Tuesday, September 22, 2015

Housewife and mother

Assalamualaikum WBT.. hye semua

Kerjaya sebagai seorang Jururawat ni memang banyak benda kena berkorban. Kalau dulu masa bujang tak terasa sangat pun bila kena berkerja shif pagi ke petang ke malam ke. Bagi aku sama ja yang penting dapat off sehari setiap minggu dan gaji jalan. Biarpun hakikatnya ada jugak rasa nak marah bila tak dapat cuti macam yang direquest. Lagi  sakit hati bila kita dah lama tak balik kampung tapi dapat  cuti 2 hari je bila nak kampung aku nung jauh dekat Terengganu...Paling cepat boleh sampai pun selepas5 jam perjalanan dengan kereta. Agak-agak lah oiiiiii hoi hoiiii *aku tak marah pun aku bagitahu je :)



Syurga dan amanah pinjaman dari Allah


These past few days perasaan aku jadi lain macam sikit, rasa lagi selesa dan bahagia ecececece tetiba ada background lagu wanita terbahagia BCL *gelak malu-malu. Dengan cuti yang berbaki lepas berpantang tinggal lagi sebulan lepas termasuk CTG sebulan kalau boleh aku nak memanfaatkan sehabis baik untuk family cinonet ni. Merasalah jugak jadi isteri sepenuh masa yang melipat kain sama lebar, potong sayur sama panjang, hias masakan ala-ala chef, iron baju buat side macam pakai kanji dan merasa jugaklah bergurau senda sambil rebut sudip dekat dapur dengan suami. Kalau boleh nak qadar dan cari balik pahala masa tinggal suami 44 hari tuhari. Kesian dia  T_T




Sekarang 24hours melekat dengan anak. Buat kerja mengadap anak. Macam mana ibu nak pergi kerja ni? sob..sob..sob


Itu bab-bab suami. Dah ada anak ni kena fikir anak jugak. Memang dari sebelum lahirkan Yasmeen aku dah nekad dan niat kerana Allah aku nak fully breast feed. So now, slowly cuba kumpul susu. So far Alhamdullilah, rezeki untuk Yasmeen memang ada. Alhamdullilah Allah mendengar doa kami suami isteri. Suami pun keep support dari mula mengandung lagi. Siap belikan pump, dengar aku bebel pasal takdak susu, nampak suami pun lebih prihatin sekarang bila asyik tanya dah ajarkan Yasmeen minum botol ke belum? *jeleslah tu Yasmeen nak melekat dekat ibu je.

Tapi biasalah untuk para ibu baru macam aku mesti akan timbul masalah-masalah kecil. So jalan penyelesaiannya joinlah group breast feed member di FB #bfmembers. So far sangat-sangat motivasikan untuk keep pumping and never give up. Thumbs up! dari kurang tahu sampai jadi pandai.Dari cetek sampai sedalam-dalamnya ilmu diorang share *clap clap clap



Alhamdullilah rezeki anak. Ini hasil untuk sesi pagi. Biasa memang akan dapat 7-8oz.


Dari pumping sehari sekali aku cuba tingkatkan lagi menjadi dua kali sehari secara tak langsung penghasilan susu alhamdullilah makin bertambah mungkin sebab otak aku dah set macam aku dah beranak kembar bila kerap pump. Dan sekarang aku cuba lebihkan pump pada waktu malam sebab aku ada terbaca yang hormon susu akan lebih aktif bila waktu malam sebelum subuh. Orang kata nak buat pape pun kena ikhlas, samalah jugak bila nak susukan anak ni. Hati kena sentiasa ikhlas dan positif.

Next target, aku nak cuba pujuk suami beli deep freezer. Barulah semangat nak mengepam.hihi  Kalau dulu bila shopping online mesti tengok kasut ke baju ke tapi sekarang tengok gadget menyusu lah pulak. Pantang ada promotion laju jer tangan ni tekan order. Adoyai can't tahan lah...
Ada cadangan ke deep freezer macam mana elok untuk simpan susu EBM? Haritu ada tertengok dan terberkenan dengan satu design chest freezer tu. Harga dan review dari customers semua macam best jer. Tunggu punya tunggu nak order tak nak order lastly hari yang nak order dah sold out. :(
takdok rezeki kuang kuang kuang....




Cakap yang elok-elok, fikir pun yang elok-elok jer ok. Doakan yang terbaik untuk our little family. Peace!





3 comments:

  1. Alhamdulillah, banyak susu. Saya masih kurang T_T walau dah 40 hari. Sedih rasa, makin kurang ada.

    ReplyDelete
  2. comelnya baby...semoga dipermudahkan urusan awk untuk terus menyusu si comel ni... :)

    ReplyDelete
  3. comel baby. insyaALLAH pasti boleh. bekerja bukan penghalang untuk menyusukan anak. doa banyak2, rajin buat solat dhuha, konsesp asas penyusuan jgn skip.

    http://www.ainulmustafa.com/2016/03/amalan-penting-yang-ibu-menyusukan-anak.html

    ReplyDelete