New update

Alhamdullillah raya tahun ni special dan bermakna sangat sebab dah upgrade jadi mother of two daughter dan dapat beraya berempat.  Yup alhamdullilah 13/4/17 lepas aida dah selamat lahirkan lagi seorang puteri yang kami namakan Adreena Camelia. Si kakak,  Aqeela Yasmeen pulak alhamdullilah sekarang dah masuk 1 tahun 11 bulan. Makin pandai dan makin panjang akal. Nanti adik dah besar sikit dah boleh jadi geng  Jangan gaduh-gaduh ye anak-abak ibu. #Hug




Hari ni Adreena Camelia dah masuk 2 bulan 8 hari jadi maknanya dah lama dah ibu nak kena masuk kerja balik. 😢 nervous pulak bila dah lama tinggal kerja 😅

Alhamdullilah dalam tak sedar pejam celik tinggal lagi 2 hari je nak sambut raya. Baju raya, kuih raya, duit raya semua dah prepare ke tu? Kebetulan tahun ni aida due raya dan lagi kebetulan sebab still dalam maternity leave. Jadi sempat lah nak prepare apa yang patut untuk raya 2 tahun sekali ni.  Tahun depan jadi #teamrayaKL sebab due kerja. Huhhhh bertabahlah duhai anak suamiku 😁

Shopping raya tahun ni raya agak mencabar dan kalut pun ada jugak sebab dah beranak dua dan dua-dua still kecil. Si adik baru lepas pantang so tak berani nak bawak keluar sangat sebab sekarang pun ada macam-macam penyakit dekat luar tu...aihhhh takutnya bila baca macam-macam penyakit yang boleh berjangkit. Tapi bila dah terdesak kiteorang hangkut jugaklah sebab aida memang jaga sendiri anak-anak. Si kakak pulak bila dah keluar masa tulah jugak sel-sel otak dia nak berhubung. Macam-macam aksi dia buat.pening kepala kiteorang sampai nak buka puasa dekat luar pun kiteorang pikir duapulohnamkali. Pada kawan-kawan yang ajak berbuka sesama tu insyallah kalau dipanjangkan umur tahun depan anak-anak dah besar sikit kita gather-gather balik ok! 😅



Bila dah beranak pinak ni memang diri sendiri dah tak fikir sangat, yang paling penting nak anak-anak happy. Tema baju raya pun ikut warna baju anak. Anak-anak happy insyAllah ibu ayah pun happy 😀






Korang bila balik kampung? Aida ni dah on the way balik terengganu. Kiteorang dua-dua laki bini orang terengganu jadi tak de nak gaduh-gaduh , nak drama air mata nak balik okut due *thank God 😂 sesambil jadi co-pilot teringat blog dah lama tak update. Rinduuuuu 🙈🙈🙈

InsyAllah lepas ni nak paksa diri rajin-rajinkan diri update. InsyAllah 😀
Jadi sebelum busy dekat kampung nanti, Aida nak ucapkan selamat menyambut syawal. Semoga kedatangan aidilfitri tahun ini dapat mengeratkan lagi hubungan silratulrahim kita semua. Tak nak simpan marah, sentap, merajuk ok? Yang plan nak balik kampung tu. Selamat sampai ke kampung and enjoy raya bersama orang tersayang. Bukan senang nak berkumpul semua kan, so kena lah hargai. Jangan jadi antisosial pulak bila sampai Kampung nanti.

Selamat hari raya, maaf zahir batin 😊



Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment