TESCO LOVES BABY, Mak-mak please alert!!

Assalamualaikum wbt dan hye semua!

Sebenarnya dah dua tiga hari bertangguh nak share pasal ni ^_^  Lepas lama menyepi tinggalkan blog lepas last entry pasal motherhood haritu, so lani nak share pasal penjagaan baby pulak. hehe

Harini curi-curi jugak masa update blog sementara aqeela yasmeen tidur lepas makan dan mandi tadi. Fuhhhhh!! bukan senang nak jaga anak sorang tapi susah macam mana pun tetap hati ni happy dan rasa berbaloi bila dapat tengok anak membesar depan mata. Penat ke tak cukup tidur ke macam mana pun rasa berbaloi tu tetap ada. Lagi-lagi bila dapat tengok perkembangan anak dari cuma pandai menyusu dan sekarang dah pandai berdiri ;) kejap lagi tu pandai melangkah pulah. Hadoi penat tuh nak mengejar. takpe-takpe ibu Redha!


Aida yakin semua ibu mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan? bermula dengan sebesar-besar perkara sampai ke benda paling kecil. Betul tak?  Jadi sebab tu aida rasa memang patut share satu benda best ni dengan semua. 

Mungkin ada yang dah tahu dan dah cuba untuk baby diorang  pun tapi untuk yang belum tahu ni nak bagitahu, korang tahu tak yang brand TESCO tu sebenarnya best dan berkualiti?
tak percaya? 



Buktinya mungkin korang boleh cuba dengan lampin pakai buang dari brand tesco ni sendiri. 
Aida sendiri dah tujuh bulan maknaya since si kecik tu newborn lagi guna Drypers sebab itu je yang paling sesuai untuk yasmeen. Kalau guna yang lain biasanya akan naik ruam dan bocor. 

Ceitanya bila Yasmeen dah 7 bulan rasa macam nak bertukar ke lampin lain yang mungkin lebih murah tapi berkualiti so aida cuba google cari-cari kalau ada mak-mak blogger yang review pasal brand lain selain Drypers. Terjumpa satu blog yang review pasal brand Tesco ni. Hasil dari review tu siap cakap "sangat berbaloi" So iiolss pun terus terpengaruh nak cuba sebab katanya lagi bagus dari brand yang fofular tu dan murah banyak.

Terus hajak suami pergi Shopping Tesco Shah Alam, Beli satu dan try dekat Yasmeen tengok serasi ke tidak. Alhamdullilah hasilnya sangat serasi dan setakat ni memang tak pernah bocor lansung. Tidur malam sampai ke pagi pun tak pernah bocor mungkin sebab TESCO punya lagi tebal dari Drypers. Sebab masa guna Drypers dulu banyak kali bocor :(






Semalam pergi TESCO lagi dan dah borong banyak-banyak buat stok. Memang sangat berbaloi dan sangattttttt berkualiti. Lepas ni semua orang wajib cuba sendiri sebab kualiti dia sagat bagus  setanding dengan jenama branded dan fofular yang lain. kalau sesuai dengan baby anda boleh teruskan, dah jimat banyak kat situ.








Thank you for reading, Assalamualaikum wbt...

#ikhlaskongsi
#reviewtakberbayar
Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

2 comments:

  1. Brp rm sepeket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM26.90 sekarang tgh sale...normal price RM29.90 ada 69pcs

      Delete