Quick Update!

Assalamualaikum semua!

Lama betul rasanya aida sepikan diri. Dari sehari ke sehari niat nak update blog. Rindu sesangat nak join pergi event, jumpa kawan blogger, nak update blog sampai kalut sebab nak kejar dateline.   Kalau nak diikutkan memang banyak benda nak update, tapi macam biasalah banyak masa terguna untuk benda-benda lain. Sampai terabai, bersarang semut dah blog kita. Banyak benda aida nak share dengan korang tapiiiiiiiiii.... takot pulak yang membacanya nanti muntah hijau pulak. kalau aida start cerita from A to Z nanti.



How Time Flies!

Kita nak bagitahu ni....nak bagitahu ni....tapi mungkin ada yang dah boleh agak kot..kan kan kan????
yup! kita dah jadi isteri kepada +Anif Harun *senyum kemewek.
Jadi bermula tahun ini, tarikh 27/9/2014 akan dikenang-kenang dan insyAllah akan menjadi tarikh special untuk kiteorang untuk tahun-tahun akan datang dan kalau dipanjangkan umur nanti nak mintak cucu cicit baca sendiri entry ni. Baru diorang tahu neneak dengan atuk diorang romantik macam mana.


 
Inilah dia suami kita! Sama umur, sama sekolah, sama nakal. taheeee *_*


 

Inilah dia penolong ketua pengawas kepada suami kita dulu. 




Team #RaikanCintaAidAnif yang terdiri dari keluarga terdekat. Memang wajah-wajah inilah yang banyak membantu dari sebelum majlis, semasa dan selepas majlis jugak. Terima Kasih daun keladi semua yee!! sayang korang semua.




 Ini hadiah kahwin saya kahwin paling berharga dari kawan-kawan blogger saya. Sanggup datang dari KL semata-mata untk temankan saya sepanjang majlis *touching :{
Terima kasih semua, innanie the famous blogger, Wiida The owner of Makeup Crime, dan Yiying budak comel dan Bride to be jugak ni. Terima kasih yang tak terhingga untuk korang dan Sorry tak dapat nak temankan korang jalan-jalan terengganu tapi nasib baiklah korang ni jenis pandai bawak diri kan. Sayang korang lebih! yang paling penting jangan serik datang Terengganu lagi tau!




 Special thank untuk Wiida sebab banyak tolong kita sepanjang hari bersejarah kita. Dari tolong taouch up ke tolong payung, sampai ke tolong pegang tangan, tolong lap air mata, tolong angkat kain frozen kita. Then terjadi pengapit kita secara tak sengaja. Terima kasih Wiida sayang! *BIG hug



Frozen tema emerald green versi melayu & islamic. pun boleh! Gambar-gambar lain boleh rajinkan diri korang search  #aidanifber1





 Celebrate Raya Together as Husband & Wife *senyum kemewet 




Part yang paling seronok bila dah kahwin bagi aida bila sambut hari raya. Kenapa? sebab raya tu akan rasa lebih, lebih dan lebih bermakna. nak pergi jalan ada teman, nak pergi ziarah pun ada yang temankan. Lagi satu bila dah kahwin, keluarga suami pun jadi keluarga sendiri kan? jadi masa ini lah kita guna untuk berkenalan dengan keluarga suami. 




So nasihat kita, kalau nak pilih tarikh kahwin nanti pilihlah yang dekat-dekat dengan hari perayaan. Nabi Muhammad kita sendiri pun kahwin musim perayaan kan. Lagi untung sebab pergi raya mana-mana orang akan bagi duit raya sebab jumpa dengan pengantin baru. Mana tak untungnya dah besar & dah kerja pun masih dapat kumpul duit raya.




Our Home

Honesly, sebelum kahwin kiteorang dedua orang memang tak cukup masa nak fikir semuia benda, sebab Anif selalunya akan outstation dan aida pulak kerja 3 shift, jadi secara tak langsung sebenarnya membataskan masa kiteorang untuk prepare macam apa yang kiteorang plan. Disebabkan itu,  kiteorang lebih fokuskan pada apa yang perlu dulu, benda-benda lepas kahwin tu kiteorang just letak dalam kepala dan tanam saja dalam otak. hahaha tapi dalam hati tetap risau lebih- lebih lagi bila orang tanya nanti balik KL duduk mana? pffffffff.....

Now dah sebulan kiteorang bersama tapi tinggal rumah bujang masing-masing. Actually aida pun tak sangka lepas kahwin kiteorang akan lalui semua ni. Tapi bila masing-masing free memang kiteorang akan try spend time together, biarpun sekadar lunch *siapa tak rindu yang halal kan? *_*

Dalam masa sebulan tu kiteorang usaha cari rumah yang sesuai dan mudah untuk aida ulang alik pergi kerja. Alhamdullilah rumah yang dicari-cari dah jumpa. Now, tengah kemas-kemas barang masuk kotak, tengah fikir macam mana nak angkut barang yang super banyak ni. Tapi yang paling bestnya sebab tak sabarnya lah lahai nak deko rumah sendiri, nak tunjuk skill masak dekat suami dan nak hidup sebagai suami isteri. Tak sabar..tak sabar...tak sabar!


image source : google image

So to my dear Husband, aida ada special request ni. * buat muka comel.
nanti nak cari perabot untuk bilik, nak all white set plzzzzzz!

Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment