Tuesday, July 11, 2017

Selamat hari lahir ke 2 tahun Aqeela Yasmeen





Alhamdullilah, anak ibu dah masuk 2 tahun harini. Lahir pada 10/7/2015 @ 0030hr
Selamat hari lahir sayang.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu dan ayah penghuni terawal rahim ibu. Rindu awak masa ibu mengandungkan awak, masa awak baby. Lani dah besar anak ibu. 😊 syukur ibu masih dapat melihat kakak membesar depan mata ibu sendiri

Melihat kakak membesar dari sehari ke sehari. Dari kaki sekecil separuh tapak tangan dan sekarang kaki tu dah boleh berlari dan boleh buat aksi macam-macam. Sampai kekadang kaki tu jugak naik ke kepala ibu dan adik bila awak tidur. *tidur buas yangmat 😂😂😂

Awak banyak mengajar ibu tentang SABAR, TANGGUNGJAWAB & KASIH SAYANG. Awak yang pertama yang mengajar ibu erti sebenar KELUARGA, ANAK, IBU DAN AYAH. Sebut tanggungjawab memang senang tapi untuk melaksanakan tanggungjawab tu yang payah 😅

Maafkan ibu sebab kadang-kadang ibu TERjadi monster 😂 maafkan ibu kalau ibu lupa nak peluk cium awak, lupa nak puji awak bila awak buat benda-benda yang baik. Maafkan ibu jugak sebab kadang ibu terlebih perhatian pada adik 😢

Maafkan ibu sebab termarah awak sebab awak sebab dah banyak sangat akal sekarang. Tantrum hari- hari macam samarinda campur filem hindustan sebab suka sangat guling-guling ataih lantai 😂 akit ale ibu ayah sampai serik nak masuk mall. *malu dia buat peel tak kira tempat ( eskalator tu dia boleh main macam main gelongsor) 😂

Maafkan ibu kalau ibu bukan ibu terbaik macam ibu- ibu yang lain. Tapi ibu janji ibu akan cuba berikan yang terbaik untuk kakak dah adik-adik. Insyallah.

Membesarlah dengan sihat anak ibu. *Biarpun lani sebenarnya berat dah 14kg (dah sihat sensagat) 😂  semoga awak dijauhkan dari segala penyakit sebab ibu tak sanggup tengok awak sakit.

Maafkan ibu sebab tak selalu ada dengan awak sejak awak umur 4 bulan lagi ibu terpaksa tinggalkan untuk bekerja. Beruntungnya ibu-ibu yang boleh duduk 24jam dengan anak. Tiba-tiba ibu rugi sebab banyak masa yang sepatutnya masa 24jam ibu bersama dengan awak untuk didik awak tapi ibu tak mampu. Sebab selain menjadi ibu awak, ibu ada tugasan lain yang menjadi tanggungjawab ibu sebagai punca rezeki kita.

Maafkan khilaf ibu, ibu akan cuba didik awak sebaik yang mungkin. Awak amanah untuk ibu ayah dan mungkin awak saham akhirat ibu di sana nanti. Ibu sayang awak kerana Allah SWT.

Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Jadi anak yang solehah ye anak ibu, jadi anak yang menyejukkan hati kami nanti bila ibu ayah dah tua dan terangkan kubur kami nanti bila kami dah tiada 😢 semoga kakak dan adik-adik mampu menjadi saham akhirat ibu ayah nanti di sana. Aminnn 😊



Thursday, June 22, 2017

New update

Alhamdullillah raya tahun ni special dan bermakna sangat sebab dah upgrade jadi mother of two daughter dan dapat beraya berempat.  Yup alhamdullilah 13/4/17 lepas aida dah selamat lahirkan lagi seorang puteri yang kami namakan Adreena Camelia. Si kakak,  Aqeela Yasmeen pulak alhamdullilah sekarang dah masuk 1 tahun 11 bulan. Makin pandai dan makin panjang akal. Nanti adik dah besar sikit dah boleh jadi geng  Jangan gaduh-gaduh ye anak-abak ibu. #Hug




Hari ni Adreena Camelia dah masuk 2 bulan 8 hari jadi maknanya dah lama dah ibu nak kena masuk kerja balik. 😢 nervous pulak bila dah lama tinggal kerja 😅

Alhamdullilah dalam tak sedar pejam celik tinggal lagi 2 hari je nak sambut raya. Baju raya, kuih raya, duit raya semua dah prepare ke tu? Kebetulan tahun ni aida due raya dan lagi kebetulan sebab still dalam maternity leave. Jadi sempat lah nak prepare apa yang patut untuk raya 2 tahun sekali ni.  Tahun depan jadi #teamrayaKL sebab due kerja. Huhhhh bertabahlah duhai anak suamiku 😁

Shopping raya tahun ni raya agak mencabar dan kalut pun ada jugak sebab dah beranak dua dan dua-dua still kecil. Si adik baru lepas pantang so tak berani nak bawak keluar sangat sebab sekarang pun ada macam-macam penyakit dekat luar tu...aihhhh takutnya bila baca macam-macam penyakit yang boleh berjangkit. Tapi bila dah terdesak kiteorang hangkut jugaklah sebab aida memang jaga sendiri anak-anak. Si kakak pulak bila dah keluar masa tulah jugak sel-sel otak dia nak berhubung. Macam-macam aksi dia buat.pening kepala kiteorang sampai nak buka puasa dekat luar pun kiteorang pikir duapulohnamkali. Pada kawan-kawan yang ajak berbuka sesama tu insyallah kalau dipanjangkan umur tahun depan anak-anak dah besar sikit kita gather-gather balik ok! 😅



Bila dah beranak pinak ni memang diri sendiri dah tak fikir sangat, yang paling penting nak anak-anak happy. Tema baju raya pun ikut warna baju anak. Anak-anak happy insyAllah ibu ayah pun happy 😀






Korang bila balik kampung? Aida ni dah on the way balik terengganu. Kiteorang dua-dua laki bini orang terengganu jadi tak de nak gaduh-gaduh , nak drama air mata nak balik okut due *thank God 😂 sesambil jadi co-pilot teringat blog dah lama tak update. Rinduuuuu 🙈🙈🙈

InsyAllah lepas ni nak paksa diri rajin-rajinkan diri update. InsyAllah 😀
Jadi sebelum busy dekat kampung nanti, Aida nak ucapkan selamat menyambut syawal. Semoga kedatangan aidilfitri tahun ini dapat mengeratkan lagi hubungan silratulrahim kita semua. Tak nak simpan marah, sentap, merajuk ok? Yang plan nak balik kampung tu. Selamat sampai ke kampung and enjoy raya bersama orang tersayang. Bukan senang nak berkumpul semua kan, so kena lah hargai. Jangan jadi antisosial pulak bila sampai Kampung nanti.

Selamat hari raya, maaf zahir batin 😊