Friday, June 17, 2016

Doclab Premium Hyaluronic Acid Face Ampoules Review

Assalamualaikum and hello, Welcome back to my blog :)


Bila dah bergelar seorang ibu dan ditambah pulak dengan status sebagai wanita bekerjaya, kalau boleh aida harapkan semua benda boleh dibuat dengan cepat dan mudah. Rasa macam 24jam seharipun belum tentu cukup, betu tak? Ditambah pulak bila dah masuk bulan puasa ni. Nak jaga baby, nak siapkan makanan untuk berbuka dan bersahur lagi. Sampaikan kadang-kadang terlupa nak manjakan diri dan skincare pun ntah kemana. Sepatutnya bulan puasa ni lah nak kena ambik perhatian lebih soal penjagaan diri sebab tak lama lagi dah nak raya kan? Jadi aida selalu harapkan ada produk yang semua dalam satu. Sekali pakai dah cantik. Tapi ada ke wujud ke??


Bila sebut perkataan ampoules Aida mesti akan fikirkan dan kaitkan dengan ubat sebabnya ubat dekat hospital saja yang gunakan ampoules untuk maintainkan kepotenan atau keberkesanan. Tapi kali ni aida akan review satu produk yang memang sangat-sangat menarik. Yang paling penting produk ini telah diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia dan merupakan produk ampoules yang terbaik di Malaysia kerana dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, bebas dari alkohol, paraban, silikon, pewarna mahupun haiwan.





Produk yang diberi nama Doclab Premium Hyaluronic Acid Face ini mempunyai 5 ampoules kedap udara dalam setiap kotak ekslusif yang mana berfungsi untuk menjarakan setiap satu amploules. Setiap ampoules pula berwarna coklat keperangan dan mengandungi 2 ml kandungan setiap satu ampoules yang mengandungi Kepekatan tinggi kandungan Hyaluronic acid yang berfungsi untuk memberi penghidratan mendalam dan membantu meningkatkan kelembapan kulit. Asid Hyaluronic membolehkan sintesis kolagen, mengekalkan kelembapan kulit dan sebagai agen anti-penuaan pada kulit.






Doclab dirumuskan di Korea Selatan dan seperti mana kita semua tahu, majoriti wanta korea taksub untuk memiliki raub wajah yang cantik dan mempunyai kelembapan kulit yang semula jadi. Oleh sebab itu Doclab dicipta untuk merealisasikan impian semua wanita. Diperhebatkan keberkesanan dengan bahan-bahan semulajadi seperti Aqua, collagen, sodium hyaluronate, arbutin, aloe vera leaf extract, collagen, ginseng, vitamin E, phenoxyethanol dan  methylisothiazolinone.


Hyaluronic acid akan membantu untuk melembapkan kulit secara mendalam ke lapisan dermis, manakala kandungan collagen pula akan bertindak untuk menganjalan dan juga bertindak sebagai agen antipenuaan, Kandungan ginseng pula akan bertindak untuk mengurangkan kedutan dan meninggalkan kesan lembut pada kulit. Selain itu, Arbutin yang memang terkenal sebagai agen pencerah akan bertindak untuk sekatakan warna kulit dan sekaligus akan bertindak untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Kulit akan lebih anjal dengan tindakan dari kandungan Hazel extract dan aloe vera leaf extract.



Cara penggunaan:

Cara penggunaan ampoules amat-amat senang. Tapi ingat make sure kulit muka bersih dari sebarang penggunaan skincare atau makeup. Lagi senang guna selepas cuci muka sebelum tidur. Cuma perlu cabut penutup ampoules dengan cara menolak penutup/cap menggunakan ibu jari secara menyerong. Kemudian keluarkan cecair dari ampoules ke tapak tangan. Kemudian, lakukan urutan ke seluruh muka. Biarkan semalaman dan ulang pemakaian selama 5 hari berturut-turut. Selepas sapuan tidak perlu lagi menambah pelembap anat serum sebab ianya sudah cukup dan merangkumi semua keperluan kulit. jimat kan??










Secara peribadi, saya suka dengan cara pembungkusan dan cara penggunaan Doclab yang mudah. Reka bentuk dan pembaharuan ampoules premium yang terbaru sangat memudahkan pengguna. Dengan hanya twist dan tarik pembuka pengguna boleh terus menyapu ke muka menggunakan tangan atau kapas  sama seperti air jadi cuma perlu berhati-hati supaya kita tidak membazirkan setitik pun kandungan ampoul. Tepuk-tepuk sikit muka tu untuk mengalakkan penyerapan ke kulit.




Selain itu juga, Aida perasan selepas pemakaian semalaman, dan keesokan harinya makeup yang Aida apply akan lebih tahan dan nampak lagi kemas. Senang cerita produk ini juga boleh menjadi booster untuk meningkatkan keberkesanan semua produk kecantikan  kita yang lain kerana ianya bertindak dengan menembusi terus ke bahagian lapisan dermis kulit. Kulit pun kurang berminyak dan pori pun makin mengecil. Biarpun dengan hanya 2ml dalam setiap botol untuk setiap kali penggunaan, ianya mampu memperbaiki kulit dengan menambahkan kelembapan, mengembalikan keanjalan, memberikan kesan lembut dan licin pada kulit menyentuh.

Dah nak raya ni, so apa kata cepat-cepat cuba Doclab Premium Hyaluronic Acid Face Ampoules untuk dapatkan kulit yang cerah sempurna dan makeupkan makin cantik.


Untuk maklumat lanjut mengenai DocLab:

Harga Pasaran : RM138/ kotak

Untuk pembelian boleh contact ms.Lim
 019 2062 386









No comments:

Post a Comment