Thursday, February 20, 2014

Sejoli Malam Gala *malay film preview



Assalamualaikum WBT 

Entry kali ni dalam bahasa melayu! jangan terkejut pulak. Kenapa tiba-tiba je kan? Sebab malam tadi tertengok iklan lakonan Datuk Rahim Razali di tv1 RTM. Jadi rasa macam terpanggil pulak untuk buat penulisan dalam bahasa melayu. Kebetulan pulak entry kali ni mamang nak review filem melayu kita. 

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih menggunung untuk Grand Briliance dan Innershine kerana sudi menjemput saya dan pasangan ke malam gala sejoli dan tayangan review untuk salah satu lagi karya filem Osman Ali yang dijadikan sebagai pembuka tirai bagi tahun 2014.





Tarikh : 14 Feb 2014
Masa : 7 malam - 10.30 malam
Lokasi Majlis Tayangan : Cathay Cinaplex e@Curve, Cineleisure Damansara





























Menceritakan konflik cinta antara Gina (Maya Karin) aka katak rempit yang perwatakan kelam kabut, Nita (Izara Aisyah) yang memilih lelaki kaya sebagai pasangan, Hardy (Remy Ishak) yang curang dan Joe (Bront Palarae) aka kura-kura yang kelakar.

Filem : Sejoli, Misi cantas cinta
Tayangan : 20 February 2014
Genre : komedi/romantik
Format : 2D
Running Time : 1 hour 27 minutes
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Grand Briliance dengan kerjasama NFSB



Satu lagi filem terbaik dari pengarah terkenal tanah air,  Sejoli, misi cantas cinta. Dengar macam romantik tapi kelakar. Yang paling penting saya memang nak puji lakonan maya karin dan Bront memang meninggalkna kesan pada saya. Dari gelak boleh sampai menangis. Memamg nakal tapi comel. Lakonan Remy yang tak pernah mngecewakan penonton dan Izara yang cantik sesangat berjaya buat-buat gedik sampai rasa menyampah memang layak dipuji.


Bab kedua yang saya nak puji yang memang terbaik sebab adanya Azad Jasmin dan Bront paralae yang memang dikenali kerana suka melawak dan dalam filem ni pun membawa watak masing-masing dengan jayanya memang kelakar dan mampu buat semua penonton gelak dari awal cerita sampai akhir.


Siti Nur memang suka filem ni, jadi siti nur bagi "5 BINTANG" dan "thumb up". Jadi apa lagi jom tonton dan support filem melayu kita. Kalau bukan kita siapa lagi? tak kan Tuah Pulak.........











Outfit of The day
Top from Thepoplook
Princess Skirt from Prinsesa_bynurulain
Handbag from Sacha London


1 comment: