Graduated pantang


Assalamualaikum wbt and hye semua :)
Lama sangat tak update blog sebab banyak aktif dekat FB dan IG je. Sibuk dengan kehidupan baru lagi, beraya, lepas tu sambung berpantang pulak. Dari sehari ke sehari teringin nak update dan share pengalaman sepanjang bergelar ibu ni tapi tak menyempat. Kebetulan harini anak tengah tidur, sambil-sambil tunggu untuk sidai kain ni curi-curi masa kejap update kang lagi lama simpan lagi lupa moment penting yang nak share.



Alhamdullilah....after 40weeks and 2 day she is finally ready to see the world. Introducing our little girl. Safely delivered on 10th july , 0033am. She's 3.3KG and  49cm long. So guys, who do you think my baby looks more like? me or anif? answer WISELY please....#shetotallylookslikeme #denialstage




Actually, I posted up a picture of Yasmeen on Facebook and casually asked "muka ibu ke muka ayah ni?" nak tahu apa jawapan diorang yang comment korang pergi cari sendiri, malas nak cerita :(


Alhamdullilah hari ni Aqeela Yasmeen dah masuk hari ke 72 hari. Sekejap je dah besar anak ibu. Tup..tup nanti dapat adik pulak..opsss!!! itu kenyataan. dusta.  Seronok rupanya ada anak ni biarpun kadang-kadang kena buli dengan anak sendiri. Dia nak merap satu hari, ajak sembang, ajak main 2,3 pagi tu perkara biasa. Sampai ibu dia ni sikit lagi je nak jadi zombi. saboooooor je lah. Dugaannnn...


Sepanjang waktu berpantang Aida berpantang dekat kampung. Kira macam PJJ lah dengan suami. Baru tahu seksanya berjauhan dengan suami. Hari-hari menghitung hari bila nak habis pantang dan bila suami nak balik tengok kiteorang dekat kampung. Sob sob sob... Nasib baik ada mak dengan adik-beradik yang sentiasa ada je bila nak mintak tolong pape. terima kasih semua, sayang korang. Muahhh...





Day 30 pantang. Kemain haaa senyum kemewek macam onyang dia dah ni, seronok gamaknya bila dapat jalan-jalan pergi Klinik. Dia tak tahu kejap lagi nak kena cucuk tu.


Rupaanya berpantang tu tak ada teruk sangat kan. Selama ni aida duk bayangkan kalau berpantang memang kena makan ikan bakar dengan nasi panas je. Rupanya bila beranak sulung ni ada special sikit. Nenek sebelah anif pesan beranak sulung ni masa pantang boleh merasa makanan setiap satu. Kalau tak turun darah maksunya benda tu boleh dimakan bila berpantang kali kedua nanti.

Tapi yang paling tak bestnya masa raya haritu lah :'( yasmeen lahir seminggu sebelum raya so means masa raya tu luka pun belum kering lagi. Bila tengok orang datang rumah makan macam-macam, Scroll IG scroll FB tengok orang post pakai baju raya cecantik. Terbakar jugak lah. Tapi iolls kental buat-buat tak nampak. Dalam hati bisik pilu :

"takpe takpe next year aku raya aku nak pakai cecantik, nak berjalan keliling kampung, singgah semua rumah anak beranak, sahabat handai, rakan taulan then next nak post gambar bebanyak dekat FB and IG"

tapi lepas tu baru sedar i'm nurse macam ne nak dapat raya tiap-tiap tahun??? Rayalah kau di hospital dengan kebaya hijau jawapnya. *lap air mata.. sob sob sob Tapi kalau qodar raya untu raya haji nanti ai dok? *mata bersinar

Cukup je 44 hari pantang, esoknya dah balik KL. Suami siap ambil cuti hari jumaat sebab nak balik kampung ambik kiteorang. ohhh ohhh ohhh terharunya. Ingatkan balik bawak COOL BLOG yang iolls mintak tapi tak dia bawak balik rindu 200% untuk isteri dan anak jer. Takpe-takpe ioull redha. Sampai lani duk tunggu lagi bila nak dapat COOL BLOG banana bereben tu...ehem ehem suami bilakah agaknya boleh dapat tu?? *wink

Disebabkan kekangan masa, apply cuti tak dapat-dapat, selalu rasa tak sihat dan penat masa mengandung banyak barang-barang Yasmeen yang kiteorang terlupa ke memang tak terniat langsung nak beli. Hahahaha sampai kena marah-marah manja dengan mak dekat kampung, apa nak buat anak sulung. Ingatkan nak tunggu tahu jantina baru nak pergi beli semua. Tapi bila dah tahu jantina, susah pulak nak dapat pelepasan cuti. Dapat cuti pulak bila dah masuk 39 minggu, masa tu berjalan pun dah tak seimbang macam penguin dengan bulan puasa lagi memang rasa sangat-sangat terainaya masa tu. sob sob :"(

Semua manusia nasib tak sama, Bersyukurlah bila berada di atas dengan segala kuasa dan suara yang besar dan redha je lah bila berada di bawah dengan segala kekurangan. ok peace! *lap air mata
Next nak share pengalaman bersalin pulak. 






Yasmeen day 44 pantang. Come on Yasmeen, wake up! let's go see the world.







Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

1 comment: