What in my diapers bag

Awal-awal dapat baby dulu benda yang paling tak suka bila keluar adalah nak kena bawak banyak bag.  Handbag, diapers bag,  dengan nak kendong baby lagi.  Kalau keluar dengan husband atau dengan mak, adalah jugak orang nak tolong angkut tapi bila keluar sengsorang??? Dah jadi masalah jugak bila tak tahu nak susun atur dan tak tahu apa yang paling penting nak masukkan dalam diapers bag.




Now dah upgrade jadi mother of two so dah boleh organize barangan ikut keperluan anak. So aida nak share apa yang ada dalam diapers aida bila bawak anak-anak keluar berjalan.  Contohya bila pergi shopping ke, pergi kenduri atau bila bawak anak-anak pergi riadah di zoo atau taman *dalam masa yang agak lama.


The first thing bila nak prepare diapers bag adalah jenis bag yang perlu bawak.  Bagi aida jenis yang macam mana tu kita sendiri yang kena tentukan. Sebab yang akan bawak bag tu nanti adalah kita sendiri jadi biar kita sendiri yang pilih design, warna yang kita suka.




Bagi aida,  aida suka jenis backpack dan warna yang unisex sebab husband pun boleh gunakan. Then mesti kena banyak compartment sebab senang nak susun barang dan tak berterabur.  Lagi satu,  kalau yang boleh attached dekat stroller lagi bagus.






Barangan yang ada dalam diapers bag ikut keperluan/paling penting:

☑ Diapers 2-4pcs *kalau boleh yang pant punya
☑ Wipes
☑ Sanitizer
☑ Sepasang baju
☑ changing pad/kain
☑ Toiletries eg:sabun, losyen, minyak telon
☑ Zip lock plastic *letak pakaian/diapers kotor
☑ Nursing cover/botol susu/susu/fm
☑ Pacifier *untuk adik
☑ Plain water and finger food

Aida susun barangan kat atas ikut turutan yang paling penting. So kiranya Diapers tu kena ada bila nak keluar kalau tak nak bawak diapers bag pun kena jugak selit dalam handbag 😂
Then Pacifier, water and finger food tu bukan selalu bawak sebab tu aida letak paling bawah.


 
Picture credit to Pinterest







Antara tips yang aida boleh share 😊

☑ Keep it minimal. Pack apa yang SANGAT penting sahaja
☑ Rajin check bag sebelum keluar rumah.
☑ Use travel/sample size if possible. Aida gunakan sampel/ free product yang dapat bila beli barang tu untuk masukkan dalam diapers bag,  so jimat space.
☑ Pilih bag yang banyak pocket, senang nak organise dan cari barang.
☑  Ikut umur dan keperluan anak. Mana yang anak paling suka.  Eg: toys,  pilih yang favourite anak.
☑  Pilih jenis bag yang banyak compartment, so that barang semua lebih teratur dan senang nak ambik bila nak guna urgent.





Dua-dua anak aida tak menyusu botol,  sebab tu aida tak bawak susu atau botol.  Kelebihan lah kat situ. Dulu masa kakak minum formula milk, rasa renyah jugak sebab nak kena pack susu,  botol dan air panas jugak. Now bila dia sendiri reject susu dan boleh minum fresh milk yang ada dekat pasaran. Alhamdullilah jadi makin mudah. Tapi nursing cover kena bawak jugak takot baby direct feeding ni tak kira masa dan tempat, baby akan nangis bak susu.



Tapi aida kena jugak bawak benda ni ha.  Sebab Adreena memang suka sangat dengan benda ni. So ni idea how to keep pacifier clean.




Ni bag yang aida bawak pergi mana-mana. Senang nak bawak dengan anak dua.  😊



If you don't mind, boleh share apa lagi keperluan yang sepatutnya ada dalam diapers bag dan tip yang best untuk make sure diapers kita sentiasa up to date 🙏 😊

Aidazura Sadzi
Aidazura Sadzi

This is a short biography of the post author.

No comments:

Post a Comment