang tapiiiiiiiiii.... takot pulak yang membacanya nanti muntah hijau pulak. kalau aida start cerita from A to Z nanti.



How Time Flies!

Kita nak bagitahu ni....nak bagitahu ni....tapi mungkin ada yang dah boleh agak kot..kan kan kan????
yup! kita dah jadi isteri kepada +Anif Harun *senyum kemewek.
Jadi bermula tahun ini, tarikh 27/9/2014 akan dikenang-kenang dan insyAllah akan menjadi tarikh special untuk kiteorang untuk tahun-tahun akan datang dan kalau dipanjangkan umur nanti nak mintak cucu cicit baca sendiri entry ni. Baru diorang tahu neneak dengan atuk diorang romantik macam mana.


 
Inilah dia suami kita! Sama umur, sama sekolah, sama nakal. taheeee *_*


 

Inilah dia penolong ketua pengawas kepada suami kita dulu. 




Team #RaikanCintaAidAnif yang terdiri dari keluarga terdekat. Memang wajah-wajah inilah yang banyak membantu dari sebelum majlis, semasa dan selepas majlis jugak. Terima Kasih daun keladi semua yee!! sayang korang semua.




 Ini hadiah kahwin saya kahwin paling berharga dari kawan-kawan blogger saya. Sanggup datang dari KL semata-mata untk temankan saya sepanjang majlis *touching :{
Terima kasih semua, innanie the famous blogger, Wiida The owner of Makeup Crime, dan Yiying budak comel dan Bride to be jugak ni. Terima kasih yang tak terhingga untuk korang dan Sorry tak dapat nak temankan korang jalan-jalan terengganu tapi nasib baiklah korang ni jenis pandai bawak diri kan. Sayang korang lebih! yang paling penting jangan serik datang Terengganu lagi tau!




 Special thank untuk Wiida sebab banyak tolong kita sepanjang hari bersejarah kita. Dari tolong taouch up ke tolong payung, sampai ke tolong pegang tangan, tolong lap air mata, tolong angkat kain frozen kita. Then terjadi pengapit kita secara tak sengaja. Terima kasih Wiida sayang! *BIG hug



Frozen tema emerald green versi melayu & islamic. pun boleh! Gambar-gambar lain boleh rajinkan diri korang search  #aidanifber1





 Celebrate Raya Together as Husband & Wife *senyum kemewet 




Part yang paling seronok bila dah kahwin bagi aida bila sambut hari raya. Kenapa? sebab raya tu akan rasa lebih, lebih dan lebih bermakna. nak pergi jalan ada teman, nak pergi ziarah pun ada yang temankan. Lagi satu bila dah kahwin, keluarga suami pun jadi keluarga sendiri kan? jadi masa ini lah kita guna untuk berkenalan dengan keluarga suami. 




So nasihat kita, kalau nak pilih tarikh kahwin nanti pilihlah yang dekat-dekat dengan hari perayaan. Nabi Muhammad kita sendiri pun kahwin musim perayaan kan. Lagi untung sebab pergi raya mana-mana orang akan bagi duit raya sebab jumpa dengan pengantin baru. Mana tak untungnya dah besar & dah kerja pun masih dapat kumpul duit raya.




Our Home

Honesly, sebelum kahwin kiteorang dedua orang memang tak cukup masa nak fikir semuia benda, sebab Anif selalunya akan outstation dan aida pulak kerja 3 shift, jadi secara tak langsung sebenarnya membataskan masa kiteorang untuk prepare macam apa yang kiteorang plan. Disebabkan itu,  kiteorang lebih fokuskan pada apa yang perlu dulu, benda-benda lepas kahwin tu kiteorang just letak dalam kepala dan tanam saja dalam otak. hahaha tapi dalam hati tetap risau lebih- lebih lagi bila orang tanya nanti balik KL duduk mana? pffffffff.....

Now dah sebulan kiteorang bersama tapi tinggal rumah bujang masing-masing. Actually aida pun tak sangka lepas kahwin kiteorang akan lalui semua ni. Tapi bila masing-masing free memang kiteorang akan try spend time together, biarpun sekadar lunch *siapa tak rindu yang halal kan? *_*

Dalam masa sebulan tu kiteorang usaha cari rumah yang sesuai dan mudah untuk aida ulang alik pergi kerja. Alhamdullilah rumah yang dicari-cari dah jumpa. Now, tengah kemas-kemas barang masuk kotak, tengah fikir macam mana nak angkut barang yang super banyak ni. Tapi yang paling bestnya sebab tak sabarnya lah lahai nak deko rumah sendiri, nak tunjuk skill masak dekat suami dan nak hidup sebagai suami isteri. Tak sabar..tak sabar...tak sabar!


image source : google image

So to my dear Husband, aida ada special request ni. * buat muka comel.
nanti nak cari perabot untuk bilik, nak all white set plzzzzzz!

Continue Reading No comments

Egyptian Magic cream is a "must-have" beauty and skin care product from Natta Cosme



Terima Kasih Natta Cosme kerana memperkenalkan saya kepada Magic Cream serbaguna iaitu Egyption Magic Cream. Produk yang telah berjaya mencipta jenamanya sendiri dan sudah cukup dikenali sebenarnya disebabkan keajaiban yang nyata, sehinggakan selebriti, atlet dan doktor turut menggunakan produk ini sebagai salah satu cream untuk kegunaan seharian.






Jadi tidak hairan lah jika produk ini sering menjadi produk yang disyorkan oleh selebriti terkenal seperti Kate Hudsons, Emily Blunt, TV Fashion Host Rachel Zoe, Madonna dan ramai lagi. Selain itu juga, produk ini juga selalu juga menjadi produk yang selalu diketengah oleh banyak majalah-majalah antarabangsa seperti InStyle, People StyleWatch, Harper's Bazaar, Vogue dan banyak lagi majalah-majalah terkenal yang lain kerana keberkesanan dan keajaiban yang telah ditonjolkan.





Petikan dari Egyption Magic Website

" Egyptian Magic is an all-natural skin cream made from six of nature's most powerful moisturizing and healing ingredients. For more than 20 years we have been blending these ingredients using our unique, proprietary process based on a formula that was created thousands of years ago in the land of the Pharaohs. The result is a luxurious cream with moisturizing and nourishing properties that are legendary among celebrities, the fashion industry, even doctors and hospitals. With that support, Egyptian Magic has grown exclusively through word-of-mouth to be one of the most popular and widely endorsed skin creams in the world. 

Please look at our site to learn more about the product and to discover how others use Egyptian Magic on a phenomenal array of skin issues. From babies' bottoms to the faces of the top supermodels in the world, Egyptian Magic legitimately bears the words "All-Purpose." We are sure you will be delighted with the results and stand behind the product with a 100% guarantee."





Jelas diperkatakan dalam petikan di atas bahawa Egyption Magic yang diformulasikan dari semua bahan yang terdiri daripada sumber natural dan organik, antaranya ialah Honey, Beeswax, Olive Oil, Royal Jelly, Bee Pollen and Bee Propolis yang sememangnya terkenal sebagai bahan yang mampu memghasilkan keleMbapan yang luar biasa, hebat dan juga mampu membantu prosese penyembuhan. Rumusan yang hebat telah menghasilkan Cream Magic yang mempunyai kelebihan berbeza dari cream-cream biasa di pasaran. 




Egyption Magic Cream  mampu untuk menyembuhkan luka atau kesan parut kebakaran, merawat eczema, merawat parut jerawat, merawat dark circle bawah mata, merawat kulit bermasah seperti kering atau berparaut dan macam-macam lagi.Pendek cerita Egyption Magic Cream ini sesuai digunalkan pada seluruh badan dari hujing rambut hingga hujung kaki. Teksturnya sama yang sama seperti Vaseline, memudahkan ianya diserap ke kulit dengan cepat.





Egyptian Magic cream ini boleh bertahan sehingga 36 bulan / 3 tahun dan tarikh luput boleh dilihat pada bahagian bawah botol.









Pengalama Sendiri : Saya bagi 5 bintang untuk Egyptian Magic cream
So far aida cuma sapu pada bibir. Bibir aida memag selalu kering dan mudah dapat allergic sebab selalu tukar-tukar lipstics T_T. Alhamdullilah lepas gunakan berterusan selama seminggu, bibir sekarang dah susah merekah. Sepanjang seminggu tu aida akan sapu Egyptian Magic cream sebelum aida sapu lipstics kira macam gantikan lip bamb dan kalau malam pulak, sebelum malam memang aida akan sapukan siap-siap sebelum tidur. Jadi rasanya tidak salah kalau saya nak syorkan semua orang terutamanya wanita untuk mencuba sendiri produk Egyptian Magic cream dan kalau boleh jadikan Egyptian Magic cream sebagai kegunaan seharian. Dari segi harga, Egyptian Magic cream mungkin agak mahal berbanding cream yang ada di pasaran tapi jika dibandingkan dengan kualiti? mungkin tak perlu persoalkan harga lagi. Selamat mencuba!



For More Information :

Continue Reading 1 comment

The Many Benefits of using Tokyo Love Soap Pure Girls

Pernah tak masa korang tengok cermin, terperasan yang tangan dengan muka korang sangat berbeza warna. Muka cukup cerah tapi tangan gelap. Kalau nak gelak sakan sambil tutup mulut pun dah rasa segan sesangat kan. Lagi satu bila nak salam dengan kawan-kawan, bila kita hulur tangan dan kawan pun hulur tangan sama, tetiba dalam hati sempat cakap *apsal tangan dia lagi cerah, lagu halus mulus pulak tu!!


Sama lah jugak bila nak pilih kasut, Bila pilih warna-warna yang pastel atau yang cerah jer macam light pink ke, mesti rasa macam malu je nak try kan. sebab kaki gelap. Tu belom cerita pasal warna lutut, siku, atau ketiak yang memang dah terkenal sebagai kawasan yang memang susah untuk cerah sekelip mata.


Jadi untuk tingkatkan keyakinan korang semua, aida nak perkenalkan satu produk dari NATTA COSME, online business company yang bagi aida cuba sendiri dan menilai sendiri kebaikan dan kelebihan yang ada pada Tokyo Love Soap yang sememangnya sudah cukup dikenali  kerana keberkesananya yang memang terbukti berkesanannya dalam waktu seawal 3 minit. Ajaib bukan??




Untuk pengetahuan korang, walaupun Tokyo Love Soap baru sahaja memasuki pasaran Malaysia tapi produk yang sememangnya diasaskan dari Jepun ini telah menjadi kegilaan dan digemari ramai pengguna disana dan telah beberapa kali berjaya dinobatkan sebagai produk "BEST PRODUCT", hebat kan?




Jenis-jenis Tokyo Love Soap yang terdapat di pasaran.





Antara kelebihan yang ada pada setaiap produk Tokyo Love Soap



Untuk entry kali ini aida cuma akan cuba fokus pada satu produk iaitu  Tokyo Love Soap Pure Girls. Sabun yang lebih fokus pada wanita kerana diformulasikan dengan satu rumusan yang amat sinonim bagi wanita yang dikenali dengan Pink Rose Petal Extract dan Miroestrol. Gabungan dari kedua-dua bahan penting ini memberikan kelebihan dengan mengeluarkan bau memikat yang wangi dan dapat memikat kaum adam *untuk yang dah kahwin saja tau. selain juga dapat memberikan kesan lembut dan memutihkan pada bahagian intim.



Packaging yang simple tapi dijamin kualitinya dengan dibalut dengan plastik kedap udara untuk menjamin kualitinya dan kemudiannya disediakan bersama kotak yang mudah dibuka dan mengandungi keterangan mengenai produk.





Saiz Tokyo Love Soap yang sebesar tapak tangan dan berbentuk bulat memudahkan iaiya digemgam semasa digunakan dan beratnya cuma 80g setiap satu.



Cara Penggunaan Tokyo Love Soap



Picture from tokyoloveshop.com

Tokyo Love Soap Pure Girls ini boleh menjadi pengganti body shower atau sabun mandi yang biasa kita gunakan tapi kelebihannya juga selamat digunakan sebagai pencuci pada bahagian intim wanita. Gunakan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat. Good luck!


Pengalaman Sendiri

Aida baru gunakan Tokyo Love Soap Pure Girls ini dalam 3 kali. Apa yang paling jelas aida boleh rasa setiap kali selepas gunakan soap ni, kulit memang terasa lembut dan berbau wangi. Wangi tu paling aida suka, sebab bau rose yang sangat lembut yang buat aida rasa nak cium-cium tangan sendiri T_T. Dari segi kecerahan kulit, setakat ni belom nampak perubahan lagi. Mungkin selepas seminggu atau lebih boleh nampak hasil. Wish me luck yee!!






Untuk keterangan lanjut mengenai Tokyo Love Soap Pure Girls. Boleh klik sini
 Dan kepada yang berminat untuk mencuba Tokyo Love Soap Pure Girl boleh dapatkan dari  
Natta Cosme dengan potongan harga sehingga 40%

Tokyo Love Soap *80g
Harga Pasaran : RM 148/Bar
Harga promosi : RM85/Bar


Website
Facebook
Instagram

Continue Reading No comments

Clinicell Oral Skincare - Memutihkan kulit & Anti Penuaan


Nampak cantik, badan sihat dan kulit nampak cerah, lembab, sekata dan berseri-seri, itu semua impian untuk semua orang kan. Lebih-lebih lagi bila dalam bulan puasa ni cabaran lagi besar untuk kekalkan kecantikan semulajadi sebab berpuasa sedikit sebanyak menyebabkan kulit kita kering dan kadang-kadang kulit nampak kusam sebab kurang pengambilan makanan berkhasiat.

Bila nak raya ni, Semua mesti nak semua serba sempurna dan cantik. Kalau masalah jerawat satu kat pipi pun dah boleh bagi rasa streeeessss berhari-hari. Itu belum cerita pasal eyebag berkilo-kilo bawah mata tu. T_T

Kepada yang tercari-cari supliment terbaik yang boleh selesaikan semua masalah kecantikan dan berasakan sumber nutrisi semulajadi, Ini aida perkenalkan satu jenama baru tapi memang terbukti keberkesananya, CLINICELL. Produk berfomulasi termaju ini telah disediakan oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Clinicell Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM) .




Produk ini diperhebatkan dengan adanya kandungan bahan aktif anti penuaan dan pemutih kulit terhebat di dunia, iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Antara keistimewaannya berdasarkan kajian adalah:_

 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹ 
800 kali lebih kuat dari CoQ10¹ 
 550 kali lebih kuat dari Vitamin E² 
75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹ 
40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³


Mengembalikan Keanjalan & Memutihkan Kulit Anda

Terdiri daripada 100% bahan semulajadi untuk memastikan kesihan dan kecantikan anda mencapai kepuasan maksimum yang dapat diperhatikan keberkesannya seawal 2 minggu. CLINICELL Oral Skincare AntiAging & Whitening Essence tidak hanya menumpukan kepada pemutihan kulit sahaja, ia juga adalah anti oksidan dan anti penuaan yang membuatkan kita sihat dan “stress free”

Ia juga di syorkan oleh dermatologi dan doktor yang terkenal. Proses pemutihan dan anti penuaan ini ialah untuk seluruh badan dari “kepala hingga ke kaki”. Semua dalam 1 sachet dan mengandungi pelbagai khasiat. Untungkan? Tak perlu nak makan banyak produk untuk masalah yang berlainan. Cuma satu sachest untuk satu badan. Antara khasiat dari produk ini adalah :






Jadual Penggunaan

Suppliment berperisa oren ini disyorkan di ambil 1 paket 30 minit sebelum waktu tidur atau sebelum sarapan *kalau bulan puasa ni boleh ambik sebelum sahur. Boleh dibancuh dengan air suam, air sejuk atau juga boleh diminum bersama jus buah. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.





CLINICELL Disahkan Halal oleh Jakim dan pengilangan yang berstatus GMP *Good Manufacturing Practice. Oleh kerana itu keberkesanannaya adalah dijamain, selamat dan tiada kesan sampingan. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan produk yang di import namun kualiti yang setara.Umur yang disyorkan untuk penggambilan Clinicel Oral skincare ialah 15-60 tahun. Sesuai untuk wanita mahupun lelaki.






Berita Baik untuk pembaca Blog

Saya tahu, kalau saya buat review saja mesti korang tertanya-tanya, betul ke? boleh percaya ke? memang betul-betul berkesan ke? kan kan kan???  Jadi oleh itu saya akan ada special announcement ni..ehem ehem!!!

Saya akan berikan produck CLINICELL ini secara percuma untuk pembaca blog. Cuma tinggalkan email address, Fb address, contact number atau apa saja cara untuk saya menghubungi korang. 10 yang terawal saya akan berikan secara percuma. Jadi cepat! cepat! cepat! jom sama-sama cantik, menarik, da bomb hari raya nanti. Dan jangan lupa like link di bawak  *_^ Good luck!!




Untuk mendapatkan harga promosi untuk setiap produk boleh Follow :






Untuk Maklumat Lanjut :
Address :
CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN BHD
No. 44 Bj 3, Taman Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Contact Number :
+603 4161 8199

Continue Reading 13 comments

Alami Pencerahan SEMPURNA Seawal 3 Hari



Kalau nak diikutkan aida memang susah untuk buat entry penjagaan kulit, kecuali bila aida dah mendengar, dah cuba atau pun sebab entry tu disponser mane-mane pihak. Tapi kali ni, aida betul-betul nak berkongsi apa yang aida dah pakai, dah amalkan dan betul-betul berkesan untuk kulit aida. Benda yang elok mana boleh tak share kan?

Pasal iklan dekat atas pulak, korang semua mesti dah pernah tengok dekat TV kan? mesti punya, kan, kan kan? so nak dijadikan cerita macam mana boleh try produk ni sebab sebelum ni aida dengan blogger Innanie & blogger Wiida ada event dekat hotel. Wiida ad try cleanser innanie then lepas tu wiida cakap dia nak try cleanser ni sebab best. Then kali kedua kiteorang keluar sesama dan tersinggah pulak dekat watson, then apa lagi kiteorang ni memang boleh lupa dunia la kalau dah sampai ke situ. Yup! wiida memang beli cleanser yang dia  nak beli sangat tu.



Gambar dari blog innanie. Shopping dekat watson lepas habis event dekat Glenmarie Shah Alam *_^
Sorang tengok phone *tengah double check dengan pak google kot, sorang dah rambag mata, sorang sampai mencangkung dan yang sorang lagi duk candid gambar kiteorang, siapa lagi kalau bukan cik Iannanie.


 Pada siapa yang follow aida dekat IG sure dah tahu yang masa awal puasa haritu aida ada balik kampung dan puasa hari ke tiga dah balik sini. Hari tu memang macam-macam benda jadi, hampir tertinggal bus, terlajak naik tren sebab dah lama tak naik, sampai hostel pulak lagi 15 minit sebelum berbuka. T_T sedih. Tapi sedih tak habis lagi bila masuk je toilet tengok semua barang-barang dalam bathroom saya dah kena kebas!!!! yup hilang semua sampai kosong toilet tu....warhhhhhh lagi nak nangis guling-guling T_T

Jadi saya redha saja lah dan keluarkan duit untuk beli semua kelengkapan baru. YUP! semua baru.  Laju jer duit keluar T_T Then masa nak beli cleanser dekat watson. Tengah ralit duduk membelek satu-satu barang, datanglah sorang untie ni cakap "u mau cari apa? cleanser ke toner? its ok untie i tengok-tengok dulu *sambil senyum meleret. Then dia start la cerita pasal Safi  Balqis White Trilogy. Bila dia cerita pasal  Pembersih & Penyegar 2 in 1, terus aida ambik dan pergi bayar. haha! terlupa dah sebenarnya nak cari safi yang aida pakai sebelum ni

 


Salah satu sebab aida memilih Safi Balqis kerana rangkaian produk safi mengamalkan piawaian halal yang ketat dan tidak mengandungi alkohol ataupun bahan berasaskan haiwan, jadi senang cerita safi memang seiring dengan kehendak syarak dan disahkan halal oleh JAKIM. Dengan tagline yang dibawa "selamat & suci" dari safi dan "cerah sempurna" untuk Safi Balqis, Dua-dua menggambarkan yang produk Safi selamat digunakan dan dihasilkan khussus untuk pengguna muslim moden. Rangkaian Safi Balqis White Trilogy terdiri daripada 5 konsep asas iaitu: Pembersih, Penyegar, Memelihara, Melembab dan Menyeri. Klik sini untuk maklumat lengkap

 

Set Lengkap untuk Kulit normal



 Set lengkap untuk yang mengalami masalah kulit berjerawat dan berminyak





Sistem White Trilogi bertindak dengan mencerah sengan sempurna bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah, dan hasilnya telah diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit dengan bantuan 3 bahan utama yang terdapat didalamnya iaitu :

Arbutin yang bertindak dengan meransang sel-sel kulit, memulih agar tidak kusam dan kelitan lebih bermaya dan seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite iaitu partikel nano yang bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin yang menjadi punca terhasilnya tompok hitam.

Ekstrak Kiwi iaitu antara bahan antioksida dan penggelupasan kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baru. Kandungan semula jadi pada kiwi yang kaya dengan vitamin C *2 kali lebih tinggi daripada lemon membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.



 

Bagaimana Safi White Trilogy Bertindak?

3 minit pertama Ianya akan bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi.

3 Hari Pertama Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan kulit

3 Minggu pertama Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit.


Nasihat aida, kalau ada yang terbuka hati untuk cuba Safi White Trilogy mungkin boleh cuba dengan menggunakan pembersih dahulu, dan guna 2 atau 3 kali seminggu berselang dengan pencuci muka sekarang. Kalau kulit muka korang  tak ada apa-apa masalah boleh lah teruskan dengan penggunaan produk yang lain dari Safi White Trilogy.




Sambil Cantik Sambil Menang Hadiah Duit Raya??




Berita baik untuk pengguna Safi, Korang mesti suka main teka teki kan kan kan? apa kata kalau korang main teka teki dengan Safi pulak *ahaksss.Yang paling penting boleh menang duit raya dari Safi. Nak join Teka Teki boleh Klik sini. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Julai dan 10 pemenang akan dipilih untuk setiap minggu bermula minggu pertama puasa. Amacam? ada berani??






Tadaaaa!!! Bakul baru dan semua baru. Tolong jangan dicuri lagi. T_T





Untuk maklumat lanjut boleh ke :
Instagram : safimalaysia

Continue Reading 1 comment

XES premium signature boutique grand opening & summer 2014 collection preview

Hello everyone ^-^

Salam and ramadan mubarak to all my readers. Hope you are all having a blessed ramadan with your loved ones, InsyAllah. So back to the topic, I was invited for XES premium signature boutique grand opening & summer collection 2014 preview last week.



*Registration Counter.
With beauty Blogger Wiida Ribbon, tahap comel memang macam sebijik macam Nora Danish ^_^




Their new Boutique was located in Glenmarie Shah Alam.












Bersempena dengan Pembukaan Boutique XES Premium terbaru di Glammarie Shah Alam. majlis preview summer collection 2014 turut diadakan serentak. Bagi penggemar kasut atau shopaholic  boleh mengambil peluang yang ada untuk berkunjung ke butik terbaru XES.




Ribbon cutting ceremony by Ms.Ivy Yee *operation manager, Mr. Vincent Tan *Assistant director and Mr. Joanne Koh *Merchandising Manager .Officially launched the grand opening for the boutique.

XES Premium Boutique di Glanmarie ini menawarkan pelbagai koleksi kasut untuk pelbagai peringkat usia dan jantina. Selain dari itu, di sini juga turut disediakan pelbagai reka bentuk bag untuk dipadankan dengan kasut yang dipilih yang sudah pasti akan menarik minat semua.




Dengan berkelebihan dalam rekaan produk yang menarik, kretif dan unik sudah semestinya akan menarik minat penggunjung yang dapat. Harga yang yang ditawarkan juga sangat sangat sangatttttttt dijamin berpatutan. Kalau tak percaya boleh singgah mana-mana cawangan boutique XES yang ada.


 Full Address XES Premium Signature Boutique :

 No 13, Jalan Juruaudit U1/37
Hicom-Glenmarie Industrial Estate




Summer 2014 Collection Preview



Men shoes Collection




Woman Shoes Collection



Handbag Collection




























OMG! OMG! OMG suka semua dengan Handbag summer collection dari XES Shoes kali ni. Bagi aida, koleksi summer pada tahun ni memang akan memenuhi citarasa semua wanita kerana apa yang aida perhatikan dari segi kualiti, harga dan warna yang ditampilkan memang sangat-sangat menarik dan mengikut perkembangan masa dan yang paling penting boleh digayakan semua samada remaja mahupun dewasa.




Terima kasih dan tahniah untuk pembukaan cawangan terbaru XES Premium. THUMB UP!! 
Thank for the invitation Mr. Sabrina Quigley Chin.




Bersempena dengan perayaan aidilfitri yang bakal menjelnag nanti, pihak XES Shoes Boutique menawarkan koleksi bag dan kasut dengan harga istimewa untuk semua pelanggan. Jadi cepat-cepat buat pilihan dan bayar dengan bayaran yang berpatutan ^_^



For more info :

XES Shoes
Twitter @MyXesshoes

also available online purchase

Continue Reading No comments