Monday, December 12, 2016

Bawak Aqeela Yasmeen pergi Pantai

New year is coming tapi rasa macam dalam tahun ni, belum pergi mana-mana lagi dengan Aqeela Yasmeen. Lagi dua tiga bulan dah nak beranak lepastu berpantang pulak. Kesian pulak dengan Aqeela πŸ‘€

Kebetulan dapt cuti sesame dengan husband so, kiteorang plan nak balik kampung sebab ada banyak benda nak settlekan. Alang-alang dah balik tu, so dengan kuasa bernama ibu, Aida plan la diam-diam nak bawak Aqeela pergi pantai.Sebelum ni memang pernah dua tiga kali jugak bawak dia tapi tu just pergi, tengok pantai then balik. Kesian dia πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

So the first pantai yang Aqeela berjaya menakluk adalah Pantai Teluk Ketapang,KT
Kiteorang pergi waktu pagi dalam pukul 9 lebih macam tu sebab kalau petang sangat nanti takut hujan then kalau tak hujan pulak comfirm ramai orang. Nasib baik tak panas sangat masa ni, so kiteorang boleh lepak-lepak lama sikit πŸ’‘πŸ‘ͺ



 Ini masa memula sampai, Kemain muka menyombong 😎😎😎 Semua barang dia nak angkut sendiri dengan tak nak pimpin tangan lagi, kemain laju jalan. πŸ™…πŸ™…πŸ™…



Maafkan ibu mengandung yang dah tak larat jalan banyak.😀😀😀




Fat and Fabulous as always πŸ’•
From 48KG turn to 60KG. #apeadehal!!!



Our first sand castle πŸ˜πŸ˜œπŸ˜›



Semua nak buat sendiri. Tu dia tengah susun itik-itik kesayangan 😡😡😡




Selfie dengan baby dalam perut πŸ‘ΆπŸ‘° Yang belakang tu sibuk duk kira berapa ekor itik πŸ’‘



Nanti bagitahu ayah, Kita pergi bercuti jauh-jauh sikit πŸ‘―πŸ‘°



Mission accomplished! Jom balik ✋✌ 

Friday, December 2, 2016

Si Manja Menjadi lebih kuat dan aktif dengan Friso Gold

Bila dikenangkan semula zaman kanak-kanak aida dulu, ibu ayah cukup menjaga pergerakan aida. Bila hari hujan bagi pemikiran seorang kanak-kanan itulah waktu bermain paling indah. Bila diberikan peluang bermain tanah, pasir atau lumpur, bagi aida itulah waktu yang paling dinanti-nantikan sebab dari dapat meneroka banyak benda baru yang boleh kanak-kanak belajar dan berfikir.😜😝😜 Tapi bagi ibu bapa, semua aktiviti seperti itu akan banyak mendatangkan masalah bagi mereka kerana anak-anak akan berisiko demam, mendapat jangkitan kuman dan sebagainya.😷😷😷 Jadi tindakannya ibu bapa akan melarang dan mengawasi anak-anak untuk tidak bermain di luar. 😒😒😒

Bila masa dah berubah dan Aida sudah menjadi ibu dan bakal mendapat anak kedua tidak lama lagi, Aida sentiasa ingin berikan pengalaman yang bermakna untuk anak-anak Aida dan kalau boleh aida tidak mahu menyekat kemahuan mereka untuk bermain dan belajar benda-benda baru. Kalau boleh Aida nak mereka merasai semua benda menyeronokkan dan boleh membawa kebaikan untuk mereka.πŸ‘ͺπŸ‘Ά


Aqeela Yasmeen boleh berjalan je, terus ibu bawak jalan-jalan luar rumah. Berlari-lari ibu mengejar.


Alhamdullilah Aida berjaya menyusukan Aqeela Yasmeen sehingga kini berusia 1 tahun 4 bulan. Tapi kerana sedang mengandungkan anak kedua yang kini sudah 22 minggu, Aida dinasihatkan Doktor untuk tidak meneruskan penyusuan, jadi aida memilih untuk mencampurkan dengan susu formula.
Memang sedih pada mulanya kerana tidak berjaya menyusukan Aqeela Yasmeen sepenuhnya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.😒😒

Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih dan yang mencorakkan kain itu adalah ibu bapa. Salah satu asas untuk membentuk anak-anak berjaya, berkeupayaan, sihat dari segi fizikal dan mental adalah makanan. Mempunyai kesihatan sistem pemakanan, pencernaan dan penghadaman bukan sahaja membantu meningkatkan perkembangan fizikal anak-anak, tetapi juga membolehkan mereka untuk memaksimumkan potensi mereka pengalaman untuk membina kognitif yang lebih tajam. Jadi Aida akan memastikan anak Aida diberikan makanan yang TERBAIK untuk memastikan dia meningkatkan kognitif dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan daya ingatan.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ




Muka sangat-sangat happy bila dapat berjalan atas pasir, batu. Jap lagi dia boleh kutip-kutip batu tu jadi mainan dia.


Oleh sebab itu, Aida cuba mencari susu formula terbaik. Paling penting Aida cuba pastikan susu yang Aida pilih mampu meningkatkan sistem imuniti badan anak Aida yang sedang membesar dan nutrisi yang terkandung dalam susu formula itu adalah yang terbaik supaya senang dicernakan dan dihadam oleh perut anak yang baru belajar menerima makanan untuk mengelakkan mereka mengalami masalah pencernaan, sakit perut, dan sembelit.

Salah satu cara untuk Aida memastikan kesihatan badan, perkembangan fizikal dan meningkatkan peluang pembelajaran anak, Aida yakin dan nekad memberi anak aida Friso Gold dengan LocNutri Technology yang menggalakan penghadaman yang lebih baik agar si manja lebih kuat dari dalam. πŸ‘―πŸ‘―πŸ‘―





Berkebun dengan ibu, salah satu aktiviti bila berada di luar rumah. Biarpun cuma depan rumah tapi yang penting anak betul-betul happy bila dapat peluang pegang tanah tu dengan tangan dia sendiri.πŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ







Alhamdullilah..
Bila ada peluang bercuti, kami akan pastikan masa digunakan sebetulnya untuk anak. Yang penting anak betul-betul gembira bila dapat habiskan masa bersama.


Friso Gold memang terkenal dengan  tagline dihasilkan oleh alam semulajadi, ditambah baik dengan sains adalah berasal dari Belanda. Dengan memiliki ladang sendiri dan lembu baka tulen yang dijaga rapi dan digabungkan pula dengan kepakaran petani yang berdedikasi dengan memerah susu dengan menggunakan cara hi serta dilengkapi pula dengan sistem pemantauan berteknologi. Friso Gold yakin dan berhasrat dapat memberi kebaikan semula jadi susu yang berkhasiat dalam setiap tin keluaran dari Friso Gold.πŸ‘πŸ‘πŸ‘ boleh baca mengenai Friso Gold disini




Apa itu Teknologi LocNutri?

Kandungan protein susu dalam setiap tin susu keluaran dari Friso Gold kini dipertingkatkan dengan teknologii  LocNutri yang membantu mengekalkan nutrien dalam struktur asal sewaktu pemprosesan pengeluaran supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadamkan.  Kandungan susu yang mempunyai protein kurang baik atau rosak boleh menyebabkan anak-anak mengalami masalah penghadaman, sembelit dan kembung perut. Jadi sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita memilih an memberi susu yang terbaik untuk anak.



Teknologi LogNutri direka untuk mengatasi masalah penghadaman anak. Teknologi ini menggunakan hanya sedikit haba semasa pemprosesan penghasilan susu formula agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. Dengan itu, nutrien mudah diserap secara efektif oleh badan. Untuk pengetahuan ibu bapa, protein memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit dan rambut. Ianya juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi.






Dengan mempunyai sistem penghadaman yang baik, anak akan lebih bersedia untuk terdedah kepada perkara-perkara baru dan menarik di dunia. Mereka akan kurang tertekan, mempunyai lebih banyak tenaga dan bersemangat untuk menikmati semua jenis aktiviti menarik. Anak-anak juga akan menjadi lebih kuat dari dalam dan sekali gus memberi peluang untuk mereka belajar meneroka benda-benda baru bersama ibu bapa.






Pengalaman adalah guru terbaik untuk kanan-kanan. Semakin banyak pengalaman yang mereka tempuhi semakin berkembang potensi pembelajaran mereka. Sistem penghadaman yang sihat memastikan si manja sentiasa bersedia untuk meneroka benda-benda baru bersama ibu bapa dan saat-saat bersama si manja ini bakal menjadi detik-detik manis yang akan diabadikan sepanjang hidup kita sebagai ibu dan bapa.




Maklumat lanjut mengenai Friso Gold

Wednesday, August 3, 2016

K-BEAUTY haul from ALTHEA KOREA

Assalamualaikum, Hai semua and happy birthday again ALTHEA.





Terima kasih atas kesudian terus menyokong dan membaca blog aida. Sayang korang ni tau!
Siapa suka shopping online macam aida? comfirm semua akan malu nak mengaku kan tapi dalam hati laju jer mangaku, malu-malu kucing gitu. Wanita dan shopping mana boleh dipisah kan? Tapi now day, semua benda pun kalau boleh just nak shopping online je kan? tekan-tekan lepas tu dah sampai depan pintu. Bagi kaki-kaki shopping tu, ni aida nak memperkenalkan satu website ONLINE SHOP yang bagi banyak pilihan produk dan harga yang jauh lagi murah dari ONLINE SHOP yang lain. 



ALTHEA KOREA


Antara yang best sesangat sampai hari-hari aida nak tengok je website ALHEA KOREA ni sebab ALTHEA KOREA, antara wesite shop yang menawarkan banyak produk dari pelbagai jenama. Dari jenama yang paling dikenali sampailah ke jenama yang baru naik. so memang seronok sesangat bila boleh try produk-produk baru. Sampai rambang mata nak pilih, macam nak tekan add to chart semua.

Skincare, body care, make tools, hair care dan makeup semua ada. Adoyai! mana tak jatuh hati. Bukan wanita je boleh shopping sini tau, lelaki pun boleh! takkan isteri jer nak cecantik, suami pun kena handsome sama.betu tak? Nak order pun sangat-sangat senang sebab website ALTHEA KOREA sangat mesra pengguna. Nak buat bayaran pun senang sebab banyak pilihan cara bayaran.





Bila sampai jer parcel depan pintu, then boleh feelfeling shopping di Korea jap sebab parcel direct dari korea. Bayangkan ada bau Korea kat situ dengan full address dari Korea. Lain macam betul rasa dia. haha. Jomlah buat order dekat ALTHE KOREA sekarang sebab diorang ada macam-macam promosi sekarang bersempena #altheaturns1. Boleh baca entry sini untuk more details regarding #altheaturns1.

Sebab sangat-sangat berpuas hati dengan ALTHE KOREA, so aida decided untuk buat beauty haul entry special for ALTHEA KOREA. YEayyyyyyy!!!!





BANILA.CO PRIME PRIMER (HYDRATING)  with hydrating and sebum control formula.
Antara produk yang memang dah lama ada dalam most wanted list. Sangat-sangat best sebab bila apply sebelum makeup, kulit rasa sangat-sangat lembut dan mekeup jadi lebih natural dan tahan lama tanpa minyak. Lagi buat rasa nak beli bila tengok youtube video dari blogger +Sabby Prue 
ni link kalau korang nak usha makeup tutorial dari dia : https://www.youtube.com/user/sabbyprue




INNISFREE THE GREEN TEA SEED SERUM 80ml (RM61.00)
Ini dah botol kedua aida order. Memang best sesangat produk dari innisfree yang satu ni. Biasanya lepas toner, aida akan sapu seluruh muka dan tepuk-tepuk sikit bagi dia mudah menyerap dalam kulit. Bau dia pun sedap macam bau produk tea yang lain, buat rasa nak minum. First time aida guna dulu memang saja-saja nak try sebab banyak review positif, then bila dah try sendiri and the result is superb! kulit jadi lembut, kurang berminyak dan lembap. Very good product and highly recommend!



THE SAEM SAEMMUL LUMINOUS MULTI-SHADING 8g (RM45.00)
Ini pun antara most wanted jugak hehe.Rasa sangat berbaloi beli ni sebab warna dia sangat cantik,   blends well and pigmented too.







WITCH'S POUCH SELFIE PERFECT EYEBROW
Tersedia dengan 3 warna iaitu gray brown, brown dan light brown. Aida pilih light brown dan bagi aida warna dia memang sangat-sangat cantik biarpun kening aida memang hitam pekat tapi bila apply memang nampak kening lagi teratur dan blend dengan warna kulit. fuhhhhh memang best dan dah jadi favorite item yang memang akan usung pergi merata.




TOO COOL FOR SCHOOLMARSHMALLOW PUFF (RM17.00)
Rasa memang memang sangat-sangat berbaloi dengan harga sebab sangat lembut dan senang nak ratakan foundation dan nak buat shading pun mudah. Lagi mudah dan best gunakan puff ni bila rendamkan dulu dalam air sebelum guna, perah air dan ratakan foundation seluruh muka. Sapuan foundation akan jadi lagi smooth dan rata. Lagi satu penggunaan puff macam ni meemang sesuai untuk kulit muka yang bermasalah macam berjerawat atau berparut sebab dia tak menyerap foundation yang kita sapu dan akan bagi full coverage.





TONYMOLY NEW DELIGHT TONY TINT 8.3ML (RM11.00
Tersedia dalam tiga warna yang add to chart semua. Cherry pink, red and orange cha cha Tapi lastly aida pilih sebab itu je stok yang tinggal. Memang sangat best, bibir pun tak kering dan warna tahan biarpun dah lama pakai. lani memang hari-hari pergi kerja aida pakai ni ni sebab warna dia maintain tak payah nak touch up lelebih.





W.Lab SEBUM OUR FINISH PACK 9.5G (RM21.00)
Ini pulak aida belum sempat nak try lagi. Tapi setakat ni banyak random review yang aida terbaca cakap bau dia memang lembut dan best, akan mengawal pengeluaran minyak pada muka lepas makeup so kulit akan maintain cantik tanpa minyak.




So apa tunggu lagi? place your order now at ALTHEA KOREA.
Happy Shopping and see you again in the next entry!

Wednesday, July 20, 2016

ALTHEA TURNS 1!

Assalamualaikum wbt!



Happy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy Birthday to youuuuuu! ALTHEA....

Dalam kita berseronok berhari raya rupanya ALTHEA dah setahun bersama kita. ALTHEA ni antara online shop yang selalu aida terjah bila terasa nak guna product k-beaauty.  Yang bestnya pasal ALTHEA ni sebab barangan dia ada dari macam-macam product k-beauty terkenal. Antaranya Laneige, Innesfree, Missha, dan macam-macam lagi lah. 

Bagi yang suka shopping online macam aida mesti tahu macam mana seronoknya bila barang yang diorder tu sampai depan pintu rumah kan. Perasaannya tu macam dapat hadiah dari boyprennnn. Tak gitu?? hahaha  Tapi extra special kalau order dari ALTHEA ni sebab parcel yang sampai depan pintu rumah tu direct from KOREA!!!! hah tanjat ke dak?? mau buat lompat bintang berulang-ulang depan abang posmen tu jugak nanti. Seronok dia lain macam hoii.

Kalau dah direct from Korea tu dah comfirm lah barangan tu semua ori dan berkualiti kan? tak payah nak diragui lagi dah. Dah sampai parcel tu nanti terus pakai dan terus cantik feelfelng macam awek korea.







ALTHEA yang sambut birthday tapi dia yang nak bagi macam-macam hadiah untuk semua pelanggan dia tahu. Bertuah siapa yang memang dah tahu pasal ALTHEA kan. Antara sebab yang korang kena shopping di ALTHEA sekarang!! 











ALTHEATURS1 Instagram contest

Istimewa sempena bulan sambulan birthday, Althea akan memberikan DIY PARTY KIT Beserta LIMITED EDITION PINK BITHDAY BOX untuk pembelian bermula 20 july 2016, yeayyyyy!!!!
jadi korang boleh gunakn kretiviti yang ada untuk hasilkan party yang paling happening bersama barangan yang korang order dan jangan lupa post gambar paling menarik di instagram atau facebook dengan caption yang besertakan #althiaturns1

Dengan semudah tu korang mungin akan menjadi antara salah seorang pelanggan bertuah yang bakal menang macam-macam hadiah dari ALTHEA. ANTARANYA Macbook Air, Ipad Air, 6S iphone, Galaxy s6 Edge, Canon Camera EOS M10 Selfie, Kredit ALTHE, dan barangan hamper ALTHEA.

Contest bermula dari 20 july hingga 15 ogos 2016. so, apa tunggu lagi? Jom order di https://my.althea.kr/  dan menangi hadiah berjumlah lebih KRW10,000,000.




Tak sabar nak repeat order lagi tapi sebelum tu, aida akan share my first shopping haul with ALTHEA untuk next entry nanti. so stay tune tau. Assalamualaikum :)

Friday, June 17, 2016

Doclab Premium Hyaluronic Acid Face Ampoules Review

Assalamualaikum and hello, Welcome back to my blog :)


Bila dah bergelar seorang ibu dan ditambah pulak dengan status sebagai wanita bekerjaya, kalau boleh aida harapkan semua benda boleh dibuat dengan cepat dan mudah. Rasa macam 24jam seharipun belum tentu cukup, betu tak? Ditambah pulak bila dah masuk bulan puasa ni. Nak jaga baby, nak siapkan makanan untuk berbuka dan bersahur lagi. Sampaikan kadang-kadang terlupa nak manjakan diri dan skincare pun ntah kemana. Sepatutnya bulan puasa ni lah nak kena ambik perhatian lebih soal penjagaan diri sebab tak lama lagi dah nak raya kan? Jadi aida selalu harapkan ada produk yang semua dalam satu. Sekali pakai dah cantik. Tapi ada ke wujud ke??


Bila sebut perkataan ampoules Aida mesti akan fikirkan dan kaitkan dengan ubat sebabnya ubat dekat hospital saja yang gunakan ampoules untuk maintainkan kepotenan atau keberkesanan. Tapi kali ni aida akan review satu produk yang memang sangat-sangat menarik. Yang paling penting produk ini telah diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia dan merupakan produk ampoules yang terbaik di Malaysia kerana dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, bebas dari alkohol, paraban, silikon, pewarna mahupun haiwan.





Produk yang diberi nama Doclab Premium Hyaluronic Acid Face ini mempunyai 5 ampoules kedap udara dalam setiap kotak ekslusif yang mana berfungsi untuk menjarakan setiap satu amploules. Setiap ampoules pula berwarna coklat keperangan dan mengandungi 2 ml kandungan setiap satu ampoules yang mengandungi Kepekatan tinggi kandungan Hyaluronic acid yang berfungsi untuk memberi penghidratan mendalam dan membantu meningkatkan kelembapan kulit. Asid Hyaluronic membolehkan sintesis kolagen, mengekalkan kelembapan kulit dan sebagai agen anti-penuaan pada kulit.






Doclab dirumuskan di Korea Selatan dan seperti mana kita semua tahu, majoriti wanta korea taksub untuk memiliki raub wajah yang cantik dan mempunyai kelembapan kulit yang semula jadi. Oleh sebab itu Doclab dicipta untuk merealisasikan impian semua wanita. Diperhebatkan keberkesanan dengan bahan-bahan semulajadi seperti Aqua, collagen, sodium hyaluronate, arbutin, aloe vera leaf extract, collagen, ginseng, vitamin E, phenoxyethanol dan  methylisothiazolinone.


Hyaluronic acid akan membantu untuk melembapkan kulit secara mendalam ke lapisan dermis, manakala kandungan collagen pula akan bertindak untuk menganjalan dan juga bertindak sebagai agen antipenuaan, Kandungan ginseng pula akan bertindak untuk mengurangkan kedutan dan meninggalkan kesan lembut pada kulit. Selain itu, Arbutin yang memang terkenal sebagai agen pencerah akan bertindak untuk sekatakan warna kulit dan sekaligus akan bertindak untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Kulit akan lebih anjal dengan tindakan dari kandungan Hazel extract dan aloe vera leaf extract.



Cara penggunaan:

Cara penggunaan ampoules amat-amat senang. Tapi ingat make sure kulit muka bersih dari sebarang penggunaan skincare atau makeup. Lagi senang guna selepas cuci muka sebelum tidur. Cuma perlu cabut penutup ampoules dengan cara menolak penutup/cap menggunakan ibu jari secara menyerong. Kemudian keluarkan cecair dari ampoules ke tapak tangan. Kemudian, lakukan urutan ke seluruh muka. Biarkan semalaman dan ulang pemakaian selama 5 hari berturut-turut. Selepas sapuan tidak perlu lagi menambah pelembap anat serum sebab ianya sudah cukup dan merangkumi semua keperluan kulit. jimat kan??










Secara peribadi, saya suka dengan cara pembungkusan dan cara penggunaan Doclab yang mudah. Reka bentuk dan pembaharuan ampoules premium yang terbaru sangat memudahkan pengguna. Dengan hanya twist dan tarik pembuka pengguna boleh terus menyapu ke muka menggunakan tangan atau kapas  sama seperti air jadi cuma perlu berhati-hati supaya kita tidak membazirkan setitik pun kandungan ampoul. Tepuk-tepuk sikit muka tu untuk mengalakkan penyerapan ke kulit.




Selain itu juga, Aida perasan selepas pemakaian semalaman, dan keesokan harinya makeup yang Aida apply akan lebih tahan dan nampak lagi kemas. Senang cerita produk ini juga boleh menjadi booster untuk meningkatkan keberkesanan semua produk kecantikan  kita yang lain kerana ianya bertindak dengan menembusi terus ke bahagian lapisan dermis kulit. Kulit pun kurang berminyak dan pori pun makin mengecil. Biarpun dengan hanya 2ml dalam setiap botol untuk setiap kali penggunaan, ianya mampu memperbaiki kulit dengan menambahkan kelembapan, mengembalikan keanjalan, memberikan kesan lembut dan licin pada kulit menyentuh.

Dah nak raya ni, so apa kata cepat-cepat cuba Doclab Premium Hyaluronic Acid Face Ampoules untuk dapatkan kulit yang cerah sempurna dan makeupkan makin cantik.


Untuk maklumat lanjut mengenai DocLab:

Harga Pasaran : RM138/ kotak

Untuk pembelian boleh contact ms.Lim
 019 2062 386









Tuesday, May 24, 2016

Farmasi SkinTrends skincare series contains Phyto-Biotic Acai Technology

Assalamualaikum and hai beautiful people!

One things that I always love to do is trying new beauty product. Is makes me discover more good products, and also can share my review with you guys. Today, I'm going to write about some of the products I got from FARMASI COLOR COLLECTION (FCC). But firstly I would like to say a big thank you to the FARMASI team. If you haven't already know, FARMASI now are bringing newest range of skincare here to Malaysia and I am honored to be able to try if first hand. yyeaayyyy!!! I received 3 items of the range include which are cleansing gel, toner, and also day cream to try out for review. I've use these product for 4 weeks and now I'm so excited to share my personal experience of using of it with you.

I personally love FCC's products a lot and I'am a big fan of the Farmasi makeup removal cleansing wipes. Some people prefer to take off their makeup with liquid makeup remover but some loves using makeup remover wipes. But there are also those who love to use both to make sure their face is completely clean especially before take the wudhuk before solat right? I love their Face Wipes so much because it instantly  removes makeup just in 1 wipes and it also contains vitamin E, Aloe Vera and Mineral Complex which really helps to moisture the skin. Having makeup remover wipes in your bag is always a must for muslimah, don't you think? much easier and save a lot of time, InsyAllah.



My new babies. The three must have skincare product from FCC which is Farmasi SkinTrends skincare series contains Phyto-Biotic Acai Technology for normal type skin.<3 p="">
Wanna know how to give your skin healthy glow with these product? keep on reading!! :)


What's so special about SKINTRENDS?

Have you here about FARMASI COLOR COSMETIC (FCC) before? FCC is actually originally from Turkey. The main highlight of the brand is bringing in Halal Cosmetics all the way from Istanbul. So once you think of Halal Cosmetic, you could think of FCC.
Anyway, I was introduced to FCC's latest skincare range which is SkinTrends range that includes 3 steps moisture care product. SkinTrends product are based on the technology of European Science. Created with the inspiration of Acai Berry, this fruit found in the rain forest of Southern America and acai beri is one of the healthiest berries you will ever find.



This antioxidant -rich fruit has been heralded for centuries as a healing, immune-stimulating, energy-boosting fruit. Research has show that this antioxidant-rich berry may be able to fight the health problem associated with oxidation damage. 



Let me introduce you to the basic 3 step routine from SkinTends FCC. 


Revitalizing Cleansing Gel *200ml/ RM47.70




The first item that I want to share with you all is the Cleanser. Revitalizing Cleansing Gel helps to removes impurities and provide deep cleansing to minimize the appearance of pores. Surprisingly this one is very good! love the fresh feeling and I really feel my skin is so clean after using thin. Do not feel dry or tight after washing. Totally worth checking out! It smell good and the texture is really nice and my skin doesn't feel tight or dry after cleansing. The perfect everyday cleanser for those with easily upset complexions.




Revitalizing Tonic *225ml/ RM41.30






Many of you may think that toner is not necessary in the skin care routine, in fact is the most important step of skin routine. Revitalizing Tonic helps to boost hydration and maintain skin's hydration. The texture is watery but slightly thicker compare to most toners and the smell . It is fast absorbing and sinks into my skin well and I can feel the sense of freshness into my skin. It hydrates beautifully, absorbing into my skin with a couple of gentle pads, leaves the skin cooler, soften, plumper and smooth and ready for day cream.  I think of it as a little drink for my skin. It takes just seconds to use and easily slots into your skincare routine, yet has long lasting benefits. My skin definitely feels happier at the end of the day if I use this in the morning. I ACTUALLY REALLY LIKE IT!




Hydration day cream *50ml/RM62.50

The last step after applying toner is Hydration day cream, which is an intense moisturizer that provides intense hydration without clogging pores or exacerbating congestion and leaves the skin smooth and refreshed.

It Is contains same ingredients with toner and cleanser that help to keep skin well moisturizes and hydrated. It's smells gorgeous: fresh and clean, and it just works. The texture of the cream is intense and rich, you can tell from the following picture.  



It is in white color I love the rich texture of cream, and it gives hydration as well for my skin.



Review

After using SkinTrands for 4 weeks, I've noticed some change on my skin. Though I have yet notice the changes of my freckles, but my skin gets fairer, skin feels smoother and more supple just after 3
days of usage. Another thing that makes me loves this range is because the range provide me the hydration that I need for my skin. I love it! Those who are looking for intense  hydration skincare range, you should try this. Highly recommended!



I love this product! the smell, the way it feels, the packaging, its all wonderful and I personally think these 3 product work well together, in the way the work together.




For more information on FARMASI, please visit
OFFICIAL WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM
YOUTUBE

Get yourself a treat, you deserve to be beautiful!