Saturday, July 5, 2014

Alami Pencerahan SEMPURNA Seawal 3 Hari



Kalau nak diikutkan aida memang susah untuk buat entry penjagaan kulit, kecuali bila aida dah mendengar, dah cuba atau pun sebab entry tu disponser mane-mane pihak. Tapi kali ni, aida betul-betul nak berkongsi apa yang aida dah pakai, dah amalkan dan betul-betul berkesan untuk kulit aida. Benda yang elok mana boleh tak share kan?

Pasal iklan dekat atas pulak, korang semua mesti dah pernah tengok dekat TV kan? mesti punya, kan, kan kan? so nak dijadikan cerita macam mana boleh try produk ni sebab sebelum ni aida dengan blogger Innanie & blogger Wiida ada event dekat hotel. Wiida ad try cleanser innanie then lepas tu wiida cakap dia nak try cleanser ni sebab best. Then kali kedua kiteorang keluar sesama dan tersinggah pulak dekat watson, then apa lagi kiteorang ni memang boleh lupa dunia la kalau dah sampai ke situ. Yup! wiida memang beli cleanser yang dia  nak beli sangat tu.



Gambar dari blog innanie. Shopping dekat watson lepas habis event dekat Glenmarie Shah Alam *_^
Sorang tengok phone *tengah double check dengan pak google kot, sorang dah rambag mata, sorang sampai mencangkung dan yang sorang lagi duk candid gambar kiteorang, siapa lagi kalau bukan cik Iannanie.


 Pada siapa yang follow aida dekat IG sure dah tahu yang masa awal puasa haritu aida ada balik kampung dan puasa hari ke tiga dah balik sini. Hari tu memang macam-macam benda jadi, hampir tertinggal bus, terlajak naik tren sebab dah lama tak naik, sampai hostel pulak lagi 15 minit sebelum berbuka. T_T sedih. Tapi sedih tak habis lagi bila masuk je toilet tengok semua barang-barang dalam bathroom saya dah kena kebas!!!! yup hilang semua sampai kosong toilet tu....warhhhhhh lagi nak nangis guling-guling T_T

Jadi saya redha saja lah dan keluarkan duit untuk beli semua kelengkapan baru. YUP! semua baru.  Laju jer duit keluar T_T Then masa nak beli cleanser dekat watson. Tengah ralit duduk membelek satu-satu barang, datanglah sorang untie ni cakap "u mau cari apa? cleanser ke toner? its ok untie i tengok-tengok dulu *sambil senyum meleret. Then dia start la cerita pasal Safi  Balqis White Trilogy. Bila dia cerita pasal  Pembersih & Penyegar 2 in 1, terus aida ambik dan pergi bayar. haha! terlupa dah sebenarnya nak cari safi yang aida pakai sebelum ni

 


Salah satu sebab aida memilih Safi Balqis kerana rangkaian produk safi mengamalkan piawaian halal yang ketat dan tidak mengandungi alkohol ataupun bahan berasaskan haiwan, jadi senang cerita safi memang seiring dengan kehendak syarak dan disahkan halal oleh JAKIM. Dengan tagline yang dibawa "selamat & suci" dari safi dan "cerah sempurna" untuk Safi Balqis, Dua-dua menggambarkan yang produk Safi selamat digunakan dan dihasilkan khussus untuk pengguna muslim moden. Rangkaian Safi Balqis White Trilogy terdiri daripada 5 konsep asas iaitu: Pembersih, Penyegar, Memelihara, Melembab dan Menyeri. Klik sini untuk maklumat lengkap

 

Set Lengkap untuk Kulit normal



 Set lengkap untuk yang mengalami masalah kulit berjerawat dan berminyak





Sistem White Trilogi bertindak dengan mencerah sengan sempurna bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah, dan hasilnya telah diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit dengan bantuan 3 bahan utama yang terdapat didalamnya iaitu :

Arbutin yang bertindak dengan meransang sel-sel kulit, memulih agar tidak kusam dan kelitan lebih bermaya dan seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite iaitu partikel nano yang bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin yang menjadi punca terhasilnya tompok hitam.

Ekstrak Kiwi iaitu antara bahan antioksida dan penggelupasan kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baru. Kandungan semula jadi pada kiwi yang kaya dengan vitamin C *2 kali lebih tinggi daripada lemon membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.



 

Bagaimana Safi White Trilogy Bertindak?

3 minit pertama Ianya akan bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi.

3 Hari Pertama Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan kulit

3 Minggu pertama Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit.


Nasihat aida, kalau ada yang terbuka hati untuk cuba Safi White Trilogy mungkin boleh cuba dengan menggunakan pembersih dahulu, dan guna 2 atau 3 kali seminggu berselang dengan pencuci muka sekarang. Kalau kulit muka korang  tak ada apa-apa masalah boleh lah teruskan dengan penggunaan produk yang lain dari Safi White Trilogy.




Sambil Cantik Sambil Menang Hadiah Duit Raya??




Berita baik untuk pengguna Safi, Korang mesti suka main teka teki kan kan kan? apa kata kalau korang main teka teki dengan Safi pulak *ahaksss.Yang paling penting boleh menang duit raya dari Safi. Nak join Teka Teki boleh Klik sini. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Julai dan 10 pemenang akan dipilih untuk setiap minggu bermula minggu pertama puasa. Amacam? ada berani??






Tadaaaa!!! Bakul baru dan semua baru. Tolong jangan dicuri lagi. T_T





Untuk maklumat lanjut boleh ke :
Instagram : safimalaysia

1 comment:

  1. sekali tengok macam keknis pakai hijab gtu! :) awww awww

    ReplyDelete